Friday, September 25, 2009

Hari Raya Edisi Istimewa 1 : Ketupat

Lu orang pernah dengar makanan yang bernama 'ketupat' tak? Kalau lu orang punya jawapan adalah 'tak pernah', maka gua anggap lu orang cuba bergurau mesra dengan gua. Kalau lu orang serius memang tak pernah dengar, maka gua sajes lu orang pergi jabatan pendaftaran kasik tuka nama melayu lu orang kepada nama 'andrew' atau 'sebastian' saja. memang tak guna lu orang jadi manusia kalau ini macam punya hal pun boleh jadi.

Ketupat, atau nama saintifiknya Pusô Licuala adalah santapan yang hukumnya sunat menghampiri wajib ada di rumah gua di Muar. Ianya sangat mantap kalau ditelan bersama-sama sambal kacang, rendang, ayam, mahupun kuah lodeh. Kalau ada sup tulang lembu pun boleh jadi ghairah habis hampir klimaks.

Ada di antara kita yang sejak lahir sampailah ke tua bangka, perkenalan dengan ketupat hanyalah ketika berada di meja makan, di mana ketupat dah siap dipotong kecil-kecil dan dihidangkan dengan beberapa jenis lauk-pauk yang lazat. Haram tak pernah tengok pun macam mana makhluk ketupat ni dibikin.

Gua pula telah bergelumang dengan pembikinan ketupat sejak gua belum sunat lagi. Gua sangat menghargai kehebatan ketupat sebab daripada daun kelapa yang flet, lipat-lipat lebih kurang, boleh jadi bentuk empat segi. Masa gua kecil dulu, gua beranggapan inilah barang paling ajaib pernah gua lihat dalam hidup gua.

Seperti tahun-tahun yang sudah, gua menggalas tugas sebagai brader ketupat kat rumah gua. Bapak gua dah malas nak campur, cuma usha dari jauh saja. Gua akan memperuntukkan lebih kurang 2-3 jam daripada masa peribadi gua untuk kasi setel ini tugas. Dari meraut daun, menganyam, ketatkan anyaman, dan isi beras. Untuk rebus pula, mengambil masa kurang lebih 2-3 jam lagi. Memang terlalu lama kalau nak dibandingkan dengan tempoh makan ketupat yang terhidang atas meja. Average seketul ketupat bole habis consumed dalam masa 2-5 minit untuk sekali hadap, bergantung kepada tahap kerakusan.















Ketupat pula ada macam-macam bentuk. Yang lu orang nampak kat atas ni namanya ketupat dada burung. Ketupat ni sesuai dibuat oleh orang pemalas macam gua sebab senang dan pantas. Gua memang seorang yang mementingkan produk yang mempunyai production rate yang tinggi.

Lain-lain jenis adalah ketupat bawang, ketupat sintok, ketupat sate dan ketupat jantung. Setakat yang gua tau buat ni 5 jenis saja. Tak taulah kalau lu orang bole invent spesis ketupat baru, then boleh kasik tau sama gua. Gua boleh kasik hadiah misteri.


Cabaran dan Dugaan

Antara cabaran yang terbesar semasa buat ketupat adalah kehadiran makhluk ganas yang gemar berkeliaran di dalam gua punya territory sambil buat aktiviti lasak. Makhluk yang badan berbulu, berkaki empat dan mempunyai ekor kontot serta seekor pengikutnya ni memang suka bergotong-royong melambatkan gua punya kerja. Mana satu nak menganyam, mana lagi nak bertarung dengan mereka. Kehadiran mereka ini memang sukar dielakkan memandangkan ketupat punya rupa fizikal yang horny serta mempunyai ekor panjang yang melambai-lambai makhluk ini untuk melakukan kemusnahan.

Memang tak akan ada penyelesaian total pada masalah ini. Biasanya gua akan libas penyapu lidi di pinggul untuk menghalau makhluk ni. Tapi tak sampai sepuluh minit kemudian, gua boleh nampak kelibat beruk dua ekor ni di hadir lagi di persekitaran gua. Memang bikin panas.

Makhluk perosak 1: Combi dengan gaya rakus

Makhluk perosak 2: Upik dengan gaya ganas

Daya Endurance Ketupat

Biasanya ketupat ni boleh tahan sampai 2 hari, kalau dibiarkan lepak atas meja. Akan tetapi, kalau rajin menyimpan dalam peti sejuk, boleh tahan sampai 4 hari. Lepas tu dah bolehlah kasik ayam korang makan.



