bulan ni tak dapat sambung cerita di atas tanpa ada sebarang sebab.
nanti-nanti gua ada masa lapang gua sambung citer.
ok, citer banyak tak guna, gua cau dulu
Thursday, July 30, 2009
Monday, July 27, 2009
Gua dan Mafia Punya Hal
lama plak gua tak update blog. ok, kalini gua nak tuka gaya bahasa kepada lebih ganaz. gua-lu plak.
sebabnya simple. gua skang layan mafia wars kat facebook. so, mafia jenis hape yang cakap aku-kau, saya-awak plak kan? konpem nanti gua kena attack sepanjang masa oleh musuh-musuh mafia yang cemburu dengan harta gua yang melimpah ruah tersebut.
hari-hari keje gua buat job seperti bakar muzium, jual dadah sintetik, tangkap gambar curang, dan sebagainya. kiranya yang jahat-jahat bunyiknya. pastu dapat reward. duit reward tu gua buat beli perniagaan haram yang boleh generate duit haram. tapi duit haram gua tak buat makan. jadik darah daging beb. gua cuma makan guna duit halal. sebab gua sebenarnya ada perniagaan jualan runcit kecil-kecilan.
selain beli perniagaan, gua kena beli senjata canggih jugak. sebabnya, selain buat job, gua pun nak serang dan merompak mafia-mafia lain. kalau bernasib baik, gua menang pastu bole rampas pula duit mafia loser. kalau nasib tak baik, gua plak yang cedera parah dan duit gua kena sapu. paling gua tak tenang, kalau watak gua mati. pasal nanti meter experience ditolak. macam haram punya game.
macam biasa, gua main sewaktu opis hour kalau boss takde. kalau ada pun selamba je main, tapi kenalah cover line. penah jugak kantoi tak sempat Alt+Tab bukak page lain. bos gua gelak je kat belakang. cinabeng.
ok, gua berikrar untuk berhenti main mafia bila gua dah sampai level 200 nanti, iaitu estimate dalam 2 tahun lagi. lagipun, gua tak explore lagi job kat Cuba. kutu-kutu ni cakap lagi mencabar. kat sana macam ada kilang ganja dan ada perniagaan generate perasuah. tak ke sial namanya tu?
citer banyak tak gua. gua cau dulu.

Wednesday, July 22, 2009
Tunang jugak kau akhirnya
Aku dah mensia-siakan 14 tahun hidup aku kenal ijan. member aku sejak form 1, dan baru-baru ni dia macam nak mengawan. Ini adalah kisah benar yang ada ditokok tambah sikit-sikit..
*****
Suatu hari ijan dgn adik angkat beliau, Ms H berjumpa di KL.
Ijan : terasa macam nak kawen laa..
Ms H : Yeke, nape tiba-tiba sahaja ghairah ni?
Ijan : ntah. ko takde boifren kan? nak kawen dgn abg tak?
Ms H : mmm... bole je kot.
Ijan : oklah kalau camtu. lagi 2 bulan lepas abg turun dari laut, abg mintak famili abg antar meminang.
Ms H : wokeh. tarak hal.
dlm 3 minggu lepas, mereka selamat bertunang. bulan 11 ni nak kawen.
lu memang sempoi beb.

Wednesday, July 15, 2009
lembu biri-biri (reality atau fantasi?)
aku ada dapat banyak junk mail sejak aku memula keje. email-email yang tak berfaedah ni memang aku simpan elok-elok dalam arkaif. siap buat bekap lagi.
tapi ada satu email ni mmg dewa maut. ringkas dan lucu. dan sejak aku terima bnda ni lebih kurang 4 tahun lepas, aku dah berazam nak post benda ni dalam blog. saksikan.

