Wednesday, December 30, 2009

Citer Banyak Memang Tak Guna

Menyesal betul gua tukar layout blog gua.

Sekarang ni gua rasa blog gua macam tak sebati dengan jiwa gua.

Gua akan jadikan azam tahun baru 2010 untuk carik layout lama blog gua. Tak jumpa pulak gua carik tadi.....

Tuesday, December 29, 2009

Malas macam tiang

Gua memang dah terlalu malas sekarang ni.

Dah level kalau makan kuaci tu, dah takde buang kulit lagi dah, terus pakai telan je.

Gua pun tak tau apa cer.

Ada tak ubat untuk menyakit malas macam gua ni?

Sunday, December 20, 2009

Barang Tercicir 2


Kot ye pun dah tak sayang adik angkat, janganlah sampai buang kat tengah panas. Carik lah tempat yang redup sikit.

Siapa yang nak bertanggungjawab kalau beliau mengidap heat stroke ke nanti?

Monday, December 14, 2009

Blog Review 5 : Blog Buah-buahan Import

Nama Blog : Cik Epal 06
Konsep : Aktiviti harian di kolej dan rumah, serta emosi yang berpanjangan
Bahasa : Bahasa budak budak baru mumayiz
Followers : 1800++ (serius shitt)
Last Update : Baru kejap tadi kot
Rating : 2.5 bintang

----------------------------------------------------------------------------------

Tidak syak lagi, bila gua jumpa blog ini baru-baru ni, gua rasa impress. Bukan sebab blog ini menarik, atau pendekatan baru yang beliau gunakan dalam blog. Tapi disebabkan oleh bilangan followers dan hits counter. Beb, 1800++ tu. Masa mula-mula gua tengok tu ada dalam 1700 lebih macam tu sahaja. Boleh dikatakan, pertambahan follower beliau berkadar terus dengan bilangan kes-kes kematian H1N1 di serata dunia.

Hai, looks familiar?


Dengan bilangan follower yang mencanak-canak dalam waktu yang singkat, tidak dapat disangkal lagi bahawa blog ini telah menjadi satu fenomena dikalangan blogger-blogger amatur di Malaysia ini. Malah, tidak keterlaluan kalau gua katakan, blog ini pasti akan menjadi anak ikan Akak Nuffnang tak lama lagi, disebabkan potensi yang cerah untuk menjana pulangan yang lumayan dalam bidang pengiklanan.

Follower Cik Epal pula neutral. Terdiri daripada lelaki dan wanita. Mungkin juga ada kaum Akak Senduk juga, gua tak berapa periksa. Ternyata blog yang tidak seberapa ini telah berjaya menarik ramai blogger-blogger lain, yang gua pasti secara sukarela menjadi follower. Gua sangat yakin Cik Epal tidak sekali-kali ada pergi ke rumah bloggers lain malam-malam buta, letak mata cangkul kat tengkuk paksa jadi follower. Beliau bukan jenis mabuk macam tu.

Dan pastinya gua sebagai insan yang sebangsa dengan beliau tumpang berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang pemblogan. (pemblogan??) Gua doakan beliau dapat apa yang beliau hajatkan dalam bidang yang diceburi.

WALAUBAGAIMANAPUN.....

Masa gua merayau-rayau dalam blog beliau, gua dapati lebih dari 10 entry beliau emosi pasal orang yang mengganggu blog beliau dan bagi komen yang membuatkan beliau terasa hati. Kusss segamat mak oii..

Kita takleh salahkan Cik Epal. Adatlah Melayu memang emosional. Kuat melenting. Darah haid keluar lama. Tak tenang. Lepas tu mengaku tenang. Biasalah tu.
Dan kita tak boleh juga salahkan pengomen. Dah nama pun Melayu, mestilah hasad dengki dendam perangai puaka semua tu ada. Mereka cuma menjalankan tugas sebagai Melayu sejati. Jadi, tidak ada apa yang luar biasa.

Kata Cik Epal : Kalau lu tak suka blog gua, apsal lu masih baca blog gua dan jadi silent reader? Dan apasal pulak lu nak kecah-kecah komen gua macam pundek? Lepas tu guna anonymous pulak tu. Ni blog gua, bukan blog bapak kau dowww.. (macam kenal je blog sapa tu...)
Kata Gua : Laa.. Kalau lu taknak orang komen buruk-buruk pasal lu, lu tutup je ruangan komen. Habis cerita. Atau lu upah jelah sume orang tulis yang baik2 je. Barulah suci lu punya blog. Dan disable ajelah anonymous comment. Kan setel tu...

