Monday, February 22, 2010

Ayam - Part 1.1

Nilai, 10.45 pagi.

"Makkk.. ooo maakkkk. Makkkkkkkkk" kedengaran suara Jamsari yang baru berusia 2 tahun dari ruang tamu

"Maaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk"

Makcik Peah terkedek-kedek membawa tubuhnya yang berat menuju ke arah suara.

"Kenapa Jem??" Makcik Peah bertanya. Mengahnya tak hilang lagi.

"Nihaa mak, tivi dah rosak ni. Jem tekan-tekan tak keluar pun gambar" Jamsari cuba menerangkan bersungguh-sungguh.

Makcik Peah meletakkan sudip nasi yang dibawanya sekali secara tidak sengaja di atas tivi. Dia cuba memeriksa tivi penesonik yang Pakcik Johari beli setahun lepas. Tengah mode standby.

"Mari sini rimot kontrol tu". Rimot kontrol bertukar tangan. Makcik Peah cuba menekan beberapa butang. Tivi masih tiada progress yang memberangsangkan.

Takkan bateri habis kot, baru dua hari lepas tukar baru, bisik hati Makcik Peah. Diterbalikkan rimot tersebut dan dicungkilnya cover bateri.

"Astaghfirullah".. beristighfar Makcik Peah.

"Kenapa mak?"

"Ayah kau ni ha.. Bateri ni, mak dah suruh beli yang tahan sikit. Tapi dibelinya yang CAP AYAM jugakkk. Ishhh" marah betul nampaknya Makcik Peah.

"Makk??"

"Yee.. apa lagi?"

"Bateghi tu apa mak??"

.....

cerita tamat....

Thursday, February 18, 2010

Ayam - Part 1.0

Bukan main gembira lagi Supian hari itu. Perasannya, dialah organisma yang paling kaya di kalangan geng-geng sekampungnya, di Kampung Parit Punggur, Muar. Mana taknya, dia baru pulang dari Kuala Lumpur dan telah membeli sebijik portable DVD player brand Midea, model FX 121i.

Masa mula-mula bukak kotak portable DVD itu, penuh geng-gengnya berkumpul di sekeliling. Pertama kali dalam hidup mereka dapat tengok menatang yang bernama portable DVD. Menurut rumors, manusia masih dapat menonton DVD walaupun time tengah takde karen. Terlalu hebat betul portable DVD ni bagi mereka.

Supian membuka plastik bergelembung udara kecik-kecik yang membaluti badan portable DVD tersebut. Berebut-rebut geng Supian cuba merampas plastik gelembung udara itu. Masing-masing memicit gelembung udara itu sehingga mengeluarkan letupan kecil. Puas betul rasanya.

Supian menyambung wayar-wayar apa yang patut, dan setelah menyemak manual, supian menyambungkan plug kuasa dan mengecas portable dvd itu selama 2 jam. Geng-geng supian masih setia menunggu, tak sabar-sabar untuk menonton DVD hindustan yang tengah top ketika itu bertajuk 'Cabbuti Buluku'. Supian tidak mahu tergesa-gesa. Prinsip hidupnya, 'tergesa-gesa membawa keburukan' dipegang ketat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sementara menunggu portable DVD siap charge, Supian dan geng-geng beliau menghabiskan masa dengan berborak-borak kosong yang tiada matlamat.

Dua jam berlalu.

Kini Supian dan geng-gengnya sekali lagi berkumpul mengerumuni portable DVD yang baru tersebut. Muka masing masing jelas sekali jakun. Di mulakan dengan Bismillah, Supian membuka penutup DVD player dan memasukkan DVD cerita 'Cabbuti Buluku' dengan berhati-hati. Bateri indicator menunjukkan bateri telah penuh dicas.

"Fuhhh".. Supian meniup tapak tangannya yang sudah mulai berpeluh. Digosok-gosoknya beberapa kali. Setelah gemuruh dalam jiwanya hilang, Supian pun menekan butang 'ON'. Geng-gengnya yang lain dah setat berhenti kelip mata. Rugi kalau ngam-ngam time tengah kelip mata tu, movie tiba-tiba pula muncul.

