Wednesday, December 9, 2009

Preview : Blog Review 5

Sedang gua asyik memerhatikan dua ekor cicak bersetubuh di siling rumah gua, henfon gua berbunyi dengan bunyian yang ringkas. Serta merta gua tau yang ada mesej baru masuk. Gua bingkas perlahan-lahan menuju ke arah henfon yang ada mesej yang tertera seperti yang berikut:

"beb, malam ni waktu yang sesuai lu review blog cik epal" dari pengirim yang gua terpaksa rahsiakan di sini.

Lahanat apa pula ni? Apa kejadah pula gua kena review blog buah-buahan import pula?

"Bagitau gua address dia" reply gua pendek.

"Kalau tak silap cikepal06" reply pengirim yang gua terpaksa rahsiakan tersebut.

"Ok"

Masa tu gua kat kampung gua kat Muar. Oleh kerana bekalan internet agak terhad di sana, gua tunggu sampai gua balik KL baru gua cuba buka. Itu pun setelah beberapa hari. Gua agak malas tatkala itu. Blogging bukan gua punya hobi yang tegar, bukan juga aktiviti mengisi masa lapang, jauh sekali untuk menjana pendapatan.

Pertama kali gua buka blog ini, gua cuba baca barang satu dua entry. Lepas tu gua tutup page blog ini. Tiada apa yang menarik, dan gua tak tertarik langsung untuk buat review. Blog terlalu biasa. Boleh jumpa di mana-mana.

Ianya bukan blog idealogi moden seperti Melayu Minimalist, bukan juga memaparkan penceritaan pengalaman unik seperti Brader Askar, tidak sepanas blog Hotmum, tiada garapan menjamit jiwa seperti Fynn, apatah lagi tidak menghiburkan seperti Abang Loyer. Blog ini tiada apa-apa yang istimewa.

Gua cuba mencari bahan-bahan review yang lain. Yang boleh gua review sepuas-puas hati tanpa belas kasihan. Tapi dalam banyak-banyak blog yang gua jumpa, ada juga beberapa blog owner yang membuat link kepada blog buah-buahan import ini.

Gua kembali ke blog buah-buahan import semula. Gua memaksa diri gua untuk membaca sekurang-kurangnya 10 entry. Dan akhirnya gua ada sesuatu yang boleh di tulis.

4 comments:

HafizChan said...

uuuuu, kuasa tauw review blog-blog orang...senduk la uuu ni. tappi khan, baik uuu isssi masse main congkak ke, bollla ke...eeeee tak sukelahhh

naDia said...

wah! siap ade org bg tips blog utk direview..ade bakat jd paparazi..:D

Nurul Harun said...

dasat tahu! apply la jd huzz junior! ehehee.

Diana Ishak said...

thanks bro sebab sudi singgah blog gua.

*tetiba je aku nak lu gua gak*