Sunday, December 5, 2010

Blog Review : Grand Finale

Yo lu orang, apa cer? Harini ada buat perkara yang mendatangkan pahala tak? Ada makan pelawas? Walau apa pun lu orang buat dan di mana jua lu orang berada, gua harap lu orang hepi dan sentiasa beriman.

Ini hari gua macam ada mud nak taip sket, so gua nak update sedikit pasal hala tuju blog ni. Gua rasa blog ni makin hari makin tak rupa blog dah. Macam sampah pun ada.

Gua sebenarnya mempunyai peribadi yang pemalas nak menulis atau menaip. Sebenarnya bukan itu je yang gua malas. Banyak lagi. Yang rajin hanya makan, tengok tivi dan berhibur. Dan memandangkan peribadi gua yang pemalas dan langsung tak boleh jadi role model kepada pasukan pengakap sekolah, maka sebenarnya, memiliki blog merupakan satu beban juga kepada gua.

Pada asalnya, gua memang tak berhasrat langsung nak buat blog ni. Gua terjebak setelah beberapa kali diugut oleh brader fdausamad dengan menggunakan kata nista terhadap gua (tipu). Jadi, sebenarnya gua dah terpengaruh oleh rakan sebaya lah ni ceritanya. Inilah satu lagi kualiti buruk yang gua ada - senang terpengaruh oleh rakan sebaya.

Di awal pembabitan gua, gua cuma target blog gua dibaca oleh rakan-rakan gua sahaja. Tak pernah terlintas di fikiran suci gua yang blog gua akan di baca oleh readers dari amerika syarikat dan juga korea selatan. Tapi jangkaan gua meleset. Rupanya, blog gua dah meresap sampai ke segenap perusuk bentuk muka bumi, daripada padang pasir, felda, kawasan pergunungan dan ibu kota. Entah macam mana lu orang boleh jumpa blog gua pun gua tak tau.

Ok citer banyak pun tak guna, gua mahu buat sedikit pengumuman yang tak mendebarkan langsung. Beberapa minggu yang lepas, henfon gua telah didatangi sms daripada brader fdausamad. Beliau telah menawarkan diri untuk meneruskan kesinambungan episod 'blog review' yang telah gua mulakan tahun lepas.

Ibarat pucuk dicita, amoi cantik mendatang - tanpa berlengah lagi gua pun terus sahaja bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada beliau. Beliau seolah-olah mengerti dengan kadar kemalasan yang gua hadapi sekarang, mungkin episod blog review ini akan berkubur begitu sahaja. Kalau nak tau lebih lanjut, silalah melayari sendiri DI SINI.

Gua percaya dibawah kendalian beliau dan klik2 beliau, episod blog review pasti akan diberi nafas baru yang lebih segar serta menarik untuk dibaca, dan yang penting konsisten. Kalau macam gua, post 4 bulan sekali pun tak guna jugak betul tak?

Jadi, adakah gua akan buat blog review lagi pada masa akan datang? most likely no. Tapi gua dah terfikir akan buat episod baru pulak. Episod baru ini gua gambarkan dengan lebih menyayat hati, diktator, pilih bulu dan mungkin akan diselitkan dengan unsur-unsur bidaah dan carutan ringan.

Itu sahaja untuk hari ni, gua berambus dulu.

Saturday, December 4, 2010

Ada yang tak kena


Cuba perhati gambar di atas dengan teliti. Kemudian, cuba fikir apa yang tak kena dalam gambar itew?

A) Suhu dalam peti sejuk macam tak berapa sejuk. Perlu diganti gas baru
B) Bakul buah kaler biru tak nampak style. Haruslah kaler merah celoreng putih
C) Sekarang dah tak musim letak roti gardenia dalam peti sejuk
D) Semuanya kelihatan normal sahaja

Friday, November 19, 2010

Barang Jumpa : Rumit

Pembaca yang budiman, cuba teka apa yang cuba disampaikan oleh papan amaran di bawah?


Siapa dapat teka dengan tepat lu memang sofistikated dan ada style.


Thursday, October 21, 2010

Diary 1 : Terapung Mesra

Gua memang betul-betul tak paham dengan kejadian pukul 3.08 ptg kelmarin. Bagi gua, perkara tersebut tak patut berlaku, apatah lagi dalam suasana yang mana kempen-kempen kesedaran dan hormat-menghormati sesama kaum sedang rancak berlangsung. Okeylah, manusia memang tak perfek kan? Gua setuju. Tapi apsal perkara tersebut berlaku betul-betul masa giliran gua?

Adakah sebab gua ni suwey?? Gua banyak mengguris perasaan gadis rupawan? Adakah ini balasan terhadap keterlanjuran gua memanggang anak itik jiran masa gua kecik dulu? Adakah sebab gua enggan membeli tisu dengan harga mark-up 500% oleh pakcik buta masa makan tengahari itu???

Gua akur yang gua memang ada buat silap. Gua bukan pipiyapong. Tapi jangan hukum gua sedemikian rupa. Janganlah biarkan gua seharian mencari makna yang tersirat disebalik kejadian yang berlaku.

Macam mana gua pikir pun keputusannya tetap sama. Tetap tak paham. Gua tak tau nak pikir dari angle mana lagi dah. Gua betul-betul tak paham.......

.
.
.
.


.
.
.

.
.

.....kenapa gua perlu flush taik entah beruk mana yang berak kat toilet tingkat opis gua. Secara ringkas, spesifikasi tahi tersebut adalah seperti berikut: berdiameter 2.5 inci, ada sisa jagung sikit2 dan sayur yang masih sempurna rupa daunnya. Panjang lebih kurang 20 sentimeter. Memang besar gila babi ni gua tak tipu dow. Kalau bubuh dalam multipurpose cooker bersaiz sederhana pun belum tentu muat.

Tak keterlaluan rasanya kalau gua claim inilah tahi manusia yang paling besar pernah gua usha dalam hidup gua. Shit, rasa rendah diri pun ada.

Jadi, yang gua tak paham, taik dah sama besar macam ular sawa, apsal si pemberak boleh tak perasan kewujudan beliau? Kalau sayang sangat taknak flush elok lu bungkus bawak balik letak dalam akuarium. Hari-hari lu boleh tengok benda tu terapung dengan tenang.

Kesimpulannya disini, sila flush selepas berak sebab orang yang nak gunakan toilet selepas lu orang tak dibayar gaji untuk flushkan tahi lu orang.

Sekian, wassalam.

Friday, October 8, 2010

Kapitalis

2006, Oktober

"Bos, kasi Sampoerna kotak 14 satu"

"RM4.90"

"Weh, bukan government announce rokok sudah turun harga ka? Sekarang sudah jadi RM4.50"

"Ooo, ini stok lama laa. Stok baru sampai baru wa kasi harga turun"

"......."


2010, Semalam

"Bos, kasi Sampoerna satu"

"RM8.50"

"Weh, ini kan stok lama, apa pasal harga baru??"

"Ooo.. Semalam goverment announce kasi naik harga, wa kena kasi naik laa"






"Cibai Ang Trading punya kapitalis!!!!"

Saturday, September 25, 2010

Sampul Duit Raya

Mengkasi duit raya adalah lumrah bagi gua sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Gua dapat rasakan, kalau tak bagi budak-budak kecil duit raya seolah-olah seperti hidup didunia tiada tujuan. Itu tidak bagus sebab boleh mendatangkan sindrom kemurungan di hati kecil diri sendiri.

Tahun ni tak terkecuali. Tapi gua dapati, tugasan untuk memberi duit raya semakin mencabar sejak akhir-akhir ini. Pelbagai pancaroba perlu dilalui untuk mencapai tujuan memberi duit raya kepada budak kecil.

Ianya bermula sebelum raya. Gua berpegang kepada prinsip, kalau nak kasi duit raya, mesti dilakukan dengan bergaya. Duit yang ingin dikasi haruslah baru, kukuh, ampuh dan kuat berbau duit. Mengkasi duit yang dah lembik tidak bermaya serta penuh dengan kesan daki adalah perbuatan kurang wajar. Disebabkan prinsip yang enteng itu, maka gua perlu menukarkan sejumlah wang hasil titik peluh gua yang halal di bank kepada duit baru.

Di situlah muncul masalah pertama. Untuk menukar duit ini, gua perlulah menguatkan mujahadah diri beratur selama sejam di bank-bank terkemuka negara. Gua pernah masa muda-muda dulu cuba menukar duit di bank pertanian, tetapi di situ tiada perkhidmatan menukar duit. Kerani ketika itu siap sound gua "awak ingat ini bank ke nak tukar-tukar duit ni?" Gua konfius. (cerita tipu)

Walaubagaimanapun, segala jerih-pekih usaha beratur itu memang berbaloi. Duit baru beberapa gumpal tersebut memang sangat bahagia dipegang dan dihidu. Hidu bau makanan secara semberono semasa puasa kan makruh. Jadi, gua mengambil jalan alternatif yang indie dengan menghidu bau duit secara berlebihan semasa lapar. Percayalah, ianya berkesan mengurangkan lapar.

Bila nak kasi duit, perlulah ada sampulnya. Prinsip kedua gua adalah, duit raya yang dikasi haruslah mempunyai elemen private and confidential. Duit yang dikasi kepada budak kecil A tidak boleh diketahui oleh rakan sebelahnya, si B. Masalahnya adalah, bekalan sampul duit raya ini sangat terhad.