Kita kena ingat baik-baik. Sebagaimana kita ada hak nak tulis sesial mana pun dalam blog kita, orang lain pun ada hak nak komen buruk mana pun berkenaan dengan entry kita. Kalau taknak, bukak blog lu pada invitees sahaja. Bersih tapak kaki lu follower lu jilat. Pada gua, gua lebih appreciate orang komen negatif pasal kita, rather than penjilat-penjilat jubur yang komen macam nak ajak beromen. Contoh:

Blogger A : Sabar ajelah Cik Epal. Ignore je orang yang tak betul tu.
Blogger B,C,D,E,F....X : ~ Sama seperti di atas, tapi struktur ayat lain sedikit~
Blogger Y : Cutelah Cik Epal ni. Jom deting dengan saya nak?
Blogger Z : Yang lu emo ni aphal? Lu biar ajelah, lu buat entry sampai 10 kali macam ni, lepas tu lu claim lu tenang, kan macam sial penipu tu?

So, lu rasa komen sape yang paling ikhlas dan membina?

Tapi, gua secara peribadi, kurang bersetuju kalau komen guna anonymous. Itu serupa langgar kucing orang lain, lepas tu lari. Sebijik macam kutu yang kentut dalam LRT, lepas tu buat muka selamba sambil dengar lagu MP3. Perangai tak ada tanggungjawab macam toyol. Kenapa perlu takut nak guna identiti sebenar? Bukan polis tangkap pun. Ye ke tak?

Secara mudah, gua simpulkan di sini beberapa perkara yang menarik yang gua dapati dalam blog beliau:

1. Gambar : Kalau gambar yang diambil secara camwhore, mesti ada tatu love, atau kupu-kupu, atau bunga, atau pancaran yang silau tu di pipi. Dan kalau gambar ramai-ramai, mesti tangan cover tang pipi. Kenapa agaknya ye?

2. Cantik kan sepupu dia ni? Gua sebenarnya heran, apa agaknya tujuan dia paparkan gambar sepupu yang cantik itu? Lepas tu emo pula kalau ada kutu horny nak berkenalan. Oh ya, gambar sepupu beliau tidak di photoshopkan ye..

3. Lu perasan tak tiada satu link pun ke blog blogger lain dalam blog beliau? Sian beliau punya followers.

4. Lu perasan tak dalam entry beliau, banyak betul link yang ke entry beliau yang sebelum-sebelum ini? Kenapa agaknya ye?

5. Blog ni tiada link archive. Kalau lu nak baca entry bulan May, atau entry yang first dulu, lu kena click older post sampai nak jahanam lu punya mouse. Tu pun belum jumpa-jumpa lagi. Agak-agak lu orang kenapa?

Itu namanya strategi. Beliau kreatif, dan beliau kuat berusaha. Lu orang kerja nak busuk hati, lepas tu kuat ass-kissing. Memang sampai reput jasad lu pun takkan berjaya.

Blog ni sangat sesuai diikuti oleh blogger-blogger yang kurang humor, attention seeker, ass-kisser dan pathetic. Gua kadang-kadang kesian bila baca ruangan XXX orang sayang dekat aku.. terima kasih... Dah macam anak ayam kehilangan dara.

Citer banyak tak guna, gua dah bersedia untuk disembelih...





Wednesday, December 9, 2009

Preview : Blog Review 5

Sedang gua asyik memerhatikan dua ekor cicak bersetubuh di siling rumah gua, henfon gua berbunyi dengan bunyian yang ringkas. Serta merta gua tau yang ada mesej baru masuk. Gua bingkas perlahan-lahan menuju ke arah henfon yang ada mesej yang tertera seperti yang berikut:

"beb, malam ni waktu yang sesuai lu review blog cik epal" dari pengirim yang gua terpaksa rahsiakan di sini.

Lahanat apa pula ni? Apa kejadah pula gua kena review blog buah-buahan import pula?

"Bagitau gua address dia" reply gua pendek.

"Kalau tak silap cikepal06" reply pengirim yang gua terpaksa rahsiakan tersebut.