Beberapa ketika...

Skrin portable DVD player masih lagi memaparkan kegelapan. Tiada apa yang berlaku. Supian kali ini sudah mula berpeluh satu badan. "Apa cer ni?" bentak hatinya. Geng-geng Supian pula dah menunjukkan tanda-tanda kecewa. Ada yang menguap, ada yang merenggangkan badan, 2-3 orang yang lain dah menyalakan rokok tanda protes. Air kopi 434 dalam gelas mulai di capai semula.

Supian menekan-nekan beberapa butang yang ada di portable DVD player itu. Berkali-kali beliau mencuba tapi keadaan masih sama. Sekali sekala, Supian membelek manual atas bawah dan kelihatan macam faham benar.

"Beb, apa pasal ni beb?" sapa geng 1.

"Gua dah tak saba-saba nak tengok ni beb" geng 2 menyambung.

"Betul ke ko punya DVD player ni Yan?" geng 4 pula menyampuk.

Supian tidak menjawab. Masih lagi membelek manual.

"Aku rasa ko ni beli DVD player CAP AYAM lah Yan. Hahahaha" cabul betul mulut geng 3.

"Betullah, CAP AYAM. Memanglah senang rosak" sambung geng entah nombor berapa.

"kahkahkahahahahihihi"

cerita tamat.

bersambung part 1.1

Wednesday, February 17, 2010

Takut

A. Yo Rais si bibir merah, apa cer?
B. Ok, bagus.
A. Malam ni macam biasa badminton pukul sebelas kat lorong oren
B. Aku tak bolehlah malam ni..
A. Takut bini ke beb?
B. Tu Emon. Aku sakit kaki la
A. Apsal?
B. Terseliuh.
A. Aii? Setakat duduk umah layan farmville pun bole terseliuh kaki?
B. Aku jogging, pastu terseliuh
A. Jogging mana beb?
B. Kat tanjung
A. Camne boleh terseliuh?
B. Aku jogging kat jalan biasa, lepas tu aku nampak ada sekor monyet ni duduk kat tempat aku nak lalu
A. Dahtu apsal tak elak?
B. Sebab elak monyet la aku terseliuh. terpijak jalan tak rata
A. Kalau gitu nape ko elak monyet tu? Jogginglah straight takyah koner-koner
B. Takut aku. Monyet cibai tu memang suka pegang kaki orang. Taknak lah
A. Terajang je lain kali
B. Tak boleh beb. Ko tak tengok lagi, monyet ni kalau tak puas hati takde one-by-one dah. Stail memang ajak member ramai-ramai pukul ko
A. Ok, dengar macam horror.
B. Ko ajaklah sukor main sekali.
A. Malaslah, dia tak terer
B. Emon balik Muar jugak kan? Ko tanya dia. Dengar cerita, smash dia dah laju
A. Kalau nak ajak dia, kena call bini dia dulu mintak kebenaran
B. Oh, betul jugak. Hihihi..
A. Ijan tak balik kan?
B. Dia balik JB. Bawak bini sekali.
A. Takut bini la tu
B. Tak dow.. Bini dia yang takut dia. Eh Situt kawen bila?
A. Dah nikah pagi tadi. Petang td bersanding.
B. Takut bini tak?
A. Bakal.
B. Dah kol? Jomlah kol dia.
A. Betul jugak. Manalah tau tengah berjimak ke, kasik dia hilang konsentrasi.
B. Kalau perangai dah macam setan tu, memang susah nak ubah..

------

Kepada member gua situt, selamat pengantin baru. pesan gua simple je, jangan takut bini. hehehe

Thursday, February 11, 2010

Macam Mana Mau Mendapatkan Minyak (5M) - Episod 2

Laut China Selatan, 184 km dari pantai Kuala Terengganu.
3.50 petang.

------------------------------------------------------

Leman menyalakan sebatang rokok Sampoerna 'pow orang lain' menggunakan lighter 'pinjam tak pulang' dari membernya. Dihisapnya dalam-dalam menerobosi peparunya yang memang sudah sedia maklum berkarat dengan tar dan bahan-bahan kimia beracun yang lain. Kemudian, dihembuskan ke atmosfera dengan penuh nikmat. "Sedap betul" bisik hati Leman.