Gua terpaksa buat muka miskin di kaunter bank, barulah dapat segugus sampul yang mengandungi 10 helai sampul. Pihak ekonsef dan tesko seolah-olah tahu masalah gua ini. Lalu mereka melancarkan polisi berbelanja RM30 boleh dapat segugus sampul. Kalau mahu banyak, perlu berbelanja banyak. Perbuatan memanipulasikan sampul duit raya ini bagi gua adalah amalan yang keji. Dan gua tidak mahu bersekongkol dengan para kapitalis ini.

Sikap kedekut bank dan pasaraya mengongkong mengagihan sampul duit ini menyebabkan sampul duit raya menjadi barang rare pada gua. Gua hanya dapat beberapa gugus sampul sahaja. Nasib baik gua tidak mempunyai kegemaran menghidu sampul duit raya sebab tidak mahu dituduh tidak siuman.

Walaupun begitu, segala jerih-pekih kesusahan untuk mendapatkan sampul ini tidak dikongsi bersama oleh budak-budak kecil si penerima duit raya. Masalah ini dipandang enteng bagi mereka kadang-kadang menyebabkan gua berkecil hati. Buktinya, gua dapati, banyak sampul duit raya yang telah tiada isinya bersepah-sepah di jalan kampung gua semasa hari raya. Mereka hanya mementingkan isinya sahaja dan melupakan kulit luar. Memang dasar kacang lupakan kulit.

Untuk mengatasi masalah ini, gua membuat pembaharuan masa hari raya baru ini. Biasanya, budak-budak kecil yang tidak diketahui keturunannya akan jalan berkumpulan dan beri salam beramai-ramai dengan tajwid yang tunggang-langgang.

Gua layan macam biasa. Buat air macam biasa. Hidang kuih raya macam biasa. Agak-agak air dalam gelas dah tinggal sedikit, gua pun bertanya soalan mahal:

"Nak duit raya tak?"

"Nakkkkkk" jawab budak-budak kecil serentak. Memang dah tiada segan silu lagi. Masa gua budak-budak kecil dulu, pasti akan tersipu-sipu malu.

"Kalau nak duit raya, lu orang kena kasik gua sampulnya dulu. Tiada sampul, tiada wang"

Tatkala itu, gua dapati masing-masing dah mula menggelupur. Ini rupanya rupa penjenayah yang suka buang sampul duit merata-rata.

Sejak hari itu, gua dapati bersih sikit jalan kampung gua daripada sampul yang bersepah. Dan hidup gua mewah dengan sampul duit raya. Tak sangka tektik gua dapat menyelesaikan dua masalah dalam satu masa. Bak kata pepatah orang inggeris, baling dengan satu batu, yang terbunuh dua ekor burung.

Saturday, August 28, 2010

Pictures of the day (2)


Kucing VS Ikan


Kucing VS Ayam



Kucing VS Kucing


Buaya


DUBUR





Friday, August 27, 2010

Keputusan peperiksaan

Gua dapati, mak gua berbual dengan 2 orang cucunya, Micha-darjah satu dan Wani-darjah 2 pada suatu petang. Topik perbualan mereka berkisar kepada perkara enteng seperti kenapa pisang berwarna kuning, kalau harimau lawan singa siapa menang, dan sebagainya. Sehinggalah topik perbualan bertukar kepada perihal peperiksaan.

Micha : Nenek, ica kan periksa dapat nombor 2

Nenek : Yeke, Bagus. Nanti nenek suruh pakcik diego belikan cekedis ye

(ciss.. gua juga yang kena)

Micha : Yeay.

Wani : .....

Nenek : Hah, Wani pulak dapat nombor berapa?

Wani : .... nombor 13.

Nenek : Eh, teruknya. Kenapa dapat nombor 13?

Wani : Eleh. Macamlah nenek tak pernah dapat nombor 13

....



Masa ni, gua dah terjelupuk bawah meja. Boleh tahan samseng jugak anak buah gua rupanya.

Tuesday, August 24, 2010

Tips Kesihatan : Tayar

Lu orang yang biasa bawak kereta, mesti tau tayar tu apa kan? Tayar tu adalah sejenis barang berbentuk bulat kaler itam dibuat dari getah yang gunanya bergolek supaya kereta lu orang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Setuju?

Jadinya, macam mana lu orang nak tau tayar keta lu itu sebenarnya cukup keras ke tak? heh.. Gua dapat tau satu kesah epik mengenai kenalan gua. Beliau berpendapat bahawa tayar depan beliau macam tak cukup keras. Sebabnya nampak macam ada kempis sedikit pada pandangan beliau.

So, apa yang beliau lakukan? Beliau cuba memicit tayar tersebut macam nak check tayar basikal. Cool kan? Akibatnya adalah seperti gambar di bawah..

Maka, ibu jari beliau terpelecok disebabkan perkara itu. Dan memerlukan lebih sebulan dan beberapa trip ke fisio untuk kembali pulih seperti sediakala. Gua tak dapat bayangkan kalau gua jadi brader fisio untuk handle gadis ini.

Gua : Ye adik, tangan terkehel ni sebab apa ye?
Gadis : Sebab saya cuba nak picit tayar kereta saya sebab ingatkan lembik sahaja.

Pengajarannya di sini, tolong jangan tiru aksi tersebut.

Monday, August 23, 2010

Business Card Retro



Gambar ni gua jumpa dalam fesbuk. Gua rasa kad ni memang legend. Dan yang lagi legend adalah minah yang masih ada koleksi kad ni lagi. Dalam 15 tahun ada kot usia kad ni.

Gua masih ingat masa sekolah rendah, kad genit ini merupakan penentu mutlak yang membezakan antara kanak-kanak berstatus elit dengan budak hingusan. Memang menjadi cita-cita setiap budak pada masa itu untuk memiliki sekurang-kurangnya satu set kad nama ini. Sanggup tahan perut simpan duit belanja sekolah semata-mata nak mencapai status kanak-kanak elit.

Kalau tak silap gua, harga untuk satu set dalam tiga ringgit macam tu. Satu set ada 12 keping kad. Design boleh pilih. Kalau dalam kelas tu, biasanya ada 2-3 orang ejen yang akan bertindak menjual kad ini. Kalau dapat jual 4 set, dapat percuma satu set kad boleh tulis nama sendiri.

Kad ini biasanya dapat dalam 2-3 minggu lepas order. Biasanya dalam sehari dua sebelum dapat kad nama ni, brader-brader dah setat gelabah. Duduk pun tak keruan. Cikgu cerita apa kat depan memang langsung dah tak boleh masuk kepala.

Malam sebelum dapat kad tu, ejen akan telefon rumah untuk infom kad nama dah sampai. Dia punya eksaited memang tak boleh digambarkan lagi dah. Mulai esok, episod baru dalam kehidupan sudah bermula. Jalan dah boleh kepang dada, sambil poket seluar boleh kasi keluar.

Gua teringat kali pertama gua nak dapat kad ni masa gua derjah 4 Tangkas. Masa tu waktu untuk subjek Alam dan Manusia. Cikgu tak masuk kelas lagi.

"Diego, kad awak dah ada ni ha" bisik Jeffri Sotong yang duduk selang 2 meja dari meja gua. Jeffri ni lembut sikit orangnya. Setat pakai spek masa darjah 2. Gua selalu nyorokkan spek mata dia masa dia pergi toilet.

"Cayalah sotong. Segera serahkan pada gua" arah gua sambil menuju ke meja Jeffri Sotong.

"Hey, tak baik tau cakap saya macam tu. Taknak kawan"

"Ok, tak. Cepat tong, nanti cikgu masuk" gua tak peduli pun. Memang biasanya Sotong cakap taknak kawan, tapi habis lama pun lepas sejam dah boleh pinjam pengorek pensel ada cermin.

Jefferi Sotong cepat cepat geledah kad di lubang mejanya. Banyak jugak gua perati kad yang dia ada. Kecik-kecik dah pandai jadi kapitalis. Ada kelebihan jugak jadi pondan ni, fikir gua masa tu.

"Nah, ambik ni kad awak" ujar Jeffri sambil menyuakan kad nama kepada gua.

Gua peratikan kad itu. Nama betul. Alamat betul. Nombor telefon rumah pun betul. Design memang tip top. Tag atas tu 'Remember Me Always' pun betul. Gua memang berpuas hati dengan kecekapan Jeffri Sotong buat kerja.

"Tengok budak lain punya" Gua memberi arahan yang berat kepada paksaan. Tangan taik gua dah siap sua ke muka Jefferi Sotong sementara tangan kanan gua sibuk membelek kad nama gua untuk mencari kalau-kalau ada kecacatan.

"Awak tengok saya punya ajelah dulu" Jefferi cuba berdiplomasi. Diletakkan kad namanya di telapak tangan gua secara berhati-hati.

Kad Jeffri memang kiut. Ada gambar pari-pari berkepak sambil pegang tongkat yang ada lambang hati dihujung. Memang kena betul dengan kesotongan Jeffri.

Tag dia letak 'Forget Me Not'. Memang lame. Gua sebenarnya paling suka baca tag kad nama ni. Ada sorang member gua, Hanapi bubuh tag 'May the force be with you'. Gua yang tak pernah tengok Star Wars masa tu memang dah terpesona habis. Sampai habis sekolah gua mengidolakan Hanapi disebabkan tag dia yang cool itu.

"Bak sini kad saya" Jeffri cuba mengambil kad namanya.

"Jap beb. Nama lu memang ada 2 hurup F ke tong?" tanya gua.