"Ok"

Masa tu gua kat kampung gua kat Muar. Oleh kerana bekalan internet agak terhad di sana, gua tunggu sampai gua balik KL baru gua cuba buka. Itu pun setelah beberapa hari. Gua agak malas tatkala itu. Blogging bukan gua punya hobi yang tegar, bukan juga aktiviti mengisi masa lapang, jauh sekali untuk menjana pendapatan.

Pertama kali gua buka blog ini, gua cuba baca barang satu dua entry. Lepas tu gua tutup page blog ini. Tiada apa yang menarik, dan gua tak tertarik langsung untuk buat review. Blog terlalu biasa. Boleh jumpa di mana-mana.

Ianya bukan blog idealogi moden seperti Melayu Minimalist, bukan juga memaparkan penceritaan pengalaman unik seperti Brader Askar, tidak sepanas blog Hotmum, tiada garapan menjamit jiwa seperti Fynn, apatah lagi tidak menghiburkan seperti Abang Loyer. Blog ini tiada apa-apa yang istimewa.

Gua cuba mencari bahan-bahan review yang lain. Yang boleh gua review sepuas-puas hati tanpa belas kasihan. Tapi dalam banyak-banyak blog yang gua jumpa, ada juga beberapa blog owner yang membuat link kepada blog buah-buahan import ini.

Gua kembali ke blog buah-buahan import semula. Gua memaksa diri gua untuk membaca sekurang-kurangnya 10 entry. Dan akhirnya gua ada sesuatu yang boleh di tulis.

Monday, December 7, 2009

Barang Tercicir!!!


Minggu lepas masa gua menaiki kenderaan gua di area Jalan Tun Razak, gua ternampak benda yang aneh kat atas jalan. Sangkaan awal gua adalah selipar Nike. Makin gua rapat dgn tempat kejadian, barulah gua nampak benda alah ni rupanya Channa Micropeltes. Ada ke member gua cakap ni adalah Channa Striatus. Tak logik langsung.

Ikan ni masih bernyawa masa gua jumpa. Bak kata pepatah, nyawa-nyawa ikan, gitewww.

Gua telah bersusah payah menangkap ikan tersebut dan bawa balik rumah. Jadinya, lu orang tolonglah hebah-hebahkan kat rakan taulan, siapa yang ada tercicir ikan Channa Micropeltes kat area Jalan Tun Razak supaya kontek gua. Ikan tersebut masih dalam keadaan baik, cumanya beku sikit. Oh ya, ikan ni dah tinggal bahagian pinggang ke bawah sahaja. So, cepat-cepatlah bertindak ya uolls...

Wednesday, December 2, 2009

Blog Review 4 : Blog Lelaki yang Seluk Tangan Dlm Seluar Dan Mengeluh "Kenapalah Mak Ada Barang Ini?"

Nama Blog : meriahuoll
Konsep : Cerita-cerita, ngumpat-ngumpat, cubit-cubit, lari-lari
Bahasa : 100% dijamin bahasa pondan yang tulen
Followers : Dalam 390++
Last Update : 1 Dec 2009
Rating : 7 bintang

----------------------------------------------------------------------------------


Gua sebenarnya lama juga tercari-cari blog pondan yang seronok untuk di review. Akhirnya gua jumpa juga blog ini. Ada request dari brader Hapischan untuk review blog beliau, tapi setelah gua amati, blog beliau lebih cenderung kepada gaya hidup seorang Gay. Gua memang dah pasang niat awal-awal, untuk blog ke-4 yang gua review mesti blog pondan. Gua harap bila brader Luca baca entry gua kali ini, beliau boleh terus duduk tahiyat akhir tanda kesyukuran.

Pondan - atau juga dikenali sebagai bapok, maknyah, arbot, abang-patah, sotong, aqua, lembut, mama lafenga - adalah golongan yang hidup dua alam. Mereka adalah golongan yang dilarang sama sekali untuk digomol sama ada dari depan ataupun belakang, secara sengaja atau tidak, secara paksa atau rela. Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan?

Dalam berpuluh-puluh blog pondan yang available, inilah yang paling menepati citarasa gua - elegen, hepp, ajaib, fani, dan yang paling penting mestilah penuh dengan unsur-unsur pondan.
Apa neraka kah yang dimaksudkan dengan unsur-unsur pondan?