interview dgn pakcik X, penternak biri-biri yang sukses.
tv : nak interbiu pakcik sikit bole?
pakcik x : bole je.
tv : Ada berapa ekor biri-biri kat padang ni?
pakcik x : yang mana satu, biri-biri putih ke yang itam?
tv : yang putih?
pakcik x : biri-biri putih ada lebih kurang 600 eko.
tv : yang itam pulak?
pakcik x : yang itam pun ada 600 ekor.
tv : ohh... berapa kilo mereka makan dalam sehari?
pakcik x : yang mana satu, yang hitam ke yang putih?
tv : yang putih?
pakcik x : yang putih makan kira-kira 5 kilo rumput sehari.
tv : yang itam pulak?
pakcik x : yang itam pun makan 5 kilo.
tv : hhmmm. berapa jauh biri-biri pakcik ni jalan dalam sehari?
pakcik x : yang mana satu, yang putih ke yang itam?
tv : yang putih?
pakcik x : yang putih jalan lebih kurang 4 batu dalam sehari.
tv : yang itam pulak?
pakcik x : yang itam pun 4 batu juga sehari.
tv : err.. kenapa pakcik suka bezakan antara biri-biri putih dengan yang hitam?
pakcik x : sebab biri-biri putih tu pakcik yang punya.
tv : owh, patutlah. biri-biri yang hitam tu sape punya pula?
pakcik x : yang itam tu pun pakcik yang punya.
tv : ------ (mama lafenga)
*****
tribute to brader yang cipta dialog ni.
Tuesday, July 7, 2009
Weken Yang Gelap (part 2)
(sambungan dari part 1)
Setelah membuat pertimbangan sewajarnya serta buat analisa buruk baik, kesan-kesan terhadap kehidupan aku, aku pun bersetuju dengan cadangan aku sendiri. kapet ini perlu dibersihkan.
dengan hanya memakai boxer yang aku beli di pasaraya giant, dan juga selipar rumah yang aku pow dari hotel mana entah, aku bersiap sedia. sapu-sapu lebih kurang, ketepikan segala jenis barang yang bersepah atas kapet aku seperti botol-botol kosong, bungkusan makanan ringan yang dah bersemut dan daun terup yang ada gambar gadis. terdapat juga beberapa puntung rokok. konfem ni mesti kes baling tak masuk ashray ni.
aku dah ready. aku lipat karpet tu beberapa kali sehingga saiz dia ngam-ngam macam saiz guni beras 20 kilo. habuk-habuk mula berterbangan dan memasuki rongga paru-paru aku. aku dapat bayangkan kuman-kuman dari habuk ni tengah sebok bergaduhan dengan nikotin dari rokok yang aku hisap tadi. berlumba-lumba mana satu yang bole membunuh aku dengan lebih pantas.
terdapat beberapa keping siling 1 sen dengan 10 sen duit singapura. dan aku dapat detect seekor bangkai cicak yang dah leper, memeluk erat part bawah kapet aku taknak lepas.
"heh!" aku tersenyum sinis. terkenang aku peristiwa hari selasa lepas, di mana aku melancarkan perang besar-besaran terhadap cicak-cicak yang dah buat rumah aku macam toilet supermarket. bila ada seekor dah sedekahkah sebutir tahi - berbentuk lonjong , kaler hitam ada putih di hujung - ke dalam nasi bungkus yang aku beli, aku buat keputusan yang enough is enough.
dengan berbekalkan getah posmen yang putih besar, aku berjaya melastik dan memberkas 2 ekor cicak.
aku kurung cicak tersebut dalam botol bekas mayonis yang masih ada baki mayonis sikit-sikit. tebuk lubang kecik untuk mereka bernafas. lepas tu, aku hembus asap rokok dalam lubang pernafasan botol tu. heh..
bila mereka dah tak bermaya, aku tangkap seekor dan letak atas sterika yang panas. memang straight masak cicak tu, mengeluarkan bau lazat sebijik macam bau piza super supreme.
yang seekor lagi aku telentangkan kat bawah kapet, hempap dengan kapet dan letak sofa di atasnya. bila difikir-fikir semula, memang berjaya betul operasi aku malam tu.
selesai lipat kapet, aku bubuh kat depan tv. berpeluh-peluh juga aktiviti melipat kapet ni. teringin pula aku nak bagi reward kepada kerongkong aku yang dahaga. teh o lemon bubuh ais pun macam menggairahan juga.
