Tuesday, December 1, 2009

Hari Raya Edisi Istimewa 2 : Lepat Long

Ini kali memang bukan lu orang punya salah kalau tak pernah dengar binatang apakah ia 'Lepat Long'. Adakah ianya merbahaya? Mana mau dapat? Macam mana rupanya? Adakah ianya haiwan pemangsa ataupun sejenis reptilia berdarah panas?

Gua kasik hint. Benda ni adalah sejenis makanan yang rare, susah mau dapat. Terdapat lebih sikit dari 0.1% penduduk Malaysia ni yang bertuah dapat merasai keenakan lepat long ini. Lu orang berpeluh-peluh search kat google ataupun wikipedia, memang jangan harap lu orang bole jumpa info tentang barang ini. Kalau ada pun, google akan link kan lu orang ke blog gua. Gua agak ajelaa..

Makanan ini berasal dari area yang penduduknya padat terdiri dari suku kaum bugis. Macam glemer kat area Kluang / Pontian. Ianya juga dikenali dengan nama Lepat Luih. Walaupun bapak gua orang jawa, tapi beliau berjaya mendapatkan resepi rahsia ini daripada arwah Datuk Nenek gua. Mana arwah dapat resepi tersebut, gua pun tak pernah selidik.

Lepat Long yang dah serender untuk dikunyah hidup-hidup


Di rumah gua, benda ni akan wujud 2 kali setahun, iaitu masa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tapi benda ni bukan sejenis barang yang turun dari langit, tau-tau saja dah ada terhidang atas meja. Ni barang memerlukan beberapa proses yang berturutan dan komitmen yang solid dari para tukang pembuatnya.

1. Mula-mula tanak pulut campur sikit pulut hitam




2. Bubuh dalam acuan berbentuk 3 segi prima. Letak secara manja atas daun pisang yang muda remaja, yang terbaik daun pisang yang tengah bergulung lagi. Dan mana mau dapat acuan kayu tu? Buat sendiri beb. Kat Tesko tak ada jual benda ni.




3. Lipat daun fit-fit ikut bentuk badan pulut tu. Lipatan tu biar semenggah agar kelihatan anggun bila dah masak nanti




4. Pilih dalam 6-7 unit dan susun seperti kedudukan di atas. Kasik rapat habis sampai tak ada ruang nak gurau-gurau sesama mereka. Lelaki yang tangan berurat-urat lebih diutamakan untuk buat kerja ini




5. Gulung dalam daun pisang lagi. Kalini, daun tu pilih daun yang tua dan keras. Tua pun keras lagi beb. Tak macam lu orang, muda-muda lagi pun lembik.




6. Lepas tu potong lebihan-lebihan di atas dan bawah, sebelum ikat guna tali rafia. Apsal gua tak tunjuk cara mengikat? Sebabnya, tangan gua ada 2 sahaja. Tangan kiri untuk pegang, tangan kanan untuk mengikat. Takkan gua nak pegang kamera guna telinga pulak?




7. Lepas siap, kena hantar ke supervisor untuk buat pemeriksaan kualiti terakhir. Dalam kes ni, supervisor kualiti kantoi tertido waktu bekerja


Lepat long paling mari kalau makan dengan kuah kacang, ayam masak kicap dan rendang daging korban. Dia punya nikmat memang tak ada perkataan boleh terangkan. Kasik senang cerita, kalau dapat makan benda ni memang boleh terus duduk tahiyat akhir sambil berguguran air mata. Sedap betul.

Jadi, agak-agaknya sampai generasi mana makanan ini akan wujud? Adakah menjadi tanggungjawab gua untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai benda ni? Ataupun dalam masa 20 tahun akan datang, orang dah makan piza dan kentaki sebelum sembahyang raya?

Citer banyak tak guna, lu orang pikirlah sorang-sorang...

8 comments:

ANA said...

kenapa cm tak pernah makan ponnnnnnnnn???argh tensi

Nurul Harun said...

sama lah. tak pernah dgr juga.

"kalau dapat makan benda ni memang boleh terus duduk tahiyat akhir sambil berguguran air mata"

lagi best takde? haha. ayat tabley blah. ;p

Mohd Jalizan Ibrahim said...

beb , bab dduk tahyat akhir tu ayat aku duh...ni sudah ciplak ...

BraderDiego said...

ana : jgn tensi sangat, nanti gua bawak belen raya tahun lepas punya khas utk lu

Nurul : gua dah kena tuka kepada tahiyat 'awal', takut nanti ada orang claim pula

Jalizan : lu ni biar betul beb

Unknown said...

lepat long ni kalo xclap aku kwn ngn burasak makanan org bugis...kt tmpt aku dorg mkn ngn kari ayam atau serunding kelapa bkn serunding cm org klantan buat tu...tgk mcm sng je nk buat tp xsume org buat sdp wpon cara yg same maybe peluh laen2 kot ngeh3

Luca DK said...

gua tunggu je entry pasal pondan..

ini cerita masakan lak kuar?

lu nak jadi hanis zalikha ke?

jimah said...

waaa!!! tringin nak rase.. kne kawen ngan org bugis neyh.. huish..

cik Im said...

salam...
nak tnye,lepat long ngan lepat elo same x?
o_O

tp seyes mknn bugis sedap!