Angin petang itu berpuput-puput dengan ugahari kencangnya. Sesekali kelihatan angin sepoi-sepoi bahasa mempermainkan rambutnya yang sedikit kerinting ala orang asli.

Masuk hari ini, dah 29 hari Leman berada di atas kapal drilling T-22 yang bersaiz satu padang bola itu. Sebagai seorang 'Drilling Engineer', tugasnya adalah untuk memantau dan menyelia operasi 'drilling' iaitu satu aktiviti yang paling kritikal dan mahal dalam syarikat tempat beliau bekerja. Mana taknya, sewa sebijik kapal drilling seperti T-22 sahaja berharga USD 1 juta sehari termasuk barang-barang dan pekerja. Kalau buat back calculation, sesaat kapal ini berharga USD 11.57 dan seminit adalah 694 dollar amerika. Kiranya perbuatan 10 minit seperti berak, merokok dan bergossip atas kapal ini menelan sewa sebanyak USD 6,944 atau RM 24,000. Itulah aktiviti berak paling mahal dalam sejarah bumi.

Apa yang Leman dan pasukannya cuba korek di tengah laut macam orang gila itu adalah satu perigi yang disasarkan ke lokasi terdapat potensi hidrokarbon, atau kata lainnya minyak mentah dan gas. Lokasi perigi itu ditetapkan oleh geng geologist, yang telah dianalisis dan mendapat kelulusan terlebih dahulu. Kalau tak silap leman, Jabar Taliban antara orang yang berusaha sampai tak balik rumah untuk menganalisa lokasi ini. Apa yang Leman dan gengnya perlu buat adalah, plan elok-elok program untuk bawak kapal drilling ke lokasi ini, dan korek mengikut lokasi yang ditetapkan tanpa mengubah barang seinci pun.

Leman kenal juga si Jabar Taliban ni. Budak tu junior dia masa kat politeknik cheras dulu. Biasa orang panggil dia JT. Kecik je orangnya. Tapi perangai agak tak semenggah. Leman ada dengar cerita orang ofis yang JT ini buat presentation ke Management dengan memakai shawl. Leman tertanya-tanya juga, adakah management approve drilling campaign ini disebabkan kasihan ataupun tertarik dengan sense of humor JT.

Berbalik kepada aktiviti drilling. Results daripada aktiviti korek perigi ini akan diserahkan kepada brader-brader yang duduk kat ofis untuk dianalisa, buat model tanah 3-D, buat prediction, buat forecast, dan buat modal bergaduh dalam meeting. Itu Leman tak peduli. Yang penting, kerja dia siap dan tiada eksiden berlaku.

Malam ini, Leman menjangka yang mata gerudi akan sampai ke target area, iaitu lebih kurang 10,200 kaki menegak dari dasar laut. Bagi Leman, timing itu terlalu cemerlang kerana beliau akan balik hari esok. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah Leman untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu dengan matanya sendiri. Menurut laporan yang Leman baca sewaktu minum petang semalam, terdapat potensi minyak yang tinggi, iaitu ketiga terbanyak di Semenanjung Malaysia. Boleh juga dia tumpang berbangga terhadap peranannya sebagai antara orang pertama yang membuktikan kewujudan minyak di telaga itu. Walaupun rakyat Malaysia lain tak tau haprak pun tentang sumbangannya. 'Unsung Hero' bak kata orang Eropah.

Leman menyalakan rokok keduanya iaitu rokok suria. Hari-hari memang dia akan round galley sambil membawa bekas rokok aluminium berlambang 'Liverpool' untuk pow rokok-rokok kontraktor. Stok rokok 2 katun yang dibawa telah habis 3 hari lepas. Hari ini dia dapat pow 7 jenis rokok berlainan sebanyak 20 batang. Leman sebenarnya berpegang kepada prinsip 'Hisap rokok berlainan jenama boleh membahayakan kesihatan', tapi dalam kes-kes desperate macam kali ini, dia boleh kasi pengecualian pada diri sendiri.

