Thursday, November 26, 2009

Blog Review 3 : Blog Putih Suci Murni

Nama Blog : Jiwa Kacau
Konsep : Tak kelihatan
Bahasa : Ada sedikit bahasa Melayu dan sedikit bahasa Inggeris.
Followers : Tak kelihatan

----------------------------------------------------------------------------------

Jiwa gua dah setat kacau sejak melayari blog ini. Adakah mata gua dah kabur, atau blog ni memang betul-betul kosong?

Boleh korang tolong verify kan tak?

Monday, November 23, 2009

Macam Mana Mau Mendapatkan Minyak (5M) - Episod 1

Jabar Talibun (atau nama komersialnya JT) sedar yang bukan senang nak meyakinkan bos-bos besar yang rata-rata berkepala botak dan berperut buncit tu tentang results studynya. Maklumlah dia cuma berpengalaman 3 tahun dalam industri minyak and gas ni. Tapi JT sudah membuat persiapan sebaik mungkin untuk sesi presentation kali ini.

Dua minggu lepas, teruk juga JT kena hentam oleh sorang bos botak bertali leher senteng itu. "model yang kau generate ni tak cukup kental di mata aku" komen si botak. Padahal, sampai terkeluar urat-urat tengkuk JT nak siapkan kerja yang dikasi last minit tersebut. Sedap-sedap saja claim keje dia buat tak kental. Supervisor dia pula, langsung tak cover line. Tercungap-cungap jugak JT menjawab sorang-sorang diri.

Sebagai seorang Geologist di kompeni minyak yang besar, tugas JT lebih kepada pencacai yang membuat prediction tentang potensi kehadiran minyak dan gas di sesuatu lokasi. Lokasi kali ini adalah di luar perairan Terengganu, lebih kurang 180km dari persisiran pantai.

Beberapa bulan lepas, sebijik kapal telah dibayar dengan harga US$100k sehari, semata-mata nak buat survey seismik di lokasi tersebut. JT terpaksa jugak naik kapal tersebut untuk memantau aktiviti seismik. Muntah-muntah memang tak payah ceritala. Sampai dah tak ada benda dalam perut untuk dimuntahkan. Maklumla, musim-musim peralihan tengkujuh ni, ombak memang lain macam dia punya ganas. Nasib baik JT penah membaca blog Lyana sebelum ni, sebagai persiapan untuk membiasakan diri dalam arena muntah-muntah.

Data dari kapal inilah yang menjadi sumber JT untuk generate model 2-D telaga minyak yang dalamnya kira-kira 3km dari dasar laut. Daripada model JT, nampak macam ada banyak minyak dan ada sedikit gas. Risau jugak JT, kalau buatnya silap, memang takde cerita banyak. Terus kena resign dan buat kerja lap tingkap KLCC la jawabnya.

Tujuan presentation JT kali ini adalah untuk meyakinkan bos-bos besar tentang potensi kehadiran minyak dan gas di lokasi itu, seterusnya mintak bos meluluskan bajet dalam lingkungan USD$15million sahaja untuk project drilling cuba-cuba. Setakat buat seismik je, mana boleh makan beb. Trylah korek laut tu dulu tengok macam mana. Ada minyak ke tak. Daripada aktiviti drilling cuba-cuba inilah, baru boleh buat log, amek sampel tanah, pasir, minyak, dan apa-apa yang ada dalam tanah tu.

Presentation setat pukul 2.30 petang. Tapi pukul 2 lagi JT dah duduk menganggur sorang-sorang kat depan bilik mesyuarat. Semua perkakas dah siap sedia. Laptop, thumbdrive, presentation print-out, pen, planner. Pakaian JT pun semat semacam hari itu. Baju seluar digosok tajam-tajam sejak malam tadi menggunakan sterika stim penesonik. JT berjalan hari ini pun kover-kover. Takut berkedut pula baju seluar. Rambut tersisir rapi. Entah banyak mana minyak bond pekat yang dia pakai hari tu, JT pun terlupa nak kira. Kes kalau burung hinggap kat kepala pun belum tentu bergerak rambut dia. Talipinggang G2000 yang dibeli masa sale Deepavali tuhari membalut kemas pinggangnya. Tali leher pula.. eh.. "mana tali leher aku??"

