Monday, June 29, 2009

Sejenis buah-buahan tempatan

Di pasar. Aku baru pulang dari beli ketam dan ambil anggur aku yang tertinggal. Kelihatan ada sorang budak kecil tengah pujuk mak dia belikan buah.

"Yan nak buah durian kecik tu. Mak belilah sekilo" aku bab-bab mengintai perbualan orang memang superb.

"Sini takde jual durian la adik. Nanti balik suruh ayah belikan ye." pandai marketing mak dia.

"Ada tu ha kat situ. Yang kaler merah tu" ni sudah ajaib. aku dah ready hanpon berkamera 3.2 megapiksel nak tangkap gambar durian kecik kaler merah.

Aku peratikan tempat jual buah yang berhampiran. Ada beberapa ikat buah PULASAN bergantungan, sedia untuk dibeli.

mama lafenga punya budak!!

***

Aku dgn member-member tengah rakus makan buah pulasan. kelihatan sorang member aku, ijan ni lain sket. orang lain pulas nak bukak, dia gigit serupa itu method buka buah rambutan. Tak puas hati dengan tindakan beliau, sorang kutu ni pegi tanya.

"apsal lu bukak pulasan macam tu? lu ingat ni rambutan ke?" - si anu yang ku lupa siapa

"ikut suka gualaa. gua comfortable dengan cara begini" - balas ijan

"nama pun pulasan, sebab tu nak bukak kena pulas. Kalau nak buka kena gigit, then lepas ni aku propose tuka nama buah ni jadi buah GIGITAN." memang celupar si anu ni...

***

aktiviti main daun pakau. kalau dah buat aktiviti tak berpaedah, mestilah disusuli dengan perbualan kosong tak ilmiah yang tidak membangunkan minda langsung.

"ya, gua nak kasik teka teki" si anu A setat buat hal. beliau sambung:

"buah pulasan dengan buah rambutan isi dalam sama saja rasa. tapi kenapa rambutan ada banyak bulu tapi pulasan tak?"

banyak jawapan yang memang secara sengaja dijawab untuk buat orang nyakdarah.

tapi si anu B tenang je jawab : "alaa apa nak heran. kalau dah akil baligh nanti, tumbuhlah bulu pulasan tu"

***




Friday, June 26, 2009

Weken Yang Gelap (part 1)

Suatu weken pertengahan bulan Febbuari, tahun kebelakangan ni. Aku dah rancang menghabiskan hari ni dengan tak buat apa-apa langsung.

Pukol 10 macam tu, aku bangun. pegi ruang tamu apartment aku yang nampak average saja. Capai rokok sampoerna atas sofa. lighter pula tiada. aku try carik di persekitaran tapi tak jumpa. "ini sudah main kasar" aku nyirapdarah sendiri.

Aku gerak lambat-lambat ke dapur. kelajuan jalan aku malar. hasrat mau nyalakan rokok di dapor gas. kelihatan masih tertenggek kuali aku buat goreng jemput-jemput beberapa minggu lepas di atas tungku. dengan menggunakan method tonggeng sambil teleng kepala rapat dgn buntut kuali, aku berjaya menyalakan rokok setelah beberapa attempt. itu pun dah nyaris terbakar bulu kening.

jalan balik ke ruang tamu. duduk atas sofa yang agak berabuk. rimot kontrol astro aku entah ke mana. cari punya cari rupanya bawah sofa. dalam keadaan tak redha, aku tonggeng lagi untuk capai rimot. hari baru pukul sepuluh tapi dah dua kali aku kena tonggeng.

"ini sudah ada alamat buruk" otak aku memproses apa yang terlintas dalam hati aku.

prappp kaki aku secara refleks tertendang meja kecik depan sofa. aku toleh lincah. tapi tak cukup lincah untuk menyelamatkan gelas 'ikea' yang masih berisi belen air milo campur quaker oat yang aku cekik semalam.

gelas tersebut landing tepat atas kapet kaler krim aku. air milo oat yang separuh basi tu dah setat meresap, menghasilkan bentuk abstrak yang sukar ditafsirkan atas kapet kesayangan aku.

