Saturday, October 22, 2011

Dewan Pelajar

Masa zaman gua belum reti mencarut dulu2, gua selalu baca Dewan Pelajar. Sebenarnya, lebih kepada dipaksa oleh mak gua. Rumah gua ada langgan majalah ni dalam kadar langganan tahunan. Jadi, dah keluar duit langgan tu maka kena lah baca kalau tak kena pelupuh dengan salur getah.

Perhatikan harga dia kemudian sila respek

Sebenarnya, selain dewan pelajar rumah gua pun ada banyak majalah gila-gila. Tapi majalah gila-gila hanya bole baca secara sulit. Tempat yang ideal adalah bawah katil, ataupun seberang parit belakang rumah. Kalau dijumpai oleh mak gua, nescaya akan dibelanja tali pinggang mahupun hanger.

Berbalik kepada Dewan Pelajar. Sebenarnya, antara ruang yang gua minat adalah ruangan 'karya pembaca', lebih kurang mcm tu bunyiknya. Budak-budak kecik yang suka impress akan hanta sama ada lukisan dan cerpen ke ruangan ini. Lepas tu kalau dapat keluar majalah boleh brag kat sekolah, disayangi guru dan berkemungkinan besar akan dilantik jadi pengawas.

Cuma yang dalam ruangan ni, gua paling rage kalau ada spoilt brat yang buat karangan fantasi biography. Contohnya, 'Aku sepasang kasut', 'Aku sebijik bola' macam tu. Jalan ceritanya semua sama. Dilahirkan di kilang - disayangi pada awal - tuan dapat barang baru - dibuang dalam tong sampah - berakhir hayat. So lame!

Gua pikir masa tu setakat masuk dalam tong sampah belum mati lagi beb. Dari tong sampah, lori sampah akan datang angkut. Kemudian biasanya tukang angkat sampah akan selongkar sampah tu dan kalau ada barang kelihatan agak bermutu dia akan asingkan untuk kegunaan peribadi. Kemudian lori sampah langgar bonggol, terjatuh dari lori. Masuk parit, di hanyutkan ke sungai. Tersangkut tepi sungai, anjing gonggong. Dan akhirnya, anjing tersebut menjadi tuan yang baru. Kan segar idea itu.

Habis tu kenapa gua tak tulis sendiri dan hantar ke dewan pelajar? Senang je jawapannya. Pertama, tulisan gua tak lawa. Kedua, sebab malas.

Persoalannya, kenapa gua tiba-tiba cerita pasal dewan pelajar pulak ni? Entah gua pun tak tau