JT dah menggelabah ya amat. macam mana dia boleh tertinggal tali leher keramatnya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 2.20. Lagi 10 minit mesyuarat yang menentukan masa depan kompeni, dan juga masa depan dirinya itu akan bermula.

JT menimbang masak-masak keputusan yang ingin dibuatnya. Dia boleh sahaja masuk ke bilik mesyuarat tanpa tali leher, tapi potensi untuk kenyang kena maki amatlah cerah. JT pula boleh kembali ke tempatnya yang berada 22 tingkat di bawah untuk mengambil tali lehernya, tapi sah-sah akan masuk lewat. Tetap akan dibelanja maki-makian percuma oleh si botak-botak yang mulut tak penah diinsuranskan itu.

JT tersepit antara 2 keputusan sukar. Dia sedar dia perlu membuat keputusan dengan kadar segera

*
*
*
*
*
*

Tepat jam 3.45, Jabar Talibun melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Terdapat beberapa orang yang sedang menunggu untuk dimaki dalam mesyuarat sedang berada diruang menunggu betul-betul di luar bilik tersebut. Mata mereka tak berkelip-kelip memandang fesyen berani mati yang digayakan oleh JT.

JT berjalan perlahan-lahan ke arah meja kerani perempuan yang berhampiran.

"Terima kasih ye sebab pinjamkan saya SHAWL ni. Sejuk sangat bilik mesyuarat tu tadi" ujar JT sambil memulangkan shawl ropol-ropol kepunyaan gadis tersebut yang melilit di lehernya sebentar tadi.

"Tak mengapa. Cantik kan shawl ni? Saya order dari blog Macham Iz" balas gadis tersebut.

JT tak mengendahkan perkara picisan itu semua. Dia lebih memikirkan tentang kesudahan mesyuarat sebentar tadi. JT terus melangkah dengan gaya maskulin menuju ke arah lif berhampiran. Dibibirnya terukir secebis senyuman.

Sunday, November 22, 2009

Pakcik Misai Yang Cool

Lebih kurang setahun lepas, gua ada pergi satu pulau kecil kat perairan sabah yang bernama Labuan. Tempat ni terkenal sebagai pelabuhan barang-barang untuk industri oil and gas, dan juga tempat horey-horey pada waktu malam.

Gua kena pergi tempat yang bernama Labuan Supply Base - LSB untuk setelkan misteri barang yang lenyap tiba-tiba. Hairan betul pump yang seberat 2MT pun boleh hilang. Setau gua, toyol tak minat curi barang-barang macam ni. Kalau nak pun memang tak larat pun nak pikul seko-seko.

Sampai kat pintu LSB, gua kena pergi register dulu kat brader guard. Hari itu, pakcik Munir, brader misai tebal yang bertugas. Beliau adalah penduduk Labuan yang tegar. Bila gua hulur IC, dia belek-belek dan bertanya dengan penuh minat.

"Kau orang dari mana?"

"Dari KL pakcik"

"Oh, KL. Jauh betul tu. Naik belonla ke sini?"

"Benar tu pakcik" jawab gua pendek. Orang-orang sana panggil kapal terbang = belon.

"Anak sedara pakcik, Bidin pun kat KL sekarang ni. Kau pernah jumpa dia?"

Time ni gua dah setat konfius. "Alamak, susah sikit nak jawab soalan pakcik tu. KL ni besar"

"Yeke. Ko duduk kawasan mana?"

"Saya kat area Ampang. Bidin tu duduk kat mana pakcik?"

"Dia kat pulau pinang"

Muka pakcik Munir maintain serius. Tiada bibit-bibit gurauan yang terbit dari wajah beliau.

Dan gua cuma mampu bantai gelak dalam hati saja...

