Monday, August 3, 2009

Gua nak ucapkan Tahniah

Gua memang tak rela tapi dah ditakdirkan gua dah ter-kawan dengan emon ni sejak gua tingkatan satu di sekolah dato sri amar, muar. kalau buat simple calculation, ada patblas tahun dah kawan dgn emon. 14 tahun!!!! sekali lagi kalau nak bandingkan dengan umur gua sekarang 27 tahun, maknanya gua dah habiskan lebih separuh hayat gua berkawan dengan beliau.

entah apa ke malangnya nasib gua, tapi ni bukan pilihan. gua dah kira-kira apa value added sepanjang kawan dengan emon, memang takde langsung.

tapi beliau still salah sorang member gua yang paling best. seingat gua:
1. kami tak penah bertumbuk
2. kami mempunyai taste terhadap wanita yang hampir sama
3. tak minat main game
4. tidak menyokong kekejaman israel
5. fahaman politik yang moderate
6. penah jadik partner mengaji
7. Satu team bola baling masa sekolah
8. dan banyak lagi, malas gua nak pk


Lebel foto : salah satu aktiviti tak berfaedah yang dilakukan bersama


kami penah buat perjanjian tak masuk akal beberapa tahun lepas. kandungan perjanjian itu adalah, kalau nak tunang kena sama tahun, kalau nak kawen kena sama tahun. kalau dipikir-pikir balik, memang haram tak logik langsung perjanjian ini. apa kejadahnya pula?

kesinambungan dari perjanjian yang termetri tu, emon selaku pencadang dengan rasa tak bersalah bertunang tahun lepas. dan sabtu lepas, telah selamat bergelar suami dengan sekali hembus je.

"setan nangis beb" tu sms pertama emon kepada gua. nangis tu nangis jugak. tapi harus diingat yang bulan ramadan dah dekat. walaupun halal dan digalakkan untuk bersenggama bersama isteri, tapi kalau lu dah ter-suuuttt pada siang hari bulan puasa, kena ganti 2 bulan berterusan beb. dengan kadar iman lu yang setipis baju amoi yang gua usha tadi, memang takde mananya lu sanggup.

akhir kata, gua nak ucapkan selamat pengantin baru, dan semuga Emon dan Ecah bahagia selamanya...

*****

additional info: sorang lagi member rapat gua, Hisham dan Raihan jugak selamat bersanding semalam di dewan felda, jln semarak. keje kawen memang grand finale. raja permaisuri perlis pun datang sekali walaupun ada bibit-bibit muka tak rela. persembahan yang berkonsepkan irama padang pasir pun ada. cumanya gua kurang concentrate pada perkara-perkara remeh tersebut. dalam kepala gua hanya terpikir macam mana nak ambik lauk lagi banyak dari orang lain kat meja gua duduk.

nway, selamat pengantin baru jugak beb. semuga tenang selalu dan maintain sebagai brader paling hensem dalam department EOR.

7 comments:

mimie said...

EN.DIEGO BILE LAGI?

Penjual Kitab said...

Tahun depan Emon dapatle Emon Jr.

aishah said...

wewittzz.. congrats for emon yang telah menyebabkan setan menangis. ahahahha

owh wafi, you are next!!!

Akula said...

Brader kuntum tu ber'singlet' pink la...

TerubukMasin said...

perghh!!!Raja Pakau siot..hehehe..

FdausAmad said...

blog dah besawang..apa cerita?

DaN sAya FaNA said...

ter suuuuuttt di siang hari...!!

WAHAHhahahahaha..funi~