"mama lafenga" aku berbisik perlahan. kontrol lagi pernafasan aku yang dah setat bergelojak. aku percaya pada diri aku sendiri kalau aku menjerit td, pak guard nepal kat bawah tu pasti dengar dan kecah-kecah seolah-olah macam bertanggungjawab.

aku terduduk semula atas sofa. menikmati sedutan demi sedutan dari rokok sampoerna ijau. aku dapat rasakan nikotin, tar, sodium peroksida dan hidroklorik menosulfat serta banyak lagi bahan-bahan kimia berbahaya menerobos masuk ke paru-paru dan meninggalkan enapan hitam pekat di situ.

otak aku ligat berfikir. ini macam sudah rosak program 'tak buat apa-apa' yang dah aku rancang sejak hari isnin lepas. aku memang alegik kepada kekotoran di kapet ni. penah sekali dulu kapet aku koto aku biar saja, aku dapat penyakit kencing manis.

rokok dah abis. puntung dia aku buang kemas-kemas dalam eshtray berupa tin kacang goreng thailand "thong nom". aku dah buat keputusan muktamad. apa nak jadi pun aku dah tak hirau. memang dah tak ubah lagi.


(bersambung....)

Wednesday, June 24, 2009

facebook, kupu-kupu dan pembaris besi

Anda gersang. Hari hujan lebat. Perut memulas tak pasal-pasal. Malam tadi, team bola kesayangan kalah. Kutu-kutu kat opis dari team rival sibuk dok bakar bagus punya. Beg duit tertinggal kat rumah. Password email pula expired tak boleh log on. Lupa nak pakai deodorant pagi td. Line internet takde, tak bole layan Facebook. Kerja melambak2 kat atas meja. Bos dah setat tarik muka ketat. Member dok tagih duit betting bola. Dan hari ni baru hari ISNIN!!!! Resultsnya = urat berupa hurup Y terbentuk kat dahi belah kiri kanan.

Dalam kepala, anda terngiang-ngiang pesanan hikmat braderdiego "takde masalah dalam dunia ni yang tak dapat diselesaikan dengan cara BERTENANG". Masalahnya sekarang, anda dah berada dalam fasa 7 (ruang angkasa setan) iaitu fasa kedua tertinggi dalam keseluruhan jilid tekanan perasaan. Time ni anda hanya tinggal selangkah dari memasuki fasa 8 (jin cakerawala bumisakti). Kalau anda tak bole handle tekanan, nescaya anda akan menghabiskan seluruh hayat mengejar kupu-kupu imaginary di wad saiko.

Anda ingin bertenang, tapi jiwa dah bergelojak. Susah sangat nak kontrol bila dah memasuki fasa 7.

"Apa perlu saya lakukan??"
Ya. Itula soalan keramat yang menentukan masa depan anda. Sila buka mata besar-besar dan hapal 4 simple step berikut:

Langkah pertama - OBSERVE
Perhatikan keadaan persekitar. Hapal segala benda yang ada di sekeliling anda. Ini termasuklah orang, barangan, tumbuhan dan apa-apa lagi. Kalau ditakdirkan anda memiliki IQ yang berkualiti rendah, usah gusar. Biasalah tu. Apa anda perlu lakukan adalah catat objek tersebut atas sekeping kertas bersaiz A empat. Tulisan tak kisah cakar ayam. Senang cerita, lepas tulis tu, anda sendiri masih boleh baca sudah dikira sukses.

Langkah kedua - DISTINGUISH
Yang ini penting. Daripada list objek itu, anda asingkan objek-objek tajam atau berbahaya yang boleh mendatangkan cedera fizikal mahupun pendarahan dalaman. Contoh-contohnya adalah pisau lipat, pokok kaktus yang kiut gadis biasanya taruk atas meja opis, racun serangga, pembaris besi, budak kecil berperangai samseng, ular senduk, pistol, jentera berat dan sebagainya. Pastikan barang-barang ini berada luar daripada satu kilometer radius dari lokasi anda.

Langkah ketiga - SHOCK
Seterusnya, anda perlu buat aksi simple secara tiba-tiba yang tiada orang boleh jangka. Anda boleh bangun dari kerusi anda secara tiba-tiba dan mengejut. Atau ambil gambar sendiri guna kamera phone buat aksi swit sangat. Atau cukur bulu dada melintang. Atau turun bekfes kat tempat yang jauh seperti di singapura. Tak kisah. Matlamatnya adalah supaya anda beralih daripada fikir perkara sadis yang menimpa anda. Tapi AWAS!!! Jangan buat aksi yang cenderung kepada kecederaan

Langkah keempat - LIFE
Bila anda selesai langkah SHOCK, kini level stress anda biasanya dapat turun ke fasa 2 (jembalang taring sakti). Anda sudah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Buat keje, hidup heppening, swit sangat.

Ingat!!! Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dgn cara bertenang.....




