Kalau tak silap gua hari tu hari selasa malam. Gua klik blog demi blog demi mengisi masa lapang yang bertimbun-timbun. Sampailah ke blog '
apekesni'. Ada terdapat hurup '
TM' yang kecil di sebelah perkataan
'apekesni' kononnya menandakan perkataan tersebut telah di
trademarkkan. walaubagaimanapun, gua tidak pula pasti adakah menulis blog ini telah melalui semua prosedur untuk mem
paternkan perkataan itu.
Buka sahaja blog, gua nampak di kepala blog, terdapat gambar seorang bangla sebanyak 5 keping. Gambar tersebut menunjukkan aksi-aksi manja dan berpakaian agak moden, diambil menggunakan webcam secara
camwhore. Dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai
photoshop, gua pasti bangla ini bukan calang-calang punya orang. Kalau masuk Malaysia pun pasti berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang angkat beg di hotel-hotel terkemuka.
Kiut kan saya?Sangkaan gua meleset. Rupanya pemilik blog ini yang lepas ini gua gelar sebagai '
kutu' sebenarnya adalah orang Malaysia. Buktinya, kutu ni memanggil mak beliau sebagai
mama, bukan '
ammak'. Orang Malaysia sekarang memang biasa macam tu. Maklumlah diiklan tv, filem dan drama tipikal melayu, semua watak anak memanggil watak perempuan yang melahirkannya sebagai
mama. Itu cerita lain.
Blog ini sama seperti blog-blog lain yang gua review, memaparkan kisah hidup yang terpilih untuk dimuatkan ke dalam jalan cerita. Tapi untuk blog ini, unsur-unsur '
raja lawak musim ketiga' diterapkan supaya nampak ceria. Boleh dikatakan hampir semua entry kutu mempunyai koktel '
kisah hidup + unsur raja lawak'. Mungkin itulah yang cuba di'
trademark'kan oleh kutu.
Semasa pertama kali gua terbuka hati membuka blog ini, entry bertajuk '
kucing itu jalan macam catwalk dowhhh' sedang terpampang di dada blog. Terus menyembur air yang sedang gua teguk tanpa baca bismillah. Bukan kerana tajuk tu kelakar, tapi sebab gua rasa
dejavu dengan tajuk tersebut. Masa gua darjah 4 dulu, ada seorang budak kelas gua pernah cakap sebijik macam tu apabila ternampak kucing jalan di kantin sekolah. Akibatnya, geng-geng yang lain ketawa serentak "HAR.. HAR.. HAR.." sambil geletek perut sendiri menandakan membuat kenyataan bebal macam itu cuma menghabiskan kalori, dan tak lucu langsung.
Kucing jalan =
catwalk. Lepas tu claim geng-geng lu
hype, riang dan lucu-lucu belaka. Gua pasti selepas kenyataan itu disebut, mereka akan buat-buat ketawa besar agar orang di meja sebelah akan usha dan cemburu betapa kelakar dan mesranya
kutu dan sahabatnya itu. Dan betapa orang di meja sebelah siap berdoa, kalau dilahirkan semula, biarlah jadi satu klik dengan
kutu dan sahabatnya.
Oh, gua tak boleh terlalu prejudis hanya kerana satu entry yang
fucker, jadi gua pun belek-belek lagi entry beliau untuk lebih mengetahui apa kejadahnya yang kutu ni tulis. Ada peraduan siapa paling kelakar yang menawarkan hadiah-hadiah berunsur pakej jalan-jalan, ada cerita mengenai jemputan ke kelab setan, banyak juga perbualan-perbualan 'terpilih' dengan geng-geng yang 'terpilih' disebabkan kelucuannya, dan sebagainya yang gua nak taip pun rasa malu.
Lantas gua mahu buat kesimpulan yang paling mudah. Masa gua belajar dulu, brader-brader yang macam
kutu ni akan dipanggil
LPS - Lawak Perempuan Suka. Dan ya, perempuan normal yang lemah-lembut yang berorientasi
straight pasti akan suka dan akan menganggap
kutu ni kiut.
Golongan ini biasanya berakhir dengan menjadi pondan, mempunyai ikatan ukhwah yang kukuh bersama rakan sejenis dan senang didampingi gadis-gadis. Dari segi pelajaran, kebanyakan mereka akan
score dalam peperiksaan dan biasanya akan ditawarkan kerja menjadi pelakon tambahan drama TV1, ataupun kerja di salun-salun kecantikan. Cerita lain.
Berkenaan dengan blog pula, gua tidak mahu bersikap
bias. Alang mamat pendek bermuka kera yang gua lupa nama dia pun boleh masuk
final raja lawak musim ketiga, gua pasti ramai yang menerima
kutu sebagai manusia paling hype di cakerawala. Blog ini sesuai di baca oleh perempuan normal yang lemah-lembut yang berorientasi
straight, lelaki yang hampir jadi pondan, dan lelaki yang dah
transform sepenuhnya menjadi pondan sejati. Boleh geng dengan
akak senduk. Ohh..
Citer banyak pun tak guna, gua blah dulu uolls....