Destinasi aku seterusnya ke dapur lagi. dengan menyeret habuk kapet bersama, aku melangkah longlai ke pintu gerbang dapur. ambil air panas dari water dispenser aku yang dah berkarat, rendam sekeping perencah teh bo, bubuh gula sesudu. godak kasi rata punya. buang sisa rencah teh bo dalam sinki. "2-3 minggu lagi reputla benda ni, malas pula aku nak buang" aku berfikir.
buka peti sejuk. aroma ikan yang dah tak segar menorobos ke lubang mukus hidung aku. disebabkan dah biasa, aku tak hirau pun bau tersebut. mata aku melilau cari ais. dan secara on-the-spot aku teringat sesuatu. tuhari, member-member aku datang rumah menjadikan ais aku bahan gurauan mereka dengan meletakkan dalam kain aku waktu aku tido. ada seorang tu kenyang juga makan penerajang refleks aku.
aku alihkan perhatian ke arah buah lemon pula. memang sahlah tiada. tak pernah pula dalam sejarah hidup aku beli lemon. kenapala aku tak terfikir tadi.
air panas lagi. ok. aku buang air tu separuh cawan. gantikan dengan air paip kasik penuh. dan aku hidup. haus punya pasal, tiga kali togok habis licin air teh o karat klorin kuman semuanya ada tu.
masa untuk mandi. ini adalah aktiviti yang aku tak boleh pandang ringan. aku memang gemar aktiviti ini disebabkan masa mandi inilah aku suka berfantasi liar. air aku buka full volume, mencurah-curah turun dari shower. aku kasi sabun rata-rata kasi bersih wangi. mood aku nak bersyampu pula, aku layan.
tiba-tiba bilik air aku senyap. makhluk mana pula yang nak pedajalkan aku ni? dengan mata ada pedih-pedih kena syampu, aku cuba pusing-pusingkan kepala paip. dua tiga kali cuba try test, kondisi tetap sama, air tak keluar.
aku cuba tenangkan diri. aku tau di saat-saat macam ni, perkara paling penting adalah bertenang...
(bersambung lagi...)

Monday, July 6, 2009
backstab vs. fronstab
pengertian : backstab dari segi syaraknya bermaksud tikam belakang
huraian : Bagi aku, member backstab member adalah lumrah. Perkara ni dah jadi pemandangan biasa, sama saja macam kita nampak orang nepal jadi pakgad, budak kecik belum sekolah taip sms, trafic jem kat jalan ampang.. biasa. orang dah tak hirau dah. budaya backstab member telah diterima pakai oleh masyarakat sebagai salah satu dari cabang budaya seni.
Aku selalu kena tikam member. sampai ke minit ini, aku rasa badan aku dah generate antibodi khas untuk mengabaikan tikaman member dari belakang. remeh saja. sampai aku akan rasa lebih tertekan kalau lalat hinggap belakang badan compare kalau member backstab.
tapi aku bukan nak cerita pasal backstab. aku nak cerita pasal frontstab, iaitu mengikut terjemahan secara straight, maksudnya tikam ikut depan. Ianya berlaku masa aku tingkatan 2, di sekolah dato sri amar diraja, muar iaitu di masa aku awal-awal baligh dulu. (minta maaf aku memang baligh lambat)
*****
Dalam kelas, pagi, waktu pendidikan jasmani (PJ). kelas aku kelas campur lelaki perempuan. bebudak pompuan dah ghaib dari kelas, pegi salin baju dan sebagainya. manakala kami yang jantan kabaret ni, cikgu PJ ada hal lain yang beliau dakwa lebih mustahak. nampak sangat kami ni hanya bilis picisan saja, tak penting langsung di mata cikgu.
hasilnya, kami duduk kelas sahaja sambil buat aktiviti biasa - borak borak kosong dan lain-lain lagi yang tidak berfaedah. cuma ada seorang dua saja yang kelihatan tekun buat keje, tapi sorang tu tengah lukis gambar robot, dan seorang tengah menyalin member punya kerja rumah.
