Friday, September 25, 2009

Hari Raya Edisi Istimewa 1 : Ketupat

Lu orang pernah dengar makanan yang bernama 'ketupat' tak? Kalau lu orang punya jawapan adalah 'tak pernah', maka gua anggap lu orang cuba bergurau mesra dengan gua. Kalau lu orang serius memang tak pernah dengar, maka gua sajes lu orang pergi jabatan pendaftaran kasik tuka nama melayu lu orang kepada nama 'andrew' atau 'sebastian' saja. memang tak guna lu orang jadi manusia kalau ini macam punya hal pun boleh jadi.

Ketupat, atau nama saintifiknya Pusô Licuala adalah santapan yang hukumnya sunat menghampiri wajib ada di rumah gua di Muar. Ianya sangat mantap kalau ditelan bersama-sama sambal kacang, rendang, ayam, mahupun kuah lodeh. Kalau ada sup tulang lembu pun boleh jadi ghairah habis hampir klimaks.

Ada di antara kita yang sejak lahir sampailah ke tua bangka, perkenalan dengan ketupat hanyalah ketika berada di meja makan, di mana ketupat dah siap dipotong kecil-kecil dan dihidangkan dengan beberapa jenis lauk-pauk yang lazat. Haram tak pernah tengok pun macam mana makhluk ketupat ni dibikin.

Gua pula telah bergelumang dengan pembikinan ketupat sejak gua belum sunat lagi. Gua sangat menghargai kehebatan ketupat sebab daripada daun kelapa yang flet, lipat-lipat lebih kurang, boleh jadi bentuk empat segi. Masa gua kecil dulu, gua beranggapan inilah barang paling ajaib pernah gua lihat dalam hidup gua.

Seperti tahun-tahun yang sudah, gua menggalas tugas sebagai brader ketupat kat rumah gua. Bapak gua dah malas nak campur, cuma usha dari jauh saja. Gua akan memperuntukkan lebih kurang 2-3 jam daripada masa peribadi gua untuk kasi setel ini tugas. Dari meraut daun, menganyam, ketatkan anyaman, dan isi beras. Untuk rebus pula, mengambil masa kurang lebih 2-3 jam lagi. Memang terlalu lama kalau nak dibandingkan dengan tempoh makan ketupat yang terhidang atas meja. Average seketul ketupat bole habis consumed dalam masa 2-5 minit untuk sekali hadap, bergantung kepada tahap kerakusan.















Ketupat pula ada macam-macam bentuk. Yang lu orang nampak kat atas ni namanya ketupat dada burung. Ketupat ni sesuai dibuat oleh orang pemalas macam gua sebab senang dan pantas. Gua memang seorang yang mementingkan produk yang mempunyai production rate yang tinggi.

Lain-lain jenis adalah ketupat bawang, ketupat sintok, ketupat sate dan ketupat jantung. Setakat yang gua tau buat ni 5 jenis saja. Tak taulah kalau lu orang bole invent spesis ketupat baru, then boleh kasik tau sama gua. Gua boleh kasik hadiah misteri.


Cabaran dan Dugaan

Antara cabaran yang terbesar semasa buat ketupat adalah kehadiran makhluk ganas yang gemar berkeliaran di dalam gua punya territory sambil buat aktiviti lasak. Makhluk yang badan berbulu, berkaki empat dan mempunyai ekor kontot serta seekor pengikutnya ni memang suka bergotong-royong melambatkan gua punya kerja. Mana satu nak menganyam, mana lagi nak bertarung dengan mereka. Kehadiran mereka ini memang sukar dielakkan memandangkan ketupat punya rupa fizikal yang horny serta mempunyai ekor panjang yang melambai-lambai makhluk ini untuk melakukan kemusnahan.

Memang tak akan ada penyelesaian total pada masalah ini. Biasanya gua akan libas penyapu lidi di pinggul untuk menghalau makhluk ni. Tapi tak sampai sepuluh minit kemudian, gua boleh nampak kelibat beruk dua ekor ni di hadir lagi di persekitaran gua. Memang bikin panas.

Makhluk perosak 1: Combi dengan gaya rakus

Makhluk perosak 2: Upik dengan gaya ganas

Daya Endurance Ketupat

Biasanya ketupat ni boleh tahan sampai 2 hari, kalau dibiarkan lepak atas meja. Akan tetapi, kalau rajin menyimpan dalam peti sejuk, boleh tahan sampai 4 hari. Lepas tu dah bolehlah kasik ayam korang makan.



3 comments:

FdausAmad said...

ahhh...itu baru ketupat,kalau pandai kacau dodol entah satu buku lu tulis..

BraderDiego said...

lek brader.. more to come bebeh

azeaidil said...

kenapa pulak beruk dua ekor???bukan ke tu kucing huahahaha tak baik libas melibas cian kucing tu...sedih aku dengar,eksport je la kat rumah aku...