Thursday, January 6, 2011

Blog Review Mengejut : Blog Hitam Putih

Sikit lah punya lama gua tunggu, tak muncul-muncul lagi episod blog review yang telah dicanangkan oleh kolik gua, fdausamad. Gua tak pasti sama ada beliau betul-betul bizi ataupun sudah terpengaruh dalam acara lagha yang lain. Oleh kerana itu, gua buat keputusan untuk review blog beliau sambil menyuntik unsur gurauan kasar member-member.

Nama blog : Sembang Kencang
Konsep : Blog cerita muda-muda dan cerita harian yang tiada faedah
Bahasa : Ibunda
Followers : 2289 orang
Kekerapan Update : Sekarang dah kurang

----------------------------------------------------------------------------------

Blog beliau adalah antara blog yang cepat naik di kalangan penulis-penulis blog di area Semenanjung Malaysia ini mengikut statistik rekaan gua sendiri. Memulakan kareer pada May 2009, beliau pantas menambat hati ramai pembaca tegar mahupun stalker sehingga mampu mengumpul ribuan pengikut yang taksub dengan gaya tulisan beliau. Secara purata, belasan entry baru akan dimuatkan dalam blog ini saban bulan, iaitu kalau ikut kiraan matematik rendah, satu entry dalam masa dua hari. Memang menakjubkan bagi seorang penjawat jawatan tetap yang pergi ofis hari-hari sejauh 60km dari rumah.

Beliau asalnya start sebagai penulis picisan di notes fesbuk. Pada masa itu, penulisan beliau hanya dibaca oleh rakan-rakan sahaja. Tapi apakan daya, manusia memang tidak pernah puas. Lantaran godaan nafsu, beliau mewujudkan blog sembang kencang untuk menglobalkan hasil nukilan beliau. Dan kini, tulisan beliau boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengira rupa paras, keturunan, jumlah bulu kaki, dan level kolestrol dalam badan.

Tapi, blog beliau berkisarkan apa?

Macam ni gua cerita sikit. Kalau lu orang nak cari resepi cupcake paling style tahun lepas, ini bukan blog untuk lu. Kalau lu orang nak cari jenis rama-rama yang ada di taman negara, memang tak dapat juga. Secara majoriti, blog ini memaparkan kisah kehidupan beliau. Thats it. Tapi cerita apa?

Di awal kemunculan blog, beliau cenderung menceritakan kisah yang terjadi sebelum beliau tumbuh bulu ari-ari. Di pertengahannya pula, cerita beliau banyak terarah kepada kisah di sekolah dan juga di universiti. Lepas tu, mood beliau tengah naik bercerita tentang famili pula. Dan di akhir-akhir ni, dah tiada cerita sangat dah.

Kalau diperhati secara teliti dari sudut tersorok dan gelap, perkembangan blog beliau boleh disamakan dengan perniagaan MLM atau skim piramid. Mula-mula slow. Lepas tu dah 'up' sikit, makin galak gaya bercerita. Dah lama market dah tepu, slow balik. Bila dah slow, mulalah cover line tong teng tong teng kasi alasan. Dan sekarang ini, beliau menuduh tweeter sebagai penyebab penurunan kadar pengeluaran entry.

Sepanjang blog ini wujud, gua kira dah 3 kali beliau tuka blog layout. Tapi gua perati, penggunaan font putih dan background hitam masih dikekalkan. Jangan tak tau lu orang sekalian, muka beliau mungkin nampak ayu tapi bab lagu memang dahsyat. Seingat gua, selain daripada lagu "Rindu-rinduan jadi Kenangan - by Scoin", lagu lain yang beliau dengar semuanya ada kaitan dengan darah, mati, bunuh, pukul, cederakan haiwan peliharaan, tikam member dari belakang, dan seumpamanya. Dalam kenderaan beliau pun penuh dengan lagu-lagu sebegitu. Kalau tumpang kenderaan beliau, pakailah baju kalis beruang sekalipun, memang rasa hidup ni sangat singkat. Rasa nak terjun ikut tingkap pun ada.

Oklah, sebelum fitnah gua menjadi bertambah parah, eloklah gua buat kesimpulan tentang blog ini. Pada pendapat gua, blog beliau ini memang seronok di layan terutama sekali di waktu gundah gulana. Gaya penulisan beliau yang bersahaja dan suntikan unsur-unsur humor dalam ayat, menyebabkan pembaca khayal seperti baru lepas kena sepam ganja dan melupakan seketika masalah yang dihadapi. Ada sorang kolik gua yang baru kematian hamster kesayangan, bila baca blog beliau terus bersemangat meneruskan kehidupan. (kematian hamster itu memang trajis, nanti esok-esok gua cerita).

Itu sahaja setakat ini, citer banyak pun tak ada guna, gua ciouw dulu.