Gurindam Si Muka Ketat

Antara perkara tak bole blah dalam kehidupan serba moden ni, bila dapat member atau bos atau adik ipar atau pakcik jual tiket LRT yang memiliki muka ketat. Yang paling nyirapdarah*, terpaksa pula ngadap muka-muka ni tiap hari.
Tapi tenang beb. Aku cipta syair ni khas untuk engkorang bagi menghargai pengorbanan korang menghadapi makhluk perosak bermuka ketat ni...



Tajuk : Kenapa Engkau Bermuka Ketat

kenapa engkau bermuka ketat
adakah ko pikir dah bagus sangat

orang menyampah malas nak dekat

kawan pun lari musuh yang dapat

hanya setan yang suka lekat

dengan muka kau yang punyalah kelat


kenapa engkau bermuka ketat
waktu kerja, makan dan solat

muka jadi buruk macam ikan sepat

buat kerja dahlah lambat

perangai pula serupa palat

selalu tak tenang, marah pun cepat


{corus - dalam versi hip-hop}
weh mat,
apsal lu bermuka ketat

jangan pula lu pikir lu hebat

itu gunung lu cobalah panjat
itu gaung lu cobalah lompat
cobalah isap itu obat gegat
(2 x)

oh yeaaaaa (nyaring)

kenapa engkau bermuka ketat
kau seriuskah atau memang buat-buat

rupa dah macam orang tak berzat

satu benda kau kena ingat

toksah ingat kau bole selamat

orang pun dah lama naik meluat

jangan sampai kau kena sebaattttttt.....

---------

glosari:

*nyirapdarah = bikin panas

Tuesday, June 23, 2009

ketam oh ketam

Ini hari mood aku agak bergelojak. oleh kerana itu, eloklah aku tenangkan diri dengan cara menceritakan kisah tauladan yang berlaku masa aku muda-muda dulu, iaitu lebih kurang 2 bulan lepas. mudah-mudahan bole dijadikan pengajaran.

Masa tu, aku drive sorang diri dari KL balik ke kampung aku kat Muar. Singgah pula aku ke Paso Beso Muo* yang letaknya sebelah sungai muar sahaja.

Pasar ni penah gelemer kejap dulu sbb penah masuk rancangan Misteri Nusantara. Menurut keterangan pakcik pasar, ada seko ular sawa bersaiz jambo lepak kat parit bawah pasar ni. Organisma ni mmg duduk sahaja kat situ, dan memakan barang buangan dari pasar macam daging2 lebih, ayam2 yang dah kurang elok dan sebagainya. Pakcik tu cakap yang organisma ni pun makan sayuran untuk memudahkan sistem pencernaan. Aku rasa tiada orang percaya pun cakap pakcik ni.
Yang jadi masalahnya, masa krew TV3 datang, haram tak nampak pun ular yang diuwar-warkan tersebut. Pakcik tu pula sampai berurat-urat kepala, mati-mati pertahankan teori ular dia tu.

Berbalik kepada kisah teladan ni, aku nak g pasar ni sebab nak beli buah anggur-tanpa-biji-kaler-merah-kehitaman-yang-rangup. jenis lain aku tak minat. ni nak bawak kasik famili aku la. takkanlah balik kampung bawak perut saja.

Setelah edisi tawar menawar harga dgn makcik gemuk jual buah, aku berjaya beli anggur tu dgn harga kurang enam posen dari harga asal. Bangga aku. silap besarlah makcik nak lawan dgn aku.

Masa nak ke kereta, aku melalui area jual makanan laut. aku jalan agak lincah sebab taknak terjebak terbeli benda bukan-bukan. aku perasan ada sorang brader yang rupa paras tak seberapa tgh lepak kat kerusi yang boleh ekjas kasik baring - tgh isap rokok gulung. ada satu kipas yang uzur berjenama 'sanyo' menghala ngam-ngam kat muka beliau.

"bro, singgah beli ketam" aku dengar brader tu bersuara dengan pitching rendah. muka dia tenang aja.

aku buat tak tahu. aku penah jawab sorang minah panggil macam ni suatu ketika dulu, tapi rupanya dia panggil orang lain. Bopeng** aku kejap. Sorry bro, aku takkan tertipu kali ni.

"abg hensem, singgahlah beli ketam". Ok, sah ini kali memang dia panggil aku.