Wednesday, November 11, 2009

Blog Review 2 : Kecintaan Agung yang Outdated

Nama Blog : Lyana Hisyam
Konsep : Kisah pelayaran cinta remaja yang mendalam
Bahasa : Melayu yang sopan dan menitik beratkan tatabahasa yang kudus
Followers : Tak kelihatan

----------------------------------------------------------------------------------

Gua jumpa blog ni secara tak sengaja setelah klik link demi link blog-blog di luar sana. Pada mulanya, blog ni kelihatan typical sahaja di mata kasar gua. Tapi setelah gua menggeledah entry-entry beliau, ternyata sangkaan gua meleset. Dan mengunjungi blog ini adalah antara keputusan yang paling menyesal yang pernah gua buat dalam hidup gua.

Kalau lu orang ada terasa mahu layan blog ni, gua mahu menabur bakti kepada lu orang dengan memberi kata-kata hikmat - 'tolong bawa sekali baldi, besen, tong sampah, atau apa-apa barang yang boleh menampung muntah luorang'. Kalau malas, bawak luorang punya laptop masuk toilet sekali. Gua taknak bertanggungjawab kalau lu termuntah atas rambut hosmet lu.

Secara amnya, penulis mahu mengetengahkan nilai-nilai murni kepada pembaca blog serta meluahkan apa yang terbuku dihati beliau terhadap dunia luar. Beliau adalah seorang yang mengidam untuk hidup di dunia yang sempurna tanpa cacat cela, of course bersama-sama kekasih hatinya yang diwar-warkan hensem macam orang nepal yang berkulit cerah.

Antara yang gua dapat tangkap dalam blog ini adalah:
(1) Puisi cinta yang mendalam terhadap kekasihnya - gua dengar memori lane dah claim copywrite utk cedok puisi ni bubuh dalam kad raya jiwang jiwang
(2) Kisah keluar deting secara romantis - sebijik macam filem baru yusop haslam nak keluarkan
(3) Kisah kekasih kena kacau adik junior - sangatlah motherfoker cerita ini. Gua hampir kelar leher sendiri ketika membacanya
(4) Tips-tips kejujuran dalam percintaan - kesimpulan : merajuk adalah keindahan sebenar dalam percintaan

Paling menyayat hati adalah perkara ke-3 di atas. Gua kasik copy paste terus tulisan beliau:

Situasi 1

P: Haii awak, awak blablabla kan? Suke lah tengok awak. Saye selalu nampak awak lalu kat sini.
*sambil meliuk lentuk kegedikan*
L: Err, yep.
*muka blushing2*
Hailaa. Kalau dulu2 lelaki yang usha2 perempuan. Nih dah terbalik kah? Lelaki yang tunduk2 tersipu-sipu kena usha. Perempuan yang menggedik. Apakah?

Situasi 2

Junior yang menggedik dengan abang senior~
P: Erm bang2, nak tumpang kereta boleh tak? Kolej kediaman saye jauh lah. Nak jalan kaki jauhhh..
*ek elah, selalu kau balik camane kalau tak nampak abang senior tuh? and sebenarnya tak jauh mana pun kolej kau kan..*
L: Sori lah dik. Gf abang dah pesan tak boleh bagi perempuan lain yang tak dikenali sangat tumpang kereta.

*jawapan best kan? amik kau!*

Gua hairan cuma satu benda saja. Macam mana beliau tau cerita ni? Konfem daripada brader-L tersebut. Cuba luorang pejam mata, dan bayangkan muka brader-L ketika menceritakan pengalaman hangat di'kacau' adik junior kepada beliau. Adakah muka bangga? marah? ataupun masih tersipu-sipu kemaluan lagi? Dan apa pula matlamat menceritakan perkara itu? Supaya dapat title 'kekasih setia peringkat 1Malaysia'? Mesti dapat 'reward' malam ni kan?.. thehehee...
p/s: kan kereta tu abah lu yang belikan. pasal apa lu kena ikut cakap awek lu pula?

Oh ya, kalau lu orang mahu kasik komen dalam blog tersebut, sila berwaspada. pastikan komen lu perlu ada ciri-ciri membodek, ayat manis dan yang penting, lu perlu bersetuju dengan konsep yang disampaikan. Kalau tidak, lu punya komen memang tak akan disiarkan, jauh sekali untuk diaplikasikan.