Shift Leman lama lagi iaitu bermula pukul 6 petang. Leman dah merancang-rancang untuk pergi bilik gym lepas ini, lari-lari dan angkat angkat lebih kurang, lepas tu layan kartun pokemon di bilik tv, pegi galley untuk mentakedarah ciken cop sama kentang goreng sebelum baca report handover dari shift pagi. Baru boleh jadi pekerja yang seimbang rohani jasmani, bisik hati Leman.

Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi. Leman yang baru hisap rokok keduanya setengah batang terkesima seketika. Kapal drillingnya dirasakan bergegar dengan agak kuat. Dan berlanjutan untuk beberapa ketika.

Kebolehan Leman untuk berfikir terhenti sebentar. Gegaran berlanjutan yang tak pernah dialaminya selama ini mematikan kemampuan semulajadi manusianya itu. Tapi paniknya adalah untuk seketika. Setelah fikirannya kembali ke paras normal, dan adrelinanya tidak lagi membuak-buak, Leman sudah mampu berfikir secara waras. Leman mematikan rokoknya, dan berlari ke suatu arah. Dia tau, dia harus berbuat sesuatu....

Tuesday, February 9, 2010

Barang Tercicir 3

Gua jumpa burung ni dalam surau stesen petronas. Time tu gua bersama-sama brader situt dan rais si bibir merah baru pulang dari kenduri kawen member gua, ijan.

"Burungmu digenggamanku"

Masa mula-mula nampak, gua buat-buat tak tau sahaja. Buatnya jelmaan setan yang nak kacau kitorang solat ke, mana gua tau. Lagipun gila apa burung ni boleh masuk dalam surau petronas ni. Beliau kena menembusi dua pintu kaca dan satu pintu kayu berkualiti sederhana baru boleh sampai dalam surau.

Habis solat, gua tengok burung ni muka macam baik sahaja. Tak nampak unsur-unsur boleh mencederakan orang awam. Lalu kami mengambil keputusan sebulat suara untuk menangkap burung itu. Oleh kerana kitorang punya pengetahuan tentang burung agak terhad, menerusi perbincangan kami bersetuju mengganggap burung ini adalah Burung Kelicap Sepah Raja Kesumba atau nama sainsnya Aethopyga siparaja.

Hasrat untuk menikmati burung percik berempah malam tu terpaksa kami batalkan sebab kesian. Tak sangka ada juga sifat-sifat manusia pada member-member gua itu. Oh ya, nama burung ini adalah si tompok.

Apa yang terjadi kepada burung tersebut? Adakah burung itu survive dari kerakusan nafsu manusia yang tiada penamatnya? Apakah kesudahannya?

hehehe...

Tuesday, February 2, 2010

Blog Review 6 : Brader Kiut Sangat...

Nama Blog : apekesni ?™

Konsep : Anak muda remaja yang perasan hype
Bahasa : Melayu. Ada bahasa amerika sikit-sikit
Followers : 460++
Last Update : Dalam minggu ni
Rating : 2.0 / 10.0 bintang

----------------------------------------------------------------------------------

Kalau tak silap gua hari tu hari selasa malam. Gua klik blog demi blog demi mengisi masa lapang yang bertimbun-timbun. Sampailah ke blog 'apekesni'. Ada terdapat hurup 'TM' yang kecil di sebelah perkataan 'apekesni' kononnya menandakan perkataan tersebut telah ditrademarkkan. walaubagaimanapun, gua tidak pula pasti adakah menulis blog ini telah melalui semua prosedur untuk mempaternkan perkataan itu.


Buka sahaja blog, gua nampak di kepala blog, terdapat gambar seorang bangla sebanyak 5 keping. Gambar tersebut menunjukkan aksi-aksi manja dan berpakaian agak moden, diambil menggunakan webcam secara camwhore. Dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai photoshop, gua pasti bangla ini bukan calang-calang punya orang. Kalau masuk Malaysia pun pasti berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang angkat beg di hotel-hotel terkemuka.


Kiut kan saya?