aku pula asalkan cikgu tak masuk kelas memang ghairah habis. di waktu kejadian, aku sedang buka baju tanpa sebarang sebab yang matang, dan tengah berada di tempat seorang mamat kat belakang, dan sedang ketawa terbahak-bahak, seolah-olah baru lepas dengar jenaka paling lucu dalam malaysia.
tak semena-mena keadaan jadi senyap langsung. terlalu senyap kalau ada brader kentut perlahan-lahan dengan cara kontrol bukaan anus sekalipun dapat didengari. aku toleh pintu hadapan. terdapat satu lembaga berupa manusia yang tak berapa tinggi, berkupiah, berjambang pekat, bercekak pinggang dan mempunyai perut melayu 40-an sejati. kalau dalam filem holiwud, kemunculan watak ni biasanya akan disusuli dengan guruh petir berdentum dentam sebagai background belakang.
cikgu sheikh!
kus semangat. hampir gugur paru-paru aku. beliau yang terkenal dengan kegarangan total tengah berdiri ngam-ngam di pintu depan kelas, pandang tepat di tubuh aku dengan pandangan garang macam harimau tropika. menyeringai. serupa mau telan aku hidup-hidup. baru aku perasan cuma aku sorang yang berdiri, belenggeng*, dan tak berada di tempat sendiri.
slow-slow aku jalan ke meja aku, pakai baju, dan tunduk pandang meja tulis yang dah berconteng macam-macam. masing-masing tengah tunggu apa tindakan selanjutnya oleh cikgu sheikh. masa berlalu rasa terlalu perlahan. peluh dingin dah merembes di dahi, mengalir ke leher dan seterusnya melalui ketiak yang dah sedia hapak.
"awak bangun" suara pertama keluar dari bukaan rahang cikgu sheikh memecah kebuntuan. jari telunjuk beliau menghala tepat ke arah aku.
daripada angle tangan cikgu sheikh, ada kemungkinan jua dia menunjuk ke arah brader belakang aku. aku pandang belakang. terdapat brader yang lukis gambar robot tadi, konfem bukan dia yang cikgu suruh bangun.
"awaklah, tak payah buat-buat pandang belakang" - aku pasrah.
"saya ada dengar dari bawah, ada orang sebut SI@L kuat tadi. siapa?" sambung beliau.
ah sudah.. bila masa pula aku sebut perkataan keji tu. mak aku selalu pesan jangan sebut perkataan tak senonoh. masakan pula aku yang sebut.
"bukan saya cikgu" aku jawab perlahan.
"suara awaklah yang saya dengar tadi. awak yang paling kuat bercakap tadi" cikgu sheikh sambung lagi. aku dah start kecut perut. menggeletar kepala lutut aku. macam-macam soalan terlintas dalam otak aku.
aku kah yang cakap si@l td? macam mana aku bole tak perasan? kuat sangat kah aku ketawa? macam mana cikgu bole cam itu suara aku? adakah otak cikgu ada install voice recognition software yang bole detek itu adalah suara aku? adakah cikgu akan belanja aku penampar free barang sepam dua?
"Dalam kelas ni ada 4 orang pengawas. George (bukan nama sebenar) bangun. awak dengar siapa yang mencarut tadi?" beliau cuba mencari bukti soheh dengan memanggil sorang member aku yang berjawatan pengawas. Member bangun pelan-pelan.
"diego cikgu" george jawap perlahan sambil tunduk kepala.
"saripan bangun. siapa mencarut td?" cikgu sheikh cuba cari saksi kedua.
"diego" saripan (nama bukan sebenar) jawab sambil tunjuk ke arah aku. mata dia pandang tempat lain.
"bongek? suara tadi suara sapa" beliau masih maintain suara berdesibel tinggi.