"Hah, kenapa?" Jeffri Sotong dah setat bangun dan memanjangkan leher untuk melihat kad nama dia.

"Ehemm.." kedengaran suara parau betul-betul di belakang gua. Terkujur sesusuk tubuh lelaki hampir separuh usia berdiri tegak memerhatikan gua dengan Jeffri Sotong membelek kad nama.

'Aiseymen, Cikgu Rimau Dahan ni datang pulak' ujar gua dalam hati. Tapi segala-galanya sudah terlambat.

-----------------

Memang ditakdirkan gua sempat memiliki kad nama ni selama 10 minit sahaja. Begitu juga Jeffri Sotong. Tapi yang gua pasti, sampai ke habis periksa UPSR Jeffri Sotong betul-betul taknak kawan dengan gua.

Hehehe.. sian tong...

Friday, July 23, 2010

Gosip terkini dari brader diegooooo

Yo wassap korang? Apa bikin selama ini? Gua buat keputusan ingin update sebab malas nak kebumikan blog ini lagi. Ini sahajalah madah untuk gua buat pedajal kat orang lain tanpa perlu memperkenalkan diri kepada umum.

Gua perati ada beberapa perkembangan menarik berlaku dalam tempoh pertapaan gua. Pertama sekali, gua dapati blog yang menjadi pujaan lu orang semua, cik epal sudah jadi mendiang. Macam takleh nak ekses, apa cer sebenarnya? Adakah beliau sudah merasa annoyed terhadap diri sendiri lantaran itu membuat keputusan untuk tutup blog dia yang annoying tu?

Well, yang itu gua tak tau dan malas nak ambil tahu. Cuma kalau ada siapa2 yang tahu perkembangan dia silalah bagitau. Kot2 kalau dah mati ke, boleh gua sedekahkan fatihah. Gua harap dia bukan tutup blog disebabkan perangai dengki melayu-melayu macam lu orang. Bagi gua, blog dia walaupun tak sebest mana, tapi dia boleh mengumpulkan ramai pengikut. Sama macam mawi. Bukan best sangat nyanyi tapi bole menyebabkan makcik-pakcik yang kais pagi makan pagi sampai terbalik balik afundi beliau.

Dalam blog review gua, gua ada citer yang cik epal ni bubuh gambar dia yang heavily photoshoped. Sama level heavy macam fotoshop muka siamang jadi kereta ferari. Anyway, melalui kerja-kerja penyiasatan, gua telah dapat jumpa muka sebenar cik epal. Cekidaut guys...


Amacam, nice kan? Kawan ni suka Hangin Out wa cakap lu. Memang happening betul life ko wahai cik epal.

......................................

Gua came across satu blog ni yang ada buat blog review jugak. Gua tak berapa paham konsep dia sebab gua tak berapa selera nak baca. Bahasa yang digunakan terlalu gay untuk seorang lelaki. Adakah gua akan review blog dia? Gua rasa gua malas.

Cerita pasal blog review, gua pun dah lama tak dapat modal blog mana gua nak pilih....... until yesterday. Blog yang tersebut ini terlalu annoying sampai gua rasa nak mencederakan diri sendiri menggunakan pongkes selepas baca. Ya benar wahai luorang-luorang sekalian. Impak blog ini terlalu dahsyat pada pengamatan gua. Bahasa tunggang langgang, lawak macam sundal bolong, tulisan kejap besar kejap kecik secara tidak terurus. Ianya terlalu mengganggu emosi. So, siapa suruh gua masuk blog dia kan??

Menambahkan kedahsyatannya, pengikut taksup pun ramai jugak. Gua rasa memang betullah dunia ni nak kiamat.

Citer banyak tak guna pun beb.. Gua update lagi karang...

Thursday, June 24, 2010

Lama

Testing.. testing..

wujud lagi blog gua rupanya


Friday, May 21, 2010

Pictures of the day

Semua ni adalah takdir semata-mata. Tiada siapa pun yang mengharap lori kesayangan mereka akan termasuk dalam lubang yang muncul tiba-tiba di tengah jalan.


Adik yang tengah buat eksesais lutut tu nampak garing kan?

Gua pun tak kenal siapa, gua cuma sebat dari fesbuk.



Bagi gua, kucing kelabu ni adalah kucing paling hensem gua pernah jumpa. Cara dia mintak tulang ayam pun guna jeling je. Makan pun beradab, takde kecah kecah.


Tuesday, May 11, 2010

Suatu Malam Di Kedai Mamak

Gua lepak-lepak dengan rakan seangkatan gua di kedai mamak malam itu. Waktu menunjukkan jam 2.00 pagi. Sambil pekena mi goreng dengan telur separuh masak tang kuning tu cair lagi, gua dapat merasakan kandungan kolestrol dalam darah gua beransur-ansur naik. Lalu gua bilas dengan sup gear box.


Memang gua sengaja tempah nombor plet German


Kereta Audi A4 keluaran terbaru yang gua beli bulan lepas gua parking elok-elok di sebelah meja. Gila sayang gua pada kereta gua itu. Mana tak sayangnya, bulan-bulan pun bayar dekat dua ribu. Nak terkincit pun ada bila pikir-pikir balik.

Sedang gua dengan kutu-kutu lain seronok mengutuk sorang brader rambut kuning, tiba-tiba gua terdengar bunyik "streeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk" yang menusuk kalbu. Dengan tidak membuang masa, gua mengkalihkan putaran leher gua ke arah bunyik tersebut. Gua dapati, kereta Audi gua telah digarip tanpa belas kasihan oleh satu biji kereta buatan tempatan. Side mirror kereta itu patah.

Berbekalkan tenaga yang terhasil daripada sup gear box yang gua telan tadi, gua terus melompat ke tempat kejadian. Yang buatkan gua hangin, drebar kereta buatan tempatan tersebut terus memecut laju meninggalkan kami-kami ini terpinga-pinga.


"Brengsek luuu" gua jerit dalam hati. Citer banyak memang tak guna, gua terus sambar kunci moto rakan gua, sarung helmet secara terbalik, gua terus setat moto dengan tujuan mengejar kereta tersebut dan mengajar dia cukup-cukup. Kereta gua ni, nak repair ingat seposen dua je ke. Gua punya quick assessment tadi, gua dapati belah kiri kereta memang dah gengster habis. Kemek dari lubang isi minyak, pintu depan belakang sehingga ke body depan. Memang sah tak kurang dari 3,000 ribu ringgit Malaysialah kalau nak repair. Dah tak meow dah kereta gua sebegini rupa.

Dari kejauhan, gua perati kereta buatan tempatan yang kasik parut kereta gua menyusur dengan kecah sekali. Semua benda dia nak langgar. Tong sampah, kucing, pengemis, trafik light. Gua bersama beberapa motor yang lain hanya mampu menggeleng kepala dengan sudut gelengan melebihi 180 darjah.

Dengan muka yang dibuat bengis dan aksi melampau seperti meniarap atas motor, kami kelihatan seperti mat rempit pula sedangkan ada dikalangan rakan gua itu adalah ahli rukun tetangga 4B. Kami ada 5 motosikal semuanya yang cuba mengejar kereta buatan tempatan itu. Kalau dapat memang siaplah, gua memang berniat nak alihkan rahang dia ke arah kiri. Biadap betul langgar kereta orang taknak bertanggungjawab.

Kereta buatan tempatan tersebut gua lihat berada dalam 50 meter di hadapan gua dan rakan-rakan. Dari samar-samar lampu jalan, gua dalam lihat ada 2 orang didalam kereta. Si drebar dan co-drebar. Gua tak peduli. Co-drebar tu gua serahkan kepada rakan-rakan gua untuk pukul sesuka hati sebab dia pun bersekongkol dengan drebar yang berperangai langgar lari.

Kereta buatan tempatan itu memotong satu kereta dan dengan tidak semena-mena kedengaran bunyi siren polis. "Nenonenoneno..." rupanya, kereta yang dipotong secara membabi buta itu adalah kereta polis. Silap besar lu brader, memang silap besar. Tidur lokap lah lu malam ni. Kalau muka lu jambu, memang pasti akan diliwat oleh lokapmate lu. Cumanya, gua menyesal sedikit kerana dah tak ada can mahu alihkan rahang lu.

Sementelah itu, adegan kejar mengejar telah bertukar. Daripada mat rempit mengejar kereta buatan tempatan, kepada polis sentri one to jaga. Gua ada terdengar polis tersebut memberi amaran kepada pemandu kereta buatan tempatan itu supaya berhenti melalui pembesar suara. Memang dahsyat amaran polis itu. "Kereta buatan tempatan dihadapan berhenti sekarang atau kami akan melepaskan tembakan". Tapi kereta buatan tempatan tersebut masih lagi menyusur laju. Mungkin pemandunya tidak dengar. Mungkin juga bunyi radio kereta buatan tempatan itu terlalu kuat sampai tak dengar amaran polis tersebut. Kami masih mengekori dari belakang.

"BAMM" polis melepaskan tembakan ke udara. Gua dah kaget. Hati gua dah setat goyang. Dah jadi kes tembak menembak pula ni. Mulanya hal garip kereta sahaja. Gila apa yang berlaku ni. Tolonglah berhenti wahai pemandu kereta buatan tempatan. Tak berbaloi pun kejar mengejar dengan polis ni. Memang lu tak dapat lari punya. Tapi pemandu kereta buatan tempatan tersebut masih berdegil tidak menghentikan kereta.