Aku dtg dekat. Ada dua bakul separuh berisi ketam yang kaler merah muda bintik-bintik yang masih bernyawa lagi. penyepit mereka dah diikat kemas guna tali rafia kaler hijau. aku takut-takut berani cuba menyentuh mata ketam yang terjojol keluar. terhibur aku sebentar.

"ketam apa yang ada bro?" aku tanya soalan tak perlu. kalau dia tipu pun bukan aku tau betul ke tak.

"ada ketam melayu dengan ketam cina bro" dia balas.

nampak gaya beliau cuba berseloroh dengan aku.

"ketam iban ada tak bro?" aku taknak kalah.

"ada 2 kaum saja yang aku jual" berkerut-kerut dah dahi dia. Eh, ni macam serius aja. Ingatkan beliau ada great sense of humor. Ternyata aku silap.

"dalam bakul kuning ni ketam cina. yang dlm bakul biru kundang ni ketam melayu". Owh, biru kundang ya? lama tak dengar orang sebut kaler tu.

"nak tau tak kenapa"
sumpah aku taknak tau

"mcm ni sebabnya.."
Ya Tuhan, tolong aku. aku dah tak tahan nak kencing ni. lagipun aku dah tau cerita basi tu. Aku dah malas nak layan. Jadinya aku arah brother tu begini:

"Bungkuskan ketam melayu sekilo ketam cina sekilo setengah. Toilet mana bang? Nanti lepas kencing saya ambil ye" aku berlari-lari anak menghala ke arah jari telunjuk brader tu.

Selesai menunaikan hajat, tiba2 aku muncul adea keji. bukan aku minat pun ketam ni. apatah lagi, aku bukannya orang bersemangat perkauman, apa kebendanya pulak boleh ada ketam pelbagai bangsa pula. Aku terus ke kereta dan keluar dari perkarangan pasar. "Pasti berkulat brother kecah tadi tunggu aku" - aku bercakap kepada diri sendiri sambil tersenyum sinis.

sampai rumah, macam biasa salam tangan cium tangan mak bapak aku.

"eh, balik kampung bawak perut je ke? tadi cakap nak bawak anggur?" mak aku bergurau kasar.

sejurus itu aku teringat. aku letak anggur-tanpa-biji-kaler-merah-kehitaman-yang-rangup tu masa aku main cucuk mata ketam. dan aku dapat bayangkan yang brother td tengah layan anggur rangup tanpa biji, sambil duduk atas kerusi bole ekjas baring, sambil isap rokok gulung, sambil menikmati angin sepoi-sepoi dari kipas uzur jenama 'sanyo'. Budusnya gua............


glosari:
Paso beso muo - Pasar Besar Muar. Dlm bahasa muar, perkataan yang berakhir dgn -ar akan diekjas jadi -o, kecuali perkataan tayar dan wayar.

Bopeng - malu besar

Monday, June 22, 2009

Rasa takut yang keterlaluan

masuk tengah hari semalam, dah dekat dua ratus kali brader kecah si bote tanya aku : "bila lu punya blog mau siap?"

Jawapan aku sempoi macam biasa : "beb, tenang beb. perangai gopoh tak akan membawa kemajuan. belum masanya gua launch blog gua lagi. kasik gua masa lagi 2 minggu". mmg konfident gua time ni.

"masalahnya, bulan lepas lu ckp lagi 2-3 hari siap. dah berlumut gua tunggu" - ya, aku bersetuju dgn bote. Jelas sangat yang aku telah menipu beliau secara tak sengaja.

"ini kali betul beb. Ni lu amek gunting kesayangan gua ni, lagi 2 minggu blog gua tak siap, lu tusuk gunting ni tepat kat halkum gua. kasik tikam dalam-dalam punya" - gua reply sambil menghulurkan gunting ntah sape yang punya tu.

memang sangat berisiko kenyataan aku kali ni. aku pun hairan iblis level mana berjaya hasit jiwa kental aku ni sampai sanggup mengeluarkan ayat sebegitu keji.

"heh!" bote reply pendek, tersenyum sinis sambil menggenggam erat gunting kaler pink tersebut. beliau berlalu dengan membawa sekali senyuman aneh itu. Time ni aku dah setat goyang. Kaget pula rasa secara tak semena-mena.

dengan menggunakan kurang satu peratus dari total kapasiti otak aku yang berkarat ni, aku setat buat kesimpulan. aku cuma ada 3 opsyen saja dalam meneruskan hari-hari aku yang mendatang:
1. Peking barang aku kemas-kemas, booking tiket air-asia secara online dan pilih destinasi exotik di oversi untuk aku habiskan sisa-sisa hayat. preferably kat negara beriklim tropika. aku akan mohon tukar kerakyatan nanti.