"diego cikgu" jawab bongek (nama telah diubah).
aku dah tewas dalam mahkamah cikgu sheikh. mana aci panggil saksi yang tengah ketakutan. memanglah hentak kaki sikit dah goyang. lepas tu cikgu sheikh membebel entah apa, aku dah malas nak ambil pot. aku cuba memikirkan perkara indah untuk menenangkan diri. lepas puas membebel, beliau pun pegi. aku agak bernasib baik beliau tak tinggalkan trademark 'penampar arab bersilang' kat muka aku.
level stress kelas aku pun turun ke tahap normal. beberapa minit kemudian, george, saripan dan bongek datang tempat aku. minta ampun maaf seolah-olah macam datang beraya pula. katanya diorang tak tau pun siapa yang cakap si@l tadi, tapi tak terpaksa mengambil tindakan yang bersekongkol dengan cikgu sheikh disebabkan ketakutan.
sejurus kemudian datang pula member aku yang lain, rais namanya (nama sebenar). senyap-senyap dia bisik kat aku - "sori beb. tadi aku yang cakap si@l tadi"
cinabengggggggg....
*****
1. lepas peristiwa tu, kami semua masih kawan macam biasa. perkara kecil saja tu. cuma pengalaman frontstab dengan member sekelas agak sukar dilupakan
2. cikgu sheikh jadi rapat dgn budak kelas kami
3. aku dgn rais masih berkawan rapat sampai sekarang. nanti-nanti aku akan ceritakan perihal rais dengan lebih terperinci
-------
glosari:
- belenggeng = tak pakai baju

X - Man 4 : Revenge of the Traffic Light
Adakah Aku Mutan??
Dah sekian lama aku mengalaminya, tapi tak berani nak citer banyak time tu. akhirnya semalam aku dah mencapai klimaks.
aku sebenarnya syak diri aku mengalami mutasi genetik, atau dalam bahasa x-men, menjadi Mutan. tapi bukan sebab aku boleh jalan tembus dinding ataupun mata aku bole keluarkan sinaran penghapus syaitan.
sebabnya adalah 2 perkara berikut:
perkara pertamanya adalah - setiap kali aku lalu lampu isyarat di simpang, pastinya lampu akan bertukar jadi merah. ok, rileks. memang ramai pun rasa paranoid macam aku, tapi aku punya tahap memang ekstrim. contohnya,
1. kereta tengah banyak, dan lampu tgh hijau. ngam-ngam aku sampai lampu tukar merah.
2. tengah malam buta, cengkerik pun dah tido. kereta haram satu unit pun tak kelihatan, time aku sampai simpang dan-dan je lampu jadi merah. lama pula tu. apa cer??
3. aku tengok dari jauh keadaan tenang je. masa aku sampai, lampu isyarat bertukar merah dan segerombolan manusia entah datang dari mana melintas jalan.
4. paling tak bole blah, lampu isyarat tengah rosak berkelip-kelip macam lampu disko. time aku sampai tiba-tiba je ok. yang mama lafenga-nya, jalan aku lalu tu yang lampu merah.
aneh kan??
atas sebab-sebab di atas, aku berani tuduh diri aku sendiri seorang mutan yang mempunyai genetik bole menarik lampu isyarat bertukar menjadi merah.
x-men biasanya ada 2 kebolehan. kebolehan aku yang kedua adalah berkenaan dengan telefon mudah alih @ hanpon. aku boleh duduk baring-baring dan lepak secara total berjam-jam dengan hanpon aku berada bersebelahan sahaja. rilek-rilek tahap melampau yang level tak dicapai oleh manusia biasa. dan Hanpon aku langsung tak berbunyi.
jap lagi aku pegi bilik air, sayup-sayup kedengaran bunyi "tet-tereng teteng.. tut.tut. tet-tereng teteng.." lagu sponge bob dari hanpon aku.
"APSAL KO TAK KOL AKU MASA AKU TENGAH RILEK-RILEK TADI SAITANNNN???" aku memberontak.
perkara yang sama berlanjutan tak kiralah masa aku tengah main badminton, bercucuk tanam, solat, dan sebagainya.
jadi, atas sebab-sebab tersebut, maka aku berani tuduh diri aku sebagai mutan yang mempunyai kebolehan menarik orang kol aku semasa aku berjauhan dengan telefon bimbit ber-sel aku.
tapi aku tenang je.

Subscribe to:
Posts (Atom)