Sangkaan gua meleset. Rupanya pemilik blog ini yang lepas ini gua gelar sebagai 'kutu' sebenarnya adalah orang Malaysia. Buktinya, kutu ni memanggil mak beliau sebagai mama, bukan 'ammak'. Orang Malaysia sekarang memang biasa macam tu. Maklumlah diiklan tv, filem dan drama tipikal melayu, semua watak anak memanggil watak perempuan yang melahirkannya sebagai mama. Itu cerita lain.

Blog ini sama seperti blog-blog lain yang gua review, memaparkan kisah hidup yang terpilih untuk dimuatkan ke dalam jalan cerita. Tapi untuk blog ini, unsur-unsur 'raja lawak musim ketiga' diterapkan supaya nampak ceria. Boleh dikatakan hampir semua entry kutu mempunyai koktel 'kisah hidup + unsur raja lawak'. Mungkin itulah yang cuba di'trademark'kan oleh kutu.

Semasa pertama kali gua terbuka hati membuka blog ini, entry bertajuk 'kucing itu jalan macam catwalk dowhhh' sedang terpampang di dada blog. Terus menyembur air yang sedang gua teguk tanpa baca bismillah. Bukan kerana tajuk tu kelakar, tapi sebab gua rasa dejavu dengan tajuk tersebut. Masa gua darjah 4 dulu, ada seorang budak kelas gua pernah cakap sebijik macam tu apabila ternampak kucing jalan di kantin sekolah. Akibatnya, geng-geng yang lain ketawa serentak "HAR.. HAR.. HAR.." sambil geletek perut sendiri menandakan membuat kenyataan bebal macam itu cuma menghabiskan kalori, dan tak lucu langsung.

Kucing jalan = catwalk. Lepas tu claim geng-geng lu hype, riang dan lucu-lucu belaka. Gua pasti selepas kenyataan itu disebut, mereka akan buat-buat ketawa besar agar orang di meja sebelah akan usha dan cemburu betapa kelakar dan mesranya kutu dan sahabatnya itu. Dan betapa orang di meja sebelah siap berdoa, kalau dilahirkan semula, biarlah jadi satu klik dengan kutu dan sahabatnya.

Oh, gua tak boleh terlalu prejudis hanya kerana satu entry yang fucker, jadi gua pun belek-belek lagi entry beliau untuk lebih mengetahui apa kejadahnya yang kutu ni tulis. Ada peraduan siapa paling kelakar yang menawarkan hadiah-hadiah berunsur pakej jalan-jalan, ada cerita mengenai jemputan ke kelab setan, banyak juga perbualan-perbualan 'terpilih' dengan geng-geng yang 'terpilih' disebabkan kelucuannya, dan sebagainya yang gua nak taip pun rasa malu.

Lantas gua mahu buat kesimpulan yang paling mudah. Masa gua belajar dulu, brader-brader yang macam kutu ni akan dipanggil LPS - Lawak Perempuan Suka. Dan ya, perempuan normal yang lemah-lembut yang berorientasi straight pasti akan suka dan akan menganggap kutu ni kiut.

Golongan ini biasanya berakhir dengan menjadi pondan, mempunyai ikatan ukhwah yang kukuh bersama rakan sejenis dan senang didampingi gadis-gadis. Dari segi pelajaran, kebanyakan mereka akan score dalam peperiksaan dan biasanya akan ditawarkan kerja menjadi pelakon tambahan drama TV1, ataupun kerja di salun-salun kecantikan. Cerita lain.

Berkenaan dengan blog pula, gua tidak mahu bersikap bias. Alang mamat pendek bermuka kera yang gua lupa nama dia pun boleh masuk final raja lawak musim ketiga, gua pasti ramai yang menerima kutu sebagai manusia paling hype di cakerawala. Blog ini sesuai di baca oleh perempuan normal yang lemah-lembut yang berorientasi straight, lelaki yang hampir jadi pondan, dan lelaki yang dah transform sepenuhnya menjadi pondan sejati. Boleh geng dengan akak senduk. Ohh..

Citer banyak pun tak guna, gua blah dulu uolls....