Dalam kelam kabut, kereta buatan tempatan tersebut melanggar sebuah motosikal menyebabkan menunggang dan pembonceng motosikal tersebut terpelanting ke jalan raya. Kereta polis yang mencucuk rapat tidak dapat mengelak lalu menggilis salah seorang daripada orang yang malang itu. Terus sahaja dihentikan kereta polis untuk membantu mangsa kemalangan itu. Dari ekor mata, gua perati usus dan otak manusia bertaburan merata-rata di atas jalan.

Gua tidak mahu mengalah. Gua terus mengejar kereta buatan tempatan itu dengan penuh semangat membara. Pemandu kereta itu buat hal lagi. kali ini, dia terlanggar pula sebuah kereta import dari jepun, lalu kereta itu terbabas melanggar tiang lampu bernombor SA12-46. Tiang lampu itu tumbang lalu menghempap kereta import buatan jepun itu dan melintang kearah jalan. Gua dan rakan-rakan serta merta tidak dapat melalui jalan tersebut. Dari kejauhan, gua dapat perhatikan kereta buatan tempatan tersebut membelok ke simpang kiri dan hilang dari pandangan.

Tiba-tiba kereta import buatan jepun itu terbakar. Mungkin kerana terkena serangan elektrik. Gua dan rakan-rakan cuba untuk mengeluarkan pemandu kereta buatan jepun itu tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat. Dari kejauhan, gua perhatikan mangsa yang cedera menggelupur kepanasan dimamah api, sehingga akhirnya tidak bergerak langsung.....

Gua kaget, geram, buntu, marah, takut, siling berganti. Perkara asal yang kecil telah bertukar kepada adegan meragut nyawa. Apa yang gua tahu, selepas itu gua pulang ke kedai mamak untuk habiskan belen sup gearbox yang ada berbaki separuh, bayar harga makanan dan pulang ke rumah menaiki kereta Audi A4 yang berparut.

Senang citer, dalam hal ini, gua salahkan polis. Polis yang bengap dan tidak menjalankan tugas sehingga menyebabkan penjenayah misteri itu meloloskan diri. Tidak boleh tidak, pemandu yang memandu secara menonong yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain MESTILAH dihentikan walau dengan apa cara sekalipun. Perlu tembak, tembak. Disebabkan polis lembap itu teragak-agak nak tembak, 3 nyawa orang awam telah terkorban dalam keadaan sadis.

Sehingga hari ini, pemandu kereta buatan tempatan tersebut masih tidak dapat dikesan. Berapakah umur dia? Adakah kereta sendiri atau kereta pinjam? Ada rekod jenayah ke tak? Semua ini masih menjadi misteri. Apa yang gua agak pasti, pemandu tersebut tidak mungkin seorang budak berusia 14 tahun sebab 14 tahun mana boleh dapat lesen bawak kereta. Lagipun, waktu kejadian adalah jam 2.00 pagi dan keesokan harinya adalah hari sekolah.

Demm it...

Sunday, May 9, 2010

Barang Tercicir 4


Gua dalam perjalanan ke restoren mamak bila gua nampak benda alah ni duduk senyap-senyap di lantai. Dalam hati gua, inilah yang orang biasa panggil fat bastard. Tidak syak lagi, inilah kucing paling gemuk gua pernah jumpa secara bertentang mata. Sebagai ajk tetap persatuan penggemar kucing, gua memang ingin tahu sangat macam mana kucing ini di bela sampai gemuk sedemikian rupa. Gua pun cari tuan punya kucing di kedai berhampiran untuk bertanyakan apa rahsianya.

Bila gua toleh tuan punya kucing ni, gua tak jadi pula tanya. Rupa-rupanya, tuan punya kucing pun bersaiz jambo juga. Kembang tapak tangan sahaja dah besar kertas A4. Kalau gua kena lempang mau pipih gua punya muka.

Semuga lu berbahagia, wahai si gemuk.....


Tuesday, May 4, 2010

Bertarung Dengan Ia

Tangan gua dirantai kiri kanan menggunakan besi tahan karat yang kelihatan ditempa tanpa mengendahkan keselamatan penggunanya. Gua meronta-ronta cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Bahang bilik yang gelap gelita itu terasa sehingga ke paru-paru. Kadang-kadang, belakang badan gua sebuk disebat menggunakan suatu radas yang rasanya seperti pelepah kelapa. Sakitnya bukan alang kepalang.

Perlahan-lahan, seekor emak setan datang menghampiri gua. Di tangannya juga kelihatan rantai yang sudah terputus separuh. Terdapat sehening cahaya samar-samar hadir dari hujung tanduknya, yang menjadi sumber cahaya bilik yang membahang itu. Emak setan membawa suatu objek yang kelihatan seperti sebuah bingkai gambar.

"Berikan gua air" pinta gua cuba meminta belas kasihan.

Dari kesamaran cahaya, emak setan kelihatan cuma tersenyum sinis. Angkuh sekali gamaknya.

"Air, air. Gua haus ni" gua ulangi permintaan gua, hanya untuk dijawab oleh senyuman angkuh bongkak sombong riak takbur setan tersebut.

Emak setan menyuakan bingkai gambar di genggaman tangannya ke muka gua. Di permukaan bingkai tersebut, gua dapat lihat gambar seekor setan kecil bermata lima bermulut herot ada tiga. Setiap mulutnya sedang menyonyot puting. Anak setan yang belum tumbuh tanduk tersebut kelihatan masih memakai lampin pakai buang.

"Kau kenal siapa budak kiut ini?" suara pertama yang terbit dari rongga mulut emak setan. Bau mulut sehanyir ikan mati serta merta memenuhi ruang. Gua terseksa menghirup bau itu, menyebabkan rontaan gua semakin kuat. Serta merta gua buat keputusan gua tak suka emak setan ni.

"Gua nak airr... airrr.." balas gua. Perasaan dahaga yang tidak tertanggung hampir menghilangkan kewarasan akal gua.

"Wirwirwir" gelak emak setan.

"Inilah anak ku yang ke dua belas ribu tujuh ratus empat puluh dua (12,742). Dialah yang ku hantar sebagai escort girl untuk kau, yang selalu menempel di sisi kau. Dan dialah yang telah berjaya menghalang kau daripada bangun solat subuh hari-hari. Wirwirwir" tanpa disuruh emak setan menerangkan kepada gua.

"Tidakkk. Tidakk. Berikan aku air"

"wirwirwir"

"Airrrrr"

*******

Gua terbangun. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.40 pagi.

Gua beristighfar panjang sambil duduk bersila atas katil.

Nipis betul iman gua sampai emak setan hanya perlu hantar setan kecil yang belum baligh untuk memperdayakan gua supaya tak bangun subuh. Agaknya, gua secara rasmi telah jadi training ground untuk setan-setan yang baru lahir orientasi menghasut manusia ke jalan mungkar.

Secara senyap-senyap, gua berazam untuk menewaskan setan kecil esok. Tengoklah lu nanti

Monday, April 26, 2010

Blog Review 7 : Blog Meowww

Nama blog : Bella Dela Rosa
Konsep : Blog gambar kiut tapi cerita berterabur
Bahasa : Bahasa gadis melayu terakhir
Followers : 67 orang
Last Update : Hari Sabtu
Rating : 4 bintang

---------------------------------------------------------------------------

Issabella adalah kisah cinta dua dunia
mengapa kita berjumpa
namun akhirnya berpisah
siang jadi hilang
ditelan kegelapan malam
alam yang terpisah
melenyapkan sebuah kisah....


Lagu Issabella berkumandang di sekeliling gua, setiap kali gua membelek blog ini. Bukan disebabkan blog ini mengandungi auto song yang sangat annoying itu. Tapi kerana setiap kali gua memandang matanya yang galak itu, hati gua terus ada taman. Lantas, lagu Issabella secara automatis akan membuat keputusan untuk bergentayangan ni telinga gua.

Dia cantik. MasyaAllah, memang cun sangat. Kalau dibandingkan dengan gua, memang macam langit dan bumi bezanya. Maklumlah, gua kacak dan dia cantik, memang jauh sangat kan bezanya itu. Kalau berdiri sebelah-sebelah, mesti ramai minah yang akan jeles tengok gadis ni dapat berdiri sebelah gua.

Blog ini adalah kategori blog cerita pasal kehidupan lesbian. Eh yeke? Gua sebenarnya tak berapa jelas dengan sex orientation gadis manis ini. Dalam blog beliau, serba sedikit gua dapati, unsur-unsur lesbian itu ada, walaupun dikaburi oleh fake boyfriend. Macam biasa, gambar memang memenuhi segenap ruang blog. Gaya biasa adalah gambar muncung, sambil tangan menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan ke pipi. Hasilnya, rupa paras kiut yang luar biasa.

Senang cerita, inilah gaya jari kegemaran saya


Cara gua mengenali blog ini sememangnya lain daripada gua jumpa blog-blog lu orang semua. Inilah satu-satunya blog yang bukan gua jumpa menerusi bloghopping. So macam mana gua boleh jumpa blog ini? Yang itu biarlah lu pikiiiiirrrrlah bersama kawan-kawan lu orang ok.

Nama panggilan beliau adalah Bella. Kiut kan nama tu? Gua berazam suatu hari nanti kalau gua bela arnab bulu patik-patik, gua akan namakan sebagai bella. Beliau ada 2 blog; iaitu blog kehidupan dan blog perniagaan.

Daripada usaha riki-riki gua, gua dapati beliau mempunyai minat tersendiri iaitu teman member mandi di sungai, makan-makan benda yang aneh tetapi stailo, kariyoke dan jual tudung kaler patik-patik. Semua aktiviti tersebut adalah sampingan bagi gadis genit yang kareer utamanya adalah student belaja pasal kimia-kimia di universiti sekitar bangi.