2. Redha atas takdir yang aku bakal ditamatkan riwayat dgn ditusuk kat bahagian leher

3. Dengan lincah siapkan blog aku dlm masa 2 minggu

aku pilih opsyen nomber 3. aku tak sanggup mati berlumuran darah....

Kenapa ini terjadik pada diriku...

pagi tadi aku bangun lewat macam biasa. dah terlalu biasa sampai aku rasa tenang je bila tgk jam dah pukul 7.40, serta baju tak diseterika lagi.

Aku bangun perlahan-lahan, dan berjalan ke bilik air dgn kelajuan malar. "tenang, tak perlu tergesa-gesa" ujarku dlm hati. "ya, aku setuju" - aku bersetuju dgn kenyataan aku sendiri tadi, juga aku lafazkan dalam hati.

Seminit setengah kemudian aku kuar dari bilik air. Dgn muka yang ada bibit-bibit riak, aku buka gobok* baju aku dgn yakin

Eh, apsal baju kemeja aku tak kelihatan?? aku hairan dan ada sedikit kaget.

aku tenangkan diri balik. lepas berlegar-legar, aku dapati segala baju kemeja aku tak kiralah yang berbelang, kotak-kotak mahupun yang kaler plain sumenya dalam baldi ikea sebelah mesin basuh. aku dah haruk pikuk tatkala ini.

perasaan aku mengikut urutan adalah seperti berikut - {tenang - rilek2 - terkejut - hairan - kaget - tenang - haruk pikuk}

------

Hari ni, aku dtg opis dgn bau wangi yang luar biasa. ringan terus botol perfume aku.
mama lafenga!!!**


* gobok = almari
** mama lafenga = kata-kata kesat dlm bahasa mexico

Monday, June 1, 2009

Mari kita berkenalan

Aku mmg minat blog ni beb. Tapi minat baca blog orang lainlaa. Konpemlah baca blog orang, tak penah plak aku dgr kera mengarang blog. Aku berani toreh leher beb. Kalau korang dapat carik blog yang dikarang oleh haiwan - tak kiralah jenis reptilia, mamalia, haiwan pemangsa, bakteria, or haiwan hidup 2 alam, just inpom aku. Sebulan gaji beb aku bole transfer ke akaun korang menggunakan method online transaction.

Dan sesuai dgn karektor gua yang simple dan tenang, biasanya, blog2 yang aku layan biasanya berunsur jenaka ringan, ada riang2 gitu, lagha, takde ilmiah sangat - kiranya yang sesuai dgn IQ aku yang baru nak develop ni. Ada 2-3 mamat & minah ni punya blog yang mmg sempoi aku mmg suka baca beb. Terutama sekali waktu kegemaran adalah time office hour dgn cara cover line takut bos nampak. Tu yang atas meja aku ni ada cermin aku beli kat "ikea". Macam member opis aku cakap cermin mekap, tapi tak beb. Tu sebenarnya bertindak sebagai 'side mirror'. Sebarang pergerakan atau bunyik kat belakang aku, dgn kelajuan supersonic aku akan tukar page keje. {hint : (1) Alt+Tab (2) Dah redi page ilmiah siap2}

Aku sampai kadang2 sampai bole taksub beb, sanggup tak turun bekfes dgn mmber semata nak carik post baru mangkuk2 ni. Tak taulah apa yang best sangat pun. Setakat citer pasal kesah merapu pasal kehidupan. Dan kebanyakkannya susah jugak nak serap unsur2 nilai moral dari tulisan dude ni. Tapi aku takde hal beb. At least aku bole persalahkan blogger2 ni kalau aku turun lunch awal. {reason: (1) aku lunch awal sebab aku lapa awal (2) aku lapa awal sebab aku tak bekfes (3) aku tak bekfes sebab aku baca blog (4) blog wujud sbb ada blogger yang tulis. kesimpulan: semuanya salah penulis blog}

Nak dijadikkan cerita, aku mcm coba2lah untuk meng-upgrade diri aku daripada seorang mamat-skodeng-blog-dude-lain kepada brader yang ada blog sendiri.

Sejak stgh jam lepas aku memiliki blog ni, aku rasa mcm selesa sikit hidup aku. Penyakit kencing manis aku hidapi pun mcm dah ada pulih sket.

Ok. Ni je intro aku. Nanti2 kalau line clear kat opis ni aku update dgn post yang pertama dlm hayat aku.