'Kalau awak tak suka baca, then tak payahlah baca. Kan saya dah tulis banyak kali di entry-entry before'. Ayat ni macam dah jadi pengganti 'assalamuaikum' dalam blog beliau. Banyak kali betul beliau sound sedemikian. Nampak sangat memang ramai yang dah termuntah atas kepala hosmet ketika membaca blog tersebut.

Blog ini sesuai untuk ditontoni oleh pembaca-pembaca yang mempunyai ketahanan perut yang tinggi. Juga, orang yang kerja kapal yang muntah itu adalah rutin harian biasa. Tak sesuai untuk ibu-ibu yang hamil.

Yang paling bagus adalah, kalau lu ada terminum klorok secara tak sengaja ataupun ada member dengki taruk bulu tikus dalam air oren lu, dan lu memang perlu muntah untuk menyelamatkan nyawa sendiri, silalah baca blog ini. Ia nya adalah terapi yang sangat efisyen.

Gua tak boleh nak sambung lagi panjang-panjang, nak pegi hantar baldi ni ke bilik air dulu....





Sunday, November 8, 2009

Cuba teka siapa beliau?

Cuba lu orang teka, benda alah dalam gambar ni apa sebenarnya:
A) Toyol
B) Kucing



Jawapannya adalah, kucing yang perangai macam toyol

Saturday, November 7, 2009

Blog Review 1 : Si Cantik Yang Kecah

Nama Blog : Macham Iz Punye
Konsep : Blog cerita kisah kehidupan, penuh gambar warna warni dan bisnes kecil-kecilan
Bahasa : Rojak + kari + ciken copp
Followers : 814 orang

----------------------------------------------------------------------------------

Pertama kali gua view blog ni, gua terpaksa masuk bilik air, amek wuduk dan termenung kejap. Otak gua tak dapat nak proses dia punya tag "Walaupun sumbang seh, tatap mak lakuu". Apa neraka kah ini?

Gua skrol mouse jantan gua pelahan-lahan sehinggalah page blog ni tak menggelungsur ke bawah lagi. Gua tertanya-tanya sendiri. Apa benda yang gua baca ni? Adakah sebenarnya minah ni nak register Flickr, tapi ter-register blogspot? Gambar lagi banyak dari tulisan. Sebijik macam buku Mari Mewarna budak-budak pra-sekolah.

Tapi sebagai tukang review yang pro, gua tak boleh buat judgement terlalu awal. Etika kena jaga. Gua teruskan baca entry gadis genit ni yang lama-lama. Tapi still, perhatian gua lebih terarah kepada gambar-gambar yang bersimpang siur dalam blog beliau. Sebagai lelaki tulen, gua mengakui bahawa beliau ni terlalu kiut sangat Ya Salammmm... Strategi beliau untuk memenuhkan blog dengan gambar telah sedikit sebanyak berjaya mengalihkan perhatian gua daripada status 'pembaca' kepada 'pelihat'.

Hai.. Nama saya Iz

Tulisan beliau lebih condong kepada aktiviti harian beliau sebagai law student di Uitm. Hal-hal berkaitan pengembaraan, tengok wayang, berpeleseran, study, shopping dan artis berselang-seli dengan iklan tudung, dimuatkan sekali harung dalam blog ini. Macam fruit cocktail dalam tin, padat tetapi berkhasiat.

Secara ringkas, bolehlah dirumuskan beliau ni periang, mudah mesra, banyak bercerita, ramai kawan, smart, dan yang penting, terlalu kiut sangat Ya Salammmm. Beliau ni adalah sejenis gadis kalau lu orang jumpa, memang lu orang takkan berkira nak belanja makan mi goreng mamak sama teh ais. Walaupun lepas tu lu sengkek terpaksa makan daun saja untuk meneruskan kehidupan.