Beliau juga meminati arena fotografi, di mana banyak gambar yang muncung, sambil tangan menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan ke pipi telah diambil untuk simpanan peribadi. Namun sebahagian kecilnya telah di kongsi untuk tatapan umum di blog beliau. Adakah berkongsi gambar banyak-banyak sebegini menyalahi undang-undang Malaysia? Sudah tentu tidak. Apatah lagi, gambar tersebut terlalu menyenangkan jiwa gua. ohhh...

Walaubagaimanapun, gua rasa macam gua dah terlalu terpesona sampai terlalu menyebelahi beliau. Ini akan menjatuhkan kredibiliti gua sebagai brader tukang review blog. Ok, gua kembali ke dunia yang nyata.

Secara tegasnya, gua rasa blog ini takdelah best untuk dibaca. Gua walaupun ada masa lapang yang terlalu lapang pun memang tak adanya nak baca apa yang beliau taip. Lirik lagu yang di copy paste tu lagi la gua malas. Cerita kehidupan beliau pun agak bosan. Ditambah lagi dengan penggunaan kata singkatan yang hanya sendiri faham.

Dude, who the hell yang boleh faham : Ak ta na pg sa seb jiw ak ti mem ak bebt dem. <-- ok yang ini gua sengaja exaggerate. Tapi penggunaan kata singkatan yang tak ikut piawai sebenarnya akan menyebabkan otak terpaksa bekerja lebih semasa membaca blog ini. Apabila keadaan ini berlaku, lu orang akan akan memerlukan lebih kalori, lantas menjadi lapar selalu. Kesimpulannya, lu orang akan makan sambil meniarap mengadap laptop. Apabila selalu sangat makan meniarap, maka tubuh lu orang akan menyimpan lebihan makanan dalam bentuk selulit di bahagian perut. Pengajarannya di sini, selalu membaca blog ini akan menyebabkan masalah boroi di bahagian perut dan tepi pinggang. Nampak tak kesinambungannya itu?

Tapi lu orang jangan kuatir. Lepas baca, lu orang boleh bilas dengan melihat gambar-gambar beliau yang meoww itu. Yang itu memang gua tak pernah bosan.

Dan kepada lu orang yang berminat untuk membaca blog ini, gua nasihatkan supaya lincah-lincah berbuat demikian. Beliau pernah menukar url blog suatu ketika dulu disebabkan ramai stalker yang menggeletis dalam blog beliau, dan ini tidak termasuk gua. Jadinya, enjoy while you can ok??

Citer banyak pun malas, gua berambus dulu...

Monday, April 19, 2010

Mix it up, bebeh..

Pagi ni, gua bangun ketika jam gua menunjukkan pukul 7.30 pagi. Serta merta gua tau tatkala itu, waktu sebenarnya adalah 7.20 pagi sebab gua dah cepatkan jam sepuluh minit. Tujuan gua cepatkan jam 10 minit adalah untuk menipu diri sendiri, tapi malangnya gua memang tak pernah tertipu dengan taktik ini.

Subuh gajah, macam biasa.

Gua cek henpon, ada sms masuk malam tadi dari nombor telefon yang gua tak biasa dengar. Ianya berbunyi "Dia dh blik umh ke bl0m?jpg wt spr sver call 0wg erk..padin xmai p0n..mnkin prasaan 0wg je.."

Haih, benda alah apa yang lu cuba sampaikan ni setann? Sampailah ke saat entry ini ditulis, gua masih berada dalam kesesatan yang nyata. Kepada siapa-siapa yang mahir dalam pengajian "Shortcut in Messaging : Part 2", sila tolong terjemahkan. Gua pun nak tau apalah yang cemas sangat sampai mesej pun bahasa lintang pukang, sent pukul 2 pagi dan siap salah nombor lagi tu.

*********

Gua tau la sekarang ni adalah zaman dimana orang tulis nak ringkas-ringkas sahaja. Ye gua setuju yang tulis ringkas-ringkas ni tidak melanggar prinsip rukunegara, jadi lu orang tak akan kena tangkap polis punya. Cumanya, gunakanlah budi bicara wahai sahabatku sekalian.

Gua perasan budak-budak sekarang ni gemar meringkaskan perkataan 'AKU' kepada 'Ak'. Ayat contoh : "Ko rs bst x mkn kt ct? ak rs x bl bla. ak nk bkr j kdai tu.." Pada pendapat gua yang tak semestinya betul ini, bunyinya lebih menghampiri gampang. Trend ini lebih jelas digunakan oleh generasi yang lahir tahun 90-an. Oh, secara automatik gua rasa gua dah tak berapa muda lagi.

Gua pun paham kalau sms tu, kita patut ringkaskan seringkas ringkasnya supaya nampak ringkas. Dah nama pun sistem pesanan ringkas. Karektor pun limit kepada 160 per mesej sahaja. Kalau terlebih hatta satu hurup sekalipun, nescaya akan dikenakan cas seperti menghantar 2 mesej. Memang demm punya rugi. Gua sendiri pun pernah menghadapi detik-detik cemas sedemikian, di mana tgh sedap2 menaip mesej, kerektor dan menghampiri 160. Debaran di hati dikala itu memang tak payah nak cerita lah.

Tapi kalau update status fesbuk pun nak ak ak ak jugak, tu yang otak gua konfius. Cuma burung gagak dan penguin je yang bunyi 'ak ak ak' ni. Kan ke percuma je, hatta lu orang nak buat karangan setaraf SPM pun boleh di situ. Apalah salahnya tambah hurup U kat ujung tu. Kan ke nampak lebih manusia. Kalau setakat nak tambah satu hurup pun lu orang dah malas, hujung nanti dah reti bawak kereta, cerah harapan lu orang untuk jadi si celaka yang masuk simpang pun malas nak petik signal. Tapi gua yakin, pembaca blog ini baik-baik belaka kan?

Camnilah, gua kasik tips bagus punya. Kalau lu orang nak malas-malas taip 'aku', tak payah guna 'ak'. Rugi. Lu ringkaskan kepada 'a' sahaja. apa macam? 'a dmmla arini. a tak g klas. ko sain attdnd a ye'. Barulah jimat betul macam ni. Gua yakin kalau lu orang istikomah, tidak mustahil lu orang boleh mencapai status jutawan di kemudian hari.

*********

Kepada lu orang geng yang dah bekerja, sudah buat taksiran cukai ke belum? buatlah sebelum terlewat wahai lu orang sekalian sebelum lu orang menyesal sampai tidak bermaya. Dan jangan lupa bayar zakat ya? Bukan mahal pun, 2.5% sahaja :)

Dan jangan tinggal subuh macam gua. Nanti esok gua modify jam loceng gua taruk hon lori, tak bangun jugak tak taulaa..

Citer banyak tak guna, gua cauuu dulu

Monday, April 12, 2010

Preview : Blog Review 7

Nama blog : xxx
Konsep : Blog gambar kiut tapi cerita berterabur
Bahasa : Bahasa gadis melayu terakhir
Followers : 62 orang
Last Update : Semalam
Rating : xx bintang

---------------------------------------------------------------------------

Issabella adalah kisah cinta dua dunia
mengapa kita berjumpa
namun akhirnya berpisah
siang jadi hilang
ditelan kegelapan malam
alam yang terpisah
melenyapkan sebuah kisah....


Lagu Issabella berkumandang di sekeliling gua, setiap kali gua membelek blog ini. Bukan disebabkan blog ini mengandungi auto song yang sangat annoying itu. Tapi kerana setiap kali gua memandang matanya yang galak itu, hati gua terus ada taman. Lantas, lagu Issabella secara automatis akan membuat keputusan untuk bergentayangan ni telinga gua.

Dia cantik. MasyaAllah, memang cun sangat. Kalau dibandingkan dengan gua, memang macam langit dan bumi bezanya. Maklumlah, gua kacak dan dia cantik, memang jauh sangat kan bezanya itu. Kalau berdiri sebelah-sebelah, mesti ramai minah yang akan jeles tengok gadis ni dapat berdiri sebelah gua.

Blog ini adalah kategori blog cerita pasal kehidupan lesbian. Eh yeke? Gua sebenarnya tak berapa jelas dengan sex orientation gadis manis ini. Dalam blog beliau, serba sedikit gua dapati, unsur-unsur lesbian itu ada, walaupun dikaburi oleh fake boyfriend. Macam biasa, gambar memang memenuhi segenap ruang blog. Gaya biasa adalah gambar muncung, sambil tangan menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan ke pipi. Hasilnya, rupa paras kiut yang luar biasa.

Cara gua mengenali blog ini sememangnya lain daripada gua jumpa blog-blog lu orang semua. Inilah satu-satunya blogger yang ........

*****

Sunday, April 11, 2010

Barang Tercicir 3


Sikitlah punya luas semenanjung malaysia ni, kat dalam rumah gua jugak lu landing. Ini adalah spesis pipit masuk rumah tak reti nak keluar. Kalau gua ikutkan bisikan syaitan, memang dah selamat gua gulaikan. Tapi burung pun ada anak bini jugak, kan?