1. Terdapat banyak perkataan yang dipetik dari bahasa pondan seperti Uollz, Gitew, Weolls, Itew, Sentapp, Lariiiiii, Yang Adooo, Pengsannnn dan sebagainya. Dalam blog ini kalau lu orang peratikan kat belah kanan, siap ada kamus dwibahasa lagi untuk translate dari bahasa pondan kepada bahasa melayu pasar.
2. Blog mesti hepp - berwarna warni, penuh gambar, penuh dengan link ke web lain dan lain-lain lagi.
3. Bahasakan diri sebagai MAK, MEK atau AKAK. Tak pernah pulak gua jumpa pondan bahasakan diri sebagai ABANG GAGAH atau BRADER MASKULIN.
4. Jujur dalam penulisan - perkataan seperti konek, puki, jalang, betina, bontot dan sebagainya adalah rilek-rilek saje boleh wujud dalam penulisan mereka. Blog ni tak ada disclaimer, so pandai-pandai lu oranglah nak baca ke tak...

Nama blog yang gua review adalah meriahuoll. Apa neraka kah maksudnya? Simple. meriah+you+all digabungkan menjadi satu ditambah dengan sedikit bahasa pondan. Dan perkataan yang ala-ala sebegini bunyinya bersepah-sepah dalam blog beliau.

Blog ini mengisahkan tentang kehidupan diri beliau sebagai pondan yang tegar. Nama panggilan beliau adalah AKAK SENDUK. yaa.. akak senduk. Di blog beliau ada explain kenapa beliau bubuh nama itu. Tapi mungkin juga sebab beliau pernah bertarung dengan ular senduk masa zaman lelaki dulu-dulu. Atau mungkin itulah nickname pertama beliau masa zaman-zaman MiRC dulu. Hanya beliau yang boleh menjawabnya.

Beliau stim melihat lelaki berwajah jambu. Atau yang badan ketul-ketul. (Ni gua kasik tips kat brader Luca, kot-kot berminat). Kerja dengan syarikat penerbangan dalam negara sebagai lebih kurang kerani merangkap opis boy. Gua saspek, awalnya mesti dia apply kerja jadi pramugari, tapi oleh kerana kantoi cik nek* dia masih terjojol keluar masa buat body check, maka tak lepas di situ.
(* sila refer kepada kamus pondan di blog beliau)

Tak ketinggalan cerita tentang famili beliau, pengalaman diusik daripada orang sekeliling, pengalaman dengan pondan-pondan yang lain dan banyak lagi. Kalau lu orang nak cari macam mana rupa paras sebenar Akak Senduk ni, lu orang kena rajin geledah blog beliau ni. Gambar beliau agak terhad. Sekali imbas memang iras-iras Hanis Zalikha pun ada. Ini bukan gurau suka-suka ni. Gua serius. Gua punya iman pun goyang beb. Tapi kalau dah usha dalam-dalam, rupa-rupanya beliau ni saling tak tumpah macam beruang paya.

Oh ya, jangan pula lu orang terkejut tengok meter counter blog ni lebih dari 340,000 visitors. Kalau gabung blog SEMBANG KENCANG + HILANG PUNCA pun belom tentu boleh lawan visitor si pondan ni. Lu orang jangan main-main.

Gua secara peribadi menganggap blog ni agak menarik dibaca jika lu orang ingin duduk santai-santai sambil minum air kelapa yang taruk payung kecil di gelas. Menggunakan gaya bahasa standard bagi pondan, beliau bijak memanipulasikan minda pembaca untuk menghayati isi hati pondan yang sebenar. Sampai kadang-kadang tu, lu sampai boleh rasa yang lu ni pondan jugak.

Blog ini juga bagus dijadikan rujukan oleh detektif-detektif yang ingin menyamar menjadi pondan demi menangkap penjenayah. Kepada lu orang yang rasa diri ada ciri-ciri pondan dan ingin menjadi pondan tulen, nah inilah peluang lu orang. Gua sajeskan lu baca sampai khatam dua round, lu dah boleh grad dalam pengajian bahasa pondan.