Hah.. ada lagi. Beliau ada buat perniagaan jual tudung fesyen terkini. Tudung yang jenis ikat-ikat silang, yang kalau lu tak berhati-hati boleh tercekik sendiri. Lengkap gambar tudung, harganya, dan siap beliau jadi modelnya. Jadi, bila lu orang rasa nak beli tudung tersebut, lu kena ingat dua perkara. Pertama : Jangan ingat lu beli tudung tu, lu boleh jadi kiut macam dia. Kedua : sebahagian tudung tu dia dah pakai buat amek gambar. Maknanya, tudung tu dah jadi second hand. Tapi jangan risau. Beliau pakai sekali saja. Janganlah berkira sangat. Lagipun gua yakin sangat yang beliau ni wangi orangnya.

Kesimpulannya? Bagi gua blog ni boleh tahan hepp nya. Lu orang kalau suka melihat gambar, atau membaca tanpa berfikir, atau malas nak membaca langsung, blog beliau ni memang sesuai untuk dilawati.

Jadi, citer banyak tak guna, gua cauuu dulu




Friday, November 6, 2009

Blog Review : The Grand Opening

Kadang-kadang gua boring juga baca review filem di sana sini. Gua baca blog brader, ada review filem. Blog gadis, ada review filem. Blog mamat tu, ada juga. Kat surat kabar, majalah, poster, sembang kedai kopi. Tapi gua belum jumpa lagi brader-brader atau gadis-gadis buat review blog. Maybe ada juga, tapi memandangkan gua ni baru berkecimpung dalam bidang blogging ni, dan gua pun malas nak view segala macam blog yang ada kat luar sana tu, so gua tak jumpa.

Oleh itu gua terpanggil nak buat blog review program ni. apakejadah semua ini? yaa.. Berikut adalah frequent asked questions yang gua tau sedang berlegar-legar dalam kepala otak lu orang:

Q: So, blog who yang you nak review ni braderdiego?
A: Secara random ikut sesuka hati gua - Brader, gadis, pondan, ajaran sesat, sukan, masakan, pondan, kehidupan, hidup liar, pondan, tanam-tanaman, jualan langsung, resepi, travel, pondan, dan sebagainya.

Q: Woi, apsal lu taip pondan sampai 4 kali?
A: Eh, yeke?

Q: Ngko nak review member ngko ke follower ngko je?
A: Mungkin lu perlu pakai baju, start lu punya moto, pegi kedai buku, beli kamus dwibahasa, pastu carik maksud "random".

Q: Eh, taknaklah. Janganlah review blog Mona. malulah Mona macam ni. hik hik..
A: Gua takde jawapan untuk penyakit gedik lu

Q: This is quite an interesting idea. In what language u wanna use for this purpose? English please?
A: Gua nak guna bahasa melayu pasar dengan tatabahasa yang lintang pukang

Q: Adakah kamu nak review blog yang ditulis artis-artis terkenal tanahair?
A: Buat kali ketiganya, gua nak bagitau. Gua review secara random. Tolong jangan jadi toyol.

Q: Ko ni bijak sangat ke nak review blog orang lain pulak?
A: Takdelah bijak sangat tapi gua pasti gua lebih bijak dari lu

Q: Apa faedah lu buat blog review ni terhadap perkembangan ekonomi Malaysia?
A: Takde. Blog review ni memang semata-mata buang masa dan langsung takde faedah

Q: Apo bondo agaknyo yang den nok tulis nanti yoo?
A: Adalah tu. Lu tunggulah

Q: Hai, Mona ni lagi tau. Kenapa awak cakap Mona gedik? Mona tak gedik tau. Kawan-kawan Mona semua cakap Mona ni ok je.
A: Ok.. ok.. lu tak gedik. puas hati?

Q: Aku rasa ko ni macam nak bikin panas je macam yang ko buat kat Sokernet tuhari. Iye ke?
A: Gua akan cuba sedaya upaya untuk tak bikin panas

Q: Helo. Kite orang baru kat sini. So, kite nak tanya. Macam mana awak select blog yang awak nak review?
A: ...........

Q: Mano demo dapak idea nok buak blog pgheview ni?
A: Tadi. Masa gua tengah bawak moto

Q: Dey Tambi.... Lu tarak takut kena itu santau ke? Kawan aku ha.. dulu buat kerja ini macam, sekali kena santau, itu jam juga muntah keluar monyet tiga ekor tau.
A: Eh, lu ni biar betul macha

Q: Hai.. Mona di siniii. Macam banyak kali pula Mona tanya kan? Hik Hik Hik. Sebenarnya Mona nak cakap thanx sebab cakap Mona tak gedik. Switt sangat awak ni. Hik Hik Hik
A: Ada jugak yang gua santau ni kang..


Q: So, bila ko nak stat review blog orang ni?
A: Jap lagi. Gua nak mandi dulu

Q: Sape mangsa pertama lu?
A: Tungguuuuu...

Thursday, November 5, 2009

Adakah anda toyol atau manusia?

Blog gua telah dihinggapi oleh beberapa ekor toyol sejak kebelakangan ni. Gua tak pasti apa sebenarnya yang toyol-toyol ni nak dalam blog gua. Mula-mula tu, mati-mati gua ingatkan ianya sejenis virus komputer yang baru. Masa tu memang agak tak keruan dibuatnya. Gua cek jugak gua punya Maybank2u akaun. nasib baik menatang ni tak sapu duit gua dalam tu.

Sebenarnya agak susah nak bezakan antara toyol dgn manusia dari rupa luaran. malah sebenarnya toyol yang susah payah melawat blog gua pun tak tau yang dia ni toyol. tak boleh salahkan mereka. iyalah, dalam IC pun takde tulis beza manusia-toyol.

Aisey, gua dah kantoi ke?


Tapi kita boleh detek mereka ni dengan menggunakan perangkap. oh, tak boleh guna perangkap tikus. sebab kepala toyol ni besar. Kita bole guna perangkap saikologi. macam mana caranya? melalui provokasi. toyol ni pasti akan jatuh dalam perangkap provokasi. Gua kasik provokasi terhadap sesuatu yang disukai oleh toyol ni, pasti mereka akan melenting mula buat tak tentu arah. Nak buat macam mana, IQ toyol ni lebih kurang IQ ikan selar kuning saja. senang masuk perangkap.

Lagi satu kalau luorang nak tau, toyol adalah sejenis organisma yang tak ada nama. bagi gua, keadaan ini sungguh kasihan. macam mana nak panggil mereka ni? takkan nak panggil "hoi toyol" saja? abistu kalau ada 100 toyol kat persekitaran, 100 ekor toyol terus datang tempat lu. nanti orang tuduh lu ada kilang toyol pula.

Kat blog gua, gua dah tangkap 3 ekor toyol. Mereka ni ada tinggalkan tahi kat entry gua pasal Maria Ozawa yang lepas. Sekarang ni gua simpan dalam botol kedap udara. Yang sulung tu gua panggil 'toyol penis tiada'. dia ni jenis yang kalau ada banyak toyol, lantang benar suaranya. tapi kalau tinggal seko-seko, kecut terus penisnya dan kelihatan hampir tiada.

Toyol kedua dan ketiga gua simpan dalam tin biskot yang sama. Gua tengok kedua-dua ekor ni macam ada gaya bahasa yang sama yang gua pun tak paham. komunikasi antara organisma sel tunggal ni memang sukar difahami. Ni gua panggil toyol mesolitik. kemahiran mereka terhad kepada terpekik dalam bahasa aneh, lepas tu lari. lepas tu terpekik lagi dan lari. ni spesis paling susah nak tangkap. di muzium pameran hantu tuhari, ada sekor toyol jenis ni dipamerkan. Gua pun bercadang nak keringkan, lepas tu jual kat muzium.

Sekarang giliran lu orang pula. Adakah lu orang ragu-ragu spesis apakah sebenarnya diri lu? Adakah toyol? atau manusia? penyelesaiannya mudah. Lu orang cuba try test tinggalkan comment kat blog gua. kalau kena blok, maknanya memang sah lu ni toyol. kalau comment lu tersiar, lu dah boleh kembali kepada kehidupan normal lu. tak payah depress sangat.

citer banyak tak guna, gua cau dulu