Wednesday, April 7, 2010

Macam Mana Mau Mendapatkan Minyak (3)

Lu orang pernah tak terfikir, minyak yang lu orang isi dalam tangki motokar atau motosikal tu, dari mana asalnya? Macam mana boleh jadi kaler merah, biru, jingga dan putih? Sedap tak rasanya? Apa pula bezanya antara jenama X dan Y? Susah tak nak dapatkan minyak ni? Berapa harga minyak ni sebenarnya? Siapa yang tetapkan harga minyak? Dan adakah harga minyak di Malaysia ni mahal?

Well well well…

Untuk menjawab soalan ini, penting diingatkan supaya lu orang jangan emosional terlebih dahulu. Pesan pujangga, “Orang yang bengap adalah orang yang emo tak tentu pasal” perlu lu orang ingat sampai bila-bila.

Kat Malaysia ni macam-macam jenis minyak lu orang boleh jumpa. Minyak masak, minyak rambut, minyak lintah, minyak senyonyong, minyak dagu, to name a few. Tapi gua hanya mahu membicarakan mengenai minyak yang berasaskan minyak mentah atau crude oil.

Kenapa panggil minyak mentah? Sebab memang mentah dan tak boleh nak guna. Tapi gua pernah nampak ada kutu guna minyak mentah ni jadi ubat lebam. Mujarab ke tak, gua tak tanya.

Kalau di perairan Malaysia, minyak ni hanya dijumpai di luar perairan Terengganu, Sarawak dan Sabah, serta di persisiran Sarawak. Ada beza tu antara persisiran dan luar pesisir. Nanti ada masa gua cerita. Biasanya minyak mentah ni lepak di area lebih kurang 3 km ke bawah dari dasar laut. Purata kedalaman laut di area ini adalah 70-80 meter.

Minyak mentah ni mempunyai warna hitam, atau coklat, atau coklat gelap bergantung kepada kawasan. Ada yang cair macam air sirap mamak, ada yang likat macam sup gear box pakcik baju belang, ada yang likat lagi macam air mani, dan ada jugak yang tak boleh blah macam agar-agar. Semua ni bergantung kepada kawasan di mana minyak itu didapati, dan menjadi ukuran kualiti minyak tersebut.

Minyak mentah Malaysia adalah light dan rendah kandungan sulphur, menjadikan minyak kita antara paling mahal dalam dunia. Power kan? Jadi apsal minyak mentah kita kualiti bagus dan minyak mentah di Mauritania hampeh? Well, itu adalah Kada’ dan Kadar Allah. Bukan kerja kita semua tu.

Dalam perut bumi, minyak mentah ni lepak kat dalam telaga atau reservoir. Ianya terperangkap di celah-celah lapisan tanah dan batu bata. Dan ianya bercampur baur dengan gas dan air. Reservoir ni berada dalam tekanan yang sangat tinggi. Dan disebabkan itulah, ia memudahkan pengaliran minyak mentah ke muka bumi.

Minyak mentah ini dikeluarkan di platform tengah laut, kalau kat Malaysia. Tapi ada jugak minyak ni digali dari darat. Contohnya di Sudan, Amerika, Iraq, dan Brunei pun ada. Dan ada juga digali dari laut dalam, sepeti di Brazil. Reka bentuk platform ini pula berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang besar gedabak, kecik halus, terkangkang, terapung ada kaki kecik, ada yang banyak equipment, ada yang ada api menyala, ada yang dua platform cantum ada bridge kat tengah-tengah, dan macam-macam lagi. Pendek kata, adalah hampir mustahil nak jumpa 2 platform yang identical. Kebarangkalian nak jumpa 2 platform yang identical adalah sama dengan kebarangkalian nak jumpa kucing bulu kaler biru.

Abistu, macam mana minyak yang duduk diam 3 kilometer bawah tanah tu boleh dinaikkan ke platform? Sebenarnya, ada satu terowong buatan yang menjadi penghubungnya. Terowong ini digali menggunakan drilling rig. Gua telah cerita dalam episod 2. Jadi, sape yang menentukan lokasi mana nak drill? Bukan pakai suka-suka tebuk sahaja brader-brader sekalian. Gua telah cerita secara ringkas dalam episod 1.

Terowong ini di panggil casing. Dalam casing ini, ada pula batang paip. Batang paip ini dipanggil tubing. Minyak, gas, air dan dalam sesetengah kes, pasir akan mengalir ikut tubing ini menuju ke platform, 3 kilometer kat atas. Ikan, sotong, ketam, burung, dan segala macam hidupan laut tak akan termasuk dalam tubing ini, just in case kalau lu orang tertanya-tanya. Ideally, tekanan yang kuat dalam reservoir membantu menolak minyak ini ke atas, tanpa perlu bantuan peralatan mekanikal.

Kenapa ada air sekali naik atas? Sebenarnya, air itu memang wujud dalam reservoir. Sesetengah reservoir cuma ada air sahaja, minyak pun tiada. Sebab itulah manusia seperti Jabar Taliban sangat penting dalam menentukan lokasi reservoir.

Tak boleh ke kita cuma ambil minyak je, taknak gas dan air? Itu terpulang kepada keadaan reservoir. Gua malas nak cerita detail, bukan lu orang paham pun. Anggaplah tak boleh ok? Jadi apa nak buat dengan gas dan air tu?? Itulah gunanya equipment kat atas platform tu. Bukan saje buat hiasan. Bila product dari reservoir tu muncul, ia akan .....

(bersambung lagi satu setengah bulan)

Monday, April 5, 2010

Salam Dari Eropah Timur - part x (gua dah lupa)

Gua masih lagi berada di negara Eropah Timur yang ganjil ini. Buat masa ini, gua sedang mengira-ngira hari untuk berambus pulang ke negara gua yang gua sayang. Gua memang sayang negara gua, tak macam lu orang. Tau komplen sahaja.

Gua buat kira-kira, rupa-rupanya hati gua penuh dengan perasaan rindu kat sesuatu di Malaysia. Patutlah macam ada yang tak kena sahaja jiwa gua ini. Gua mula-mula tu ingat diri gua dah cukup kental daripada rindu-rindu ni. Jiwa gua dah lama tak mengalami perasaan ini. Perrhhhh.. Ayat macam sundel pun ada.

Tatkala ini, pautan rindu gua adalah pada:
1. Nasik Lemak ada telur rebus bungkus daun pisang, kalau boleh biar masih keluar wap lagi - perrhhh.. kalau dapat walau sebungkus kecil sekalipun, gua janji takkan membazirkan walau seekor ikan bilis. Dan gua pasti akan menjilat daun tersebut sampai bersih

2. Kereta gua yang gua tinggalkan dalam keadaan keempat-empat tayar masih kat lantai - wahai adikku, tolonglah lu jangan buat pesta remaja dalam kereta gua. Kalau makan koci tu sila lah buang kulitnya keluar tingkap. Malaysia kotor tak apa, jangan kereta gua kotor. Kalau gua jumpa hatta sekeping kulit koci sekalipun, nescaya gua sumbatkan dalam lubang telinga lu.

3. Apartment gua yang berbau harum - Ni lagi satu wahai adikku. Lu jangan nodai kesucian apartment gua itu. Gua tau kitchen kabinet gua tak pasang lagi, tapi itu bukan alasan untuk lu tinggalkan periuk nasi sampai bercendawan dua tiga minggu. Itu bukan sejenis cendawan yang lu boleh buat campur dalam nasi goreng. Bekas kicap yang tumpah tempoh hari lu sudah kasi lap tak?

4. Nasik lauk ikan kembung pacalele - Sedapnya tidak terkira. Perasaan ketika menyiat pinggang ikan kembung yang pasrah dalam pinggan memang tak dapat digambarkan dalam blog. Selet pula dengan sambal pedas yang resepi dia pakcik baju belang tu tak mahu kasi. Kepal-kepal dalam nasi yang penuh kanji, ditopap pula dengan sayur salad segar dari kebun belakang rumah. Seterusnya suapkan ke dalam mulut yang sedia terngaga macam kepala tong sampah. Perrhhhhhhhhhhhhh...

5. Sate Muar kedai depan bustand - Kalau dah terhidang 15 cucuk daging dan 10 cucuk ayam, masih berasap-asap lagi. Struktur sate itu nampak jelas berkilat, dihiasi sedikit arang kehitam-hitaman. Disua pula kuah kacang yang suam-suam. Taknak kalah, ada pula nasi impit adabi yang dikelilingi timun dipotong tiga segi, dan bawang-bawang yang pipih, masing-masing bergelimpangan tanpa penghujungnya. Lawan dia pula, teh o limau panas. Tatkala itu, kalau ada kutu yang cuba-cuba nak pow barang secucuk sate sekalipun, dah cukup alasan untuk putus kawan.

6. Kapesh, kucing siam yang dah siap dikemirikan kemaluannya - kalau tengah terbaring bentuk U atas kerusi, kalau cium tang daging di perut tu, memang seronoknya boleh membawa ke syurga. Lepas tu kucing tu naik angin gigit gua punya telinga, sakitnya memang membawa ke hati.

7. Intenet yang semenggah - kalau setakat nak upload satu email dah makan 2 jam, macam mana kerja mau jadi pekerja yang cemerlang? Bukankah telah dipersetujui bahawa kecemerlangan pekerja itu sejajar dengan bilangan email yang dihantar hari-hari? Deymm.. Kalau gua boleh tarik kabel intenet dari Malaysia sampai Eropah Timur ni, memang dah lama gua buat.

Ahh..

Thursday, April 1, 2010

Gua telah kembali

Memang dah dalam jangkaan gua yang blog gua pasti barai bila gua handover kat kutu ni. Entah apa jenis transformasi yang tak senonoh gua tengok si ajis ni buat. Mama lafenga betul.