Ucapan Tulus Ikhlas

Gua sedar yang gua agak lambat. Gua tau yang skang ni dah masuk angka-6. Gua perasan yang kedai-kedai pun dah banyak yang bukak. Gua nampak juga brader-brader majlis perbandaran dah stat berkeliaran menyaman mangkuk-mangkuk yang parking kereta tak tentu hala kat bandor sana. Lori sampah pun dah setat enjin buat regular rounding kat area perumahan yang plastik sampah setat membukit. Pejabat pos dah mula beroperasi. Budak-budak kecik jalan mundar mandir malu-malu beri salam nak duit raya punya pasal pun dah hampir pupus. Dah ramai pun yang dah setat puasa-6.

Gua sedar itu semua.

Tapi itu tak menghalang gua untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan "Mintak Ampun Atas Kekasaran Bahasa Dalam Blog Gua Ini Itupun Kalau Ada Sebab Gua Tau Gua Ni Sopan Orangnya".

Gua harap lu orang dapat beraya dengan jayanya.

Wednesday, September 16, 2009

Perihal Emon dengan Blognya

Emon penah usha blog gua dan baca post ikhlas gua mengenai perkahwinan beliau dgn ecah. Dalam pada masa yang hampir sama, emon pun baca entry kat blog ijan, juga pasal beliau kawen.

Masa jumpa kat Muar, dia melontarkan ayat-ayat berikut kepada gua - "Oooo.. lu sama ijan kutuk gua kaw-kaw dlm blog korang ye. Siap kasik gua baju singlet kaler pink lagi!!"

Di masa itu, cuma ada satu benda saja terfikir dalam tengkuk pemikiran gua. IMPRESS. Macam mana emon bole jumpa blog gua pun gua heran. Emon, seorang manusia yang "weh, google tu apa?" boleh jumpa address dot blogspot. Bagi gua, itu kemajuan yang terlampau ekstrim sampai boleh menitiskan air mata.

Camne lu bole jumpa blog gua? - Gua

Bini gua yang bagitau. - Emon

Patutla. Skang gua bole bertenang. Tapi hati gua bergelojak semula selepas emon mengeluarkan kenyataan tegas berbaur ugutan yang berikut : "lu orang tunggu lah gua ada blog nanti, mmg gua balas balik ayat-ayat keji terhadap lu orang"

Gua impress sekali lagi. Dan gua siap boleh doakan semuga beliau jumpa link create a blog masa bukak page blogspot nanti....


Tuesday, September 15, 2009

Cari Alasan punya pasal.

Laptop mahal dah ada. Strimik dah ada. Badan sehat walafiat. Masa lapang. Otak masih waras. Jari jemari sempurna.

Tapi.....

Apsal macam lama gua tak update blog???

Friday, September 4, 2009

Strimik Gua Dah Berfungsi

Dengan penuh rasa angkuh gua ingin mengumumkan di sini bahawa rumah gua telah dimasuki binatang yang bernama strimik. Barang ini telah memudahkan gua untuk surf ke laman-laman yang berfaedah untuk menambahkan pengetahuan am gua.

Gua harap dengan kehadiran strimik ini, gua jadi semakin beriman.

Sekian

Thursday, September 3, 2009

Ruangan Ilmu : Tahukah Engkau??

Tahukah luorang :

Yang kutu beras boleh hidup riang dalam air yang bersuhu air paip biasa? Walaupun mereka sudah tenggelam lama tapi masih maintain steady?

Tahukah luorang :

Yang apabila kita naikkan suhu air kepada 50 darjah celsius, kutu beras ni masih hidup dan tak berasa cemas langsung? Mereka menganggap seperti beriadah dalam hot shower atau sauna saja.

Tahukah luorang :

Yang apabila suhu sudah mencecah 70 darjah C, mereka sudah menggelupur kepanasan dan organ-organ dalaman sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya? Mereka gagal mengawal emosi dan mulai rasa menyesal sebab menceroboh ke dalam tong beras gua.

Tahukah luorang :

Pada suhu takat didih, luorang boleh nampak banyak mayat kutu beras bergelimpangan dlm periuk nasi? Di saat ini, penyesalan tiada guna nya.

p/s - apa petua tak kasi kutu ni masuk dlm tong beras? gua sudah bubuh lada kering sampai beras gua pun rasa pedas, tak jalan juga. Adakah gua perlu pasang perangkap?