Gua ada satu masalah yang baru terjadi kepada gua. Orang cakap, kalau ada masalah eloklah share supaya orang lain pun boleh dapat masalah sama. Oke, ceritanya begini:
Gua tengok, dompet gua cengkung disebabkan mengalami sindrom akhir bulan. Nipis betul. Yang ada cuma resit beli benda tak berfaedah, duit siling beberapa keping dan kad nama beberapa premis rumah urut di Kuala Lumpur.
Oleh kerana kesian, maka gua pun keluarkan duit dari ATM Maybank sebanyak RM 1500. Masa ambil duit, gua malas nak kira, lalu bubuh segugus duit tersebut kedalam dompet gua. Skang, dompet gua dah chubby sikit, so gua pun riang.
Gua pergi ke Bank Hong Leong untuk bayar duit riba' kereta menggunakan mesin deposit. Tanpa mengira duit, gua keluarkan duit dari dompet gua menggunakan method 'agak-agak'. Gua campakkan di tempat masuk duit yang sedia ternganga.
Di skrin mesin, keluarlah jumlah RM1000. Gua bersetuju seraya menekan butang yes. Gua menunggu beberapa saat sementara mesin tersebut menelan duit gua dengan lahap. Gua ambil resit dan gua meneruskan perjalanan ke rumah gua.
Di rumah, gua keluarkan semula duit dan mengira baki. Setelah mengasingkan resit-resit yang menyemak dalam dompet gua, dan simpan duit siling dalam tabung arnab, alangkah beruknya gua bila mendapati belen gua adalah RM600. Gua tenangkan diri dengan membaca selawat 3x dan berlari setempat selama beberapa minit. Namun setelah beberapa kali mengira, baki masih lagi RM600.
Sekarang ni duit gua sudah ada tambahan RM100. Mana datang ni? Adakah mesin ATM yang terlebih pemurah kasi duit lebih kat gua buat belanja barang dapur? Ataupun mesin deposit yang salah kira? Adakah gua termasukkan resit beli barang tak berguna dalam mesin deposit lalu mesin deposit itu kawtim cincai kira kawan-kawan? Kepada sesiapa yang kerja servis mesin ATM, ni macam mana nak kira ni?
Ataupun...
Gua takyah anggap benda ni masalah dan meneruskan kehidupan seperti biasa? Anggap sahaja benda ni lumrah dalam kehidupan. Macam tu ke?