Helo korang semua, gua dah balik dari pertapaan selama sebulan di pergunungan kilamanjaro. Tujuan gua bertapa di sana adalah sebab suka-suka. Memang betul-betul menduga keimanan bila berada di luar lingkungan teknologi intenet. Hari-hari gua menggigil sebab kebulur nak pegang laptop. Dan sebab sejuk jugak beb. Udara di sana bersuhu negatif-negatif mengikut anggaran gua.

Apa-apa hal pun, gua akan meneruskan perjuangan gelap gua di arena blog ini. Gua akan mengekalkan tradisi lone ranger, berhaluan kiri dan bersifat komunis.

Blog review akan gua teruskan dalam kapasiti yang lebih ganas, kejam dan tidak bertimbang rasa, dan dalam masa yang sama penuh dengan adat-adat ketimuran. Kepada yang blognya dah kena review itu, gua ucapkan tahniah sebab terpilih. Lu ingat senang ke nak pilih blog untuk direview?
Kepada si ajis, gua ucapkan terima kasih sebab berjaya menjahanamkan blog gua selama sebulan ni. Ada masa nanti, kita minum neskafe sama-sama sambil berbual-bual kosong. Dan kepada lu orang semua, kuatkan semangat. Kalau blog lu kena review, harap tidak emo macam cik epal.

Citer banyak tak guna, itu sahaja introduction buat kali ini. Gua jumpa lu orang next time.

Friday, March 26, 2010

Kejutan

Hari ini bangun pagi lambat macam biasa. Tak gosok baju macam biasa. Subuh gajah macam biasa. stokin hilang macam biasa.

Masuk opis lambat macam biasa. tak bawak beg macam biasa sebab taknak kantoi. dah sampai, breakfast macam biasa. lepas tu makan multivitamin dan fish oil macam biasa.

Duduk meja tengok meja bersepah macam biasa. dokumen engineering terlonggok macam biasa. review macam biasa. sambil sambil dengar lagu macam biasa.

boring boring ajak member isap rokok kat bawah macam biasa. borak borak kosong macam biasa. naik ofis, gosip gosip dengan akak clerk macam biasa. makan biskut ofis macam biasa.

Lunch hour balik rumah macam biasa. tapau makanan dari kedai biasa. makan macam biasa. Solat jumaat macam biasa. khutbah pun macam biasa. ngantuk masa khutbah macam biasa.

balik opis balik lambat macam biasa. tengok akak-akak clerk sok sek sok sek macam biasa.

aihhhh....

tiba-tiba....

.
.
.
.


"SUPRISEEEE.... hepi besday tu yuu.. hepi besday tu yuu.. hepi besday tu brader diego two.. hepi besday tu yuuu... " sambil bawak kek sekret resepi yang ada lilin menyala nyala..

gila babi luar biasa. sepanjang hidup aku, inilah pertama kali orang buat sambutan besday mengejut kat aku. cibai.. blushing pulak aku. aku sampai tak tau nak buat apa. "weh, tiuplah lilin tu" baru aku tau lilin yang menyala-nyala tu sebenarnya untuk ditiup sampai padam.

anyway, hepi besday yang ke ehek ehek kepada diri sendiri. semuga makin siuman pada masa-masa mendatang....

yang benar,
braderdiego2

Thursday, March 25, 2010

Cepat

"Aku rasa harini cepat betullaa waktu berlalu. Tau-tau dah pukul 12 dah nak lunch dah.."

"Abistu, dah ko tu pukul sebelas baru sampai ofis, memangla rasa cepat"

Tuesday, March 23, 2010

Penyakitan

Semalam aku tak datang kerja. Oh ya, aku ada kerja sebenarnya. Bukan saje2 hidup kat kl takde tujuan. Dan ya, aku duduk kat kl. apa barang duduk kat Mentakab? kat situ roti gardenia pun tak sampai lagi rasanya. jerang air pun guna air terusan lagi.

Berbalik kepada topik utama, aku tak gi keje sebab diserang penyakit kepala tak boleh teleng sebelah kiri kanan secara total. Orang tua-tua cakap aku ni macam kena simpul biawak kat tengkuk. Tidor salah bantal. Biasanya, kalau aku urat kena tangkap time tidor, sudut teleng tu bole carik makan lagi. setakat nak toleh bulu kaki amoi pun masih kemas kepala boleh pusing.

Tapi semalam memang sakit dia dah mencapai dimensi baru. toksah citer kiri kanan, atas bawah pun tak boleh. kalau nak 'angguk geleng' stail pekerja kedai mamak masa amek order tu jauh sekali. solat subuh pagi tu pun bagi salam stail mata je gerak kiri kanan. macam robokop pulak.

Dah namanya cuti kenalah g klinik amek MC. perhh beb, gua cakap lu, memang naik moto pun azab walaupun klinik tu jaraknya cuma seper'joging'an je dari rumah aku. kalau berlumba moto aku dengan orang tua umur 60-an yang eksiden retak kaki, bertongkat dan ada penyakit leukimia, belum tentu aku boleh menang.

Masa jumpa doktor, dia pulak macam sinis je pandangan. biasanya kalau nak tuang keje, penyakit sakit perut dan pening2 tu adalah paling umum. mesti doktor tu pertama kali jumpa alasan sakit tengkuk sebab salah tidur. tak pasal-pasal, aku jugak yang bersalah dalam hal ni. eh doktor ni, aku sakit tengkuk pun masih mampu lagi tempeleng orang. tapi memandangkan nurse dia cantik dan berpakaian jarang sampai nampak dalam, aku redha aje.

Skang ni, dah luas balik pergerakan leher aku. bukan main eksen lagi tadi bawak moto, siap main hon moto depan yang bawak slow sangat tu. tapi masih ada rasa sengal sikit-sikit.

Nampak gaya, macam nak kena pegi berurut di rumah urut Yap Keng Wah ni. Ada sape2 tau kat mana?


Thursday, March 18, 2010

Oversea

Tak sangka betul, blog aku ni sampai orang Canada pun baca. Kadang-kadang aku terkesan pembaca dari Oslo pun ada jugak datang jengah.

Sekali sekala, hantarkan aku poskad barang sekeping dua pun 'mesra' jugak. Teringin jugak nak tengok macam mana rupanya setem dari Oslo.


Tuan punya blog pulak, Singapura pun tak jejak lagi.

Apa cer?

Wednesday, March 17, 2010

Pen-diri-an

Pendidikan agama, tingkatan 5 Bestari. Ustazah Norazah punya lirik muka nampak macam tak boleh nak buat gurau. Period lah tu.

"Arini saya nak buat ulangkaji pelajaran semalam. Siapa tak dapat jawab, siaplah dia nanti" ucap Ustazah yang berbaur ugutan. Para pelajar penasaran seketika. masing masing memohon kehadrat Illahi supaya tidak menjadi insan pilihan menjawab soalan. Tidak kurang jugak yang dah setat belek belek buku rujukan kat lubang bawah meja.

"Senaraikan hikmah hikmah perkahwinan dalam Islam" soalan sudah keluar. Kacang je.

"Ijan!!!" cikgu norazah sudah main panggil panggil.

"aaaa... mmm.. Dapat pahala bila melakukan hubungan seks"

"Emon!!" nama kedua sudah naik.

"cikgu, ni dego nak jawab dulu" emon cuba lari dari tanggungjawab.

"Awak jangan sampai saya datang sana"

"ok ok.. apa ek. Boleh menempiaskan nafsu secara halal"

"hah dego, apa pulak jawapan awak?"

"cibai lu emon. mmm.. kalau kantoi tido berdua dalam hotel, tak kena tangkap cikgu" konfiden jawapannya.

Cikgu Norazah cuma tersenyum sinis.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari kejauhan, keadaan kelas 5 Bestari nampak tenang. Kelihatan pelajar tengah tekun menulis kecuali 3 orang. Sorang kena berdiri atas kerusi sambil junjung batang penyapu, sorang diri atas meja sambil rukuk mengadap depan, sorang lagi berdiri belakang kelas sambil hidung rapat ke dinding.

Hambik ko ubat..

Tuesday, March 16, 2010

Kehilangan

Aku ni adalah spesis manusia yang cepat bosan. terutama sekali kalau kat tempat keje. datang dahlah lambat, balik nak on time je. Bayangkan pukul 8 tu, masih lepak beranda rumah aku sambil dengar kicauan burung dan usha sekawan nyonya bersenam taichi kat tasik sebelah. Baju tak iron lagi pulak tu.

Memang jadual harian aku, sampai opis paling awal kol 8.30. Opis dengan rumah aku 10 menit je bai. pada pukul 4.50 sharp aku akan naik tingkat 5 utk solat asar berjemaah kat surau. kol 5.12 aku akan tergesa-gesa berkemas untuk balik. padam komputer pun tanpa ikut protokol. main off suis je terus. ala, kalau rosak bukan komputer aku. silap-silap boleh dapat komputer baru. tak ke untung tu?

Tapi hari ni berbeda dari hari hari yang biasa. Aku macam lalai dengan urusan duniawi, sampai kantoi solat berjemaah. Sedari jam dah pukul 6.20. gila babi tak puas hati, company is stealing my precious time.

Aku naik ke surau. Surau kat building ni, pintu dia berkeriuk sket. kalau bukak akan mengeluarkan macam bunyik suara musang yang penasaran. "keriuuukkkkkkkk" cenggitulah lebih kurang bunyiknya. Lepas amek wuduk lebih kurang, aku masuk ke dewan solat. Memang takde orang. Ciss.. tak dapat nak berjemaah, kan? 27 kali ganda beb, sape taknak. Cuba bayangkan solat asar sebanyak 27 kali, mau lebam tendon lutut aku.

Nak tak nak, aku solat macam biasa dengan mengambil saf paling depan. Dan macam biasalah, kalau iman tu senipis bulu roma bakteria, memang takdenya nak khusyuk. Teringat pasal nak servis kereta laa, pasal katun ben 10, pasal awek yang tuhari mintak no tepon tapi tak dapatlaa, dan yang paling sewel, siap boleh merancang strategi nak berniaga karipap segera. Memang setan la setan ni. Time aku banyak masa lapang takde pulak nak pikir pasal benda-benda camni.

Bila sampai rakaat kedua, tetiba aku dengar bunyik musang "kreeiiuukkk" menandakan ada sorang brader masuk. Nampak gaya, dia lebih dipengaruhi urusan dunia berbanding aku. Bagus. Kalau ada rezeki bolehlah dia tepuk bahu aku solat jemaah sama2. Sambil2 solat tu, aku dengar bunyik air menandakan brader tengah berwuduk. Bagus, aku pun melambat2kan bacaan solat.

Masuk rakaat ketiga, bunyik air dah ilang. bunyik tapak kaki kedengaran jauh sket dari belakang. Kalini aku lambatkan fatihah. Bacaan mad arid lisukun di setiap penghabisan bacaan tu memang aku bantai kasik 6 harkat betul betul. rasa macam imam masjid nabawi pun ada tatkala itu.

Bunyik tapak kaki dah ilang. Tapi tak sampai2 lagi brader kat belakang aku. ciss, dia solat sorang2 rupanya, pada benak fikiran aku. Nampak gayanya, takde rezeki nak pahala lebih. Seraya itu, aku naikkan speed bacaan aku setaraf motor belalang 150cc.

Lepas bagi salam dan berdoa ringkas, aku pun bangun dan berpaling untuk keluar dari surau. Seketika kemudian, aku melangkah keluar dari dewan solat menuju ke tpt wuduk, sarung kasut dan terus blah. Sempat aku capai stoking bubuh dalam saku belakang.

"kriuuukkkkkkk" bunyik pintu nyakdarah tu masa aku bukak. Secara automatis, langkah aku semakin laju semasa meninggalkan surau. Dan makin laju sehingga menghampiri kelajuan olimpik....

Hari ini betul-betul berbeda dari hari-hari yang biasa. Aku lagi tergesa-gesa nak balik, sampai tak offkan komputer pun. Peduli apa bukan aku bayar duit karan opis pun. dan aku tak bawak pun beg aku. esok kang baru aku amek.

Sebabnya??? Kat surau tadi, masa aku berpaling, aku nampak takde seorang manusia pun kat belakang aku. TIADA. Tak agak-agak betul. Bedebah tu kalau ye pun nak main-main, takyahlah siap wuduk bagai. Bukankah membazir itu amalan setan?

Monday, March 15, 2010

Kesilapan

1996 Masihi. Tingkatan dua. Lokasi di bilik pendidikan seni. Watak didukung oleh Si Emon. Masa ini, boy band amat diminati oleh budak budak yang baru naik sekolah menengah.

Lagu Westlife - If I let you go. Tang korus.


"So if ai let u go
I wel never no
wat ma laf to bi
holding u klos to mi
willa embesi
u smalli..

"WOiiii. apsal embesi pulak? apa benda embesi tu?

"Dah memang bunyik dia camtu.

"Bukan embesi laa. oversea laa"

"eh yeke? ok ok"

"willa oversea
u smaling bek et mi
how will i noooooo
if i let u goooo"

time ni sama-sama bodoh english bukan alang kepalang. membazir je duit hantar tusyen

Pengaktifan

Aku dah kena sound secara lisan oleh seorang brader. Brader tu ugut nak taruk ais dalam belakang baju aku kalau aku tak mengaktifkan blog mengikut skala 'selalu update'.

Ok, aku update.

Harini aku pegi opis. Sampai pukul 8.40. Teknik datang lambat ni, jangan bawak beg. Bawak ngam-ngam buku dengan sehelai kertas gulung buat dummy. Peluh kena rembeskan sikit2. Nampak gaya macam baru abis miting.

Pukul 1 aku turun mencekik. Aku lupa bayar makanan yang aku makan td. Takpe esok kalau hidup lagi bolehlah aku bayar. kalau tak, terpaksalah aku carik akak kaunter tu kat padang mahsyar kelak demi membayar hutang tertunggak.

pukul 3 dah ngantuk. layan berita online dot kom kejap. eh, chong wei menang laa. bagus.

balik, aku singgah kedai pakcik mam. biasanya pakcik mam jual pisang goreng sama karipap. Ini hari aku dapati dia sudah tukar produk bisness. Jual putu piring pulak. "Tukar angin sekali sekala apa salahnya" ujar pakcik mam. alasan tak munasabah. Hampir-hampir jugak aku lempang pakcik mam tu guna tempurung lutut aku. nasib baik iman masih tebal lagi didada ku.

Lepas tu aku balik rumah.

Abis.

So, brader. Puas hati tak?

Sunday, March 7, 2010

Keh Keh Keh




Apakah moral daripada cerita di atas?


p/s : kredit to whoever yang rajin betul potong dan scan keratan ni. Memang sah takde keje kat opis tu

Thursday, March 4, 2010

Pemotongan

Hari itu aku muhasabah diri dengan memandang ke cermin. Terkujur seraut wajah yang memang susah nak sangkal begitu kacak sekali. Tapi inilah dia wajah yang bakal menjadi makanan ulat dan cacing dalam kubur kelak.

Terus aku jadi tak sanggup bertentang mata redup aku sendiri. Aku usha rambut pulak. Perhh.. dah macam langsuir. Buruk, berkelumumur dan menggerutu. Lantas aku buat keputusan semerta itu jugak. Esok, rambut ini mesti dikorbankan.

Keesokkannya, aku menyusur kaki lima seorang diri sambil membayangkan mamak tangan berbulu mengurut kepala lepas potong rambut. Memang nikmat rasanya. Lebih nikmat daripada melihat betis amoi yang licin. Ok aku tipu. Betis amoi lagi nikmat.

Aku berhenti bila kedudukan aku sejajar dengan pintu kedai mamak potong rambut yang aku gemari. Aku usha keadaan semasa di dalam, tengok line clear ke tak. Menerusi imbasan imej yang dibiaskan oleh kornea aku, aku dapati ada 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak belum akil baligh sedang menunggu giliran. Ada 2 orang je tukang gunting. Tangga, tukang gunting kegemaran aku takde pulak.

Aku berkira-kira. Nak tunggu ke tak. Nak tunggu ke tak. Malaslah. Aku adalah berasal dari suku kaum yang tak suka buang masa.

Kira-kira 50 meter kat depan tu, ada satu kedai gunting yang tak pernah aku ziarahi lagi. Biasanya kedai tu kosong. Aku melangkah dengan kadar segera ke kedai itu. Niat aku murni. Nak gunting rambut. Itu aje.

Berada di depan kedai itu, bulu dada aku mulai meremang. Memang betul punya takde orang. Aku usha berani berani takut. Siap pasang kuda-kuda lagi tu. Kalau ada orang sergah aku dari belakang secara mengejut, memang pasti tumit kaki aku akan target halkum punya sebagai tindakan rekleks. Sah-sah makan nasik guna straw seumur hidup, ditambah dengan penyesalan tiada kesudahan.

Ada sorang pakcik macha sedang hidap tembakau berbalut kertas putih berfilter duduk sebelah pintu. Memerhatikan aku yang terjengah-jengah macam arnab warna patik patik yang ingin tahu (comel kan?), pasti menimbulkan kehairanan di sanubari pakcik macha itu.

Mungkin sebab tak tahan menanggung persoalan yang terbuku di urat saraf, pakcik macha itu membuat keputusan untuk bertanya soalan berbentuk duniawi kepada aku.

"Mau carik siapa?"

Soalan tersebut walaupun struktur ayatnya mudah, tapi agak mengelirukan. Kalau masa aku form 5 dulu, cikgu aku bagitau ini namanya trick question. Dah sah-sah berdiri pasang kuda-kuda depan kedai gunting rambut, dengan rambut yang buruk benar serabainya, lepas tu terjengah-jengah tengok dalam kedai, tidak boleh tidak mestilah nak carik tukang gunting rambut. Takkanlah nak carik timbalan dekan fakulti kejururawatan kolej komuniti serdang pulak?

Memilih jalan lurus dan selamat di dunia, walaupun akhirat nanti belum tentu, aku bagi jawapan yang paling cool di mata budak-budak kecik:

"Saya mau potong rambut. U tukang gunting ke?"

Mungkin sebab pakcik macha pun dah terpesona dengan jawapan aku, dia pun membalas dengan jujur. "Ya, masuk tunggu dalam dulu."

Aku menolak pintu yang bertulis 'pull' dengan kekuatan sederhana. Tak bukak bukak jugak. Sekali lagi aku pasang kuda-kuda. Aku kalihkan tenaga ke bahagian belakang aku, seraya menolak pintu itu sekali lagi. Kekuatan yang terhasil serupa macam nak tahan lembu korban yang tengah kena sembelih tok imam.

"Macha, tariklah itu pintu" aku terdengar suara misteri terawang-awang dan memasuki