Gua pun rasa gua dah masuk sikit-sikit dengan bahasa ini. Gua nak try ulangkaji sikit :

"" Hey uolls, nape uolls bizi body sangat kat blog Mak ni haa? Mak nak merendek pun tak senang. ahaks. Gitewww.. Memang tak senang pun, hari inew kan Mak bawak sorang anak ikan tu, dia punya bontottt.. dah dekat sama dengan saiz gajah afrika uolls.. Meletup uolls. Gitewww... Tapi Mak suka uolls.. Cumanya Mak tak tahan dengan dieww punya bau. Bau mayat pun seronok lagi uolls. Mak tadi dah hampir pengsannnnn.... ""



Tiba-tiba gua rasa gampang pula...

Tuesday, December 1, 2009

Hari Raya Edisi Istimewa 2 : Lepat Long

Ini kali memang bukan lu orang punya salah kalau tak pernah dengar binatang apakah ia 'Lepat Long'. Adakah ianya merbahaya? Mana mau dapat? Macam mana rupanya? Adakah ianya haiwan pemangsa ataupun sejenis reptilia berdarah panas?

Gua kasik hint. Benda ni adalah sejenis makanan yang rare, susah mau dapat. Terdapat lebih sikit dari 0.1% penduduk Malaysia ni yang bertuah dapat merasai keenakan lepat long ini. Lu orang berpeluh-peluh search kat google ataupun wikipedia, memang jangan harap lu orang bole jumpa info tentang barang ini. Kalau ada pun, google akan link kan lu orang ke blog gua. Gua agak ajelaa..

Makanan ini berasal dari area yang penduduknya padat terdiri dari suku kaum bugis. Macam glemer kat area Kluang / Pontian. Ianya juga dikenali dengan nama Lepat Luih. Walaupun bapak gua orang jawa, tapi beliau berjaya mendapatkan resepi rahsia ini daripada arwah Datuk Nenek gua. Mana arwah dapat resepi tersebut, gua pun tak pernah selidik.

Lepat Long yang dah serender untuk dikunyah hidup-hidup


Di rumah gua, benda ni akan wujud 2 kali setahun, iaitu masa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tapi benda ni bukan sejenis barang yang turun dari langit, tau-tau saja dah ada terhidang atas meja. Ni barang memerlukan beberapa proses yang berturutan dan komitmen yang solid dari para tukang pembuatnya.

1. Mula-mula tanak pulut campur sikit pulut hitam




2. Bubuh dalam acuan berbentuk 3 segi prima. Letak secara manja atas daun pisang yang muda remaja, yang terbaik daun pisang yang tengah bergulung lagi. Dan mana mau dapat acuan kayu tu? Buat sendiri beb. Kat Tesko tak ada jual benda ni.




3. Lipat daun fit-fit ikut bentuk badan pulut tu. Lipatan tu biar semenggah agar kelihatan anggun bila dah masak nanti




4. Pilih dalam 6-7 unit dan susun seperti kedudukan di atas. Kasik rapat habis sampai tak ada ruang nak gurau-gurau sesama mereka. Lelaki yang tangan berurat-urat lebih diutamakan untuk buat kerja ini




5. Gulung dalam daun pisang lagi. Kalini, daun tu pilih daun yang tua dan keras. Tua pun keras lagi beb. Tak macam lu orang, muda-muda lagi pun lembik.




6. Lepas tu potong lebihan-lebihan di atas dan bawah, sebelum ikat guna tali rafia. Apsal gua tak tunjuk cara mengikat? Sebabnya, tangan gua ada 2 sahaja. Tangan kiri untuk pegang, tangan kanan untuk mengikat. Takkan gua nak pegang kamera guna telinga pulak?




7. Lepas siap, kena hantar ke supervisor untuk buat pemeriksaan kualiti terakhir. Dalam kes ni, supervisor kualiti kantoi tertido waktu bekerja


Lepat long paling mari kalau makan dengan kuah kacang, ayam masak kicap dan rendang daging korban. Dia punya nikmat memang tak ada perkataan boleh terangkan. Kasik senang cerita, kalau dapat makan benda ni memang boleh terus duduk tahiyat akhir sambil berguguran air mata. Sedap betul.

Jadi, agak-agaknya sampai generasi mana makanan ini akan wujud? Adakah menjadi tanggungjawab gua untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai benda ni? Ataupun dalam masa 20 tahun akan datang, orang dah makan piza dan kentaki sebelum sembahyang raya?

Citer banyak tak guna, lu orang pikirlah sorang-sorang...