Minggu lepas masa gua menaiki kenderaan gua di area Jalan Tun Razak, gua ternampak benda yang aneh kat atas jalan. Sangkaan awal gua adalah selipar Nike. Makin gua rapat dgn tempat kejadian, barulah gua nampak benda alah ni rupanya Channa Micropeltes. Ada ke member gua cakap ni adalah Channa Striatus. Tak logik langsung.
Ikan ni masih bernyawa masa gua jumpa. Bak kata pepatah, nyawa-nyawa ikan, gitewww.
Gua telah bersusah payah menangkap ikan tersebut dan bawa balik rumah. Jadinya, lu orang tolonglah hebah-hebahkan kat rakan taulan, siapa yang ada tercicir ikan Channa Micropeltes kat area Jalan Tun Razak supaya kontek gua. Ikan tersebut masih dalam keadaan baik, cumanya beku sikit. Oh ya, ikan ni dah tinggal bahagian pinggang ke bawah sahaja. So, cepat-cepatlah bertindak ya uolls...
6 comments:
Nyah, u masak apa, tak ajak mak pun...senduk la u ni...eeee rentap la ni...uolls betullll
aww u ni...Channa Micropeltes kat jalan pon nak kutip... u x de Dintis yeee... tapi khannn, akak suker tauu Channa Micropeltes masak kicap... sedap gitewwww.
hafiz + jempol : lu dua beranak ni nak kena lempang guna kaki ke?
lempang guna kaki x pe, jangan kaki bersilang dalam mulut tauuu... awww takut..
hahahha sengal sungguh. :p
Tak kuasala aku korang2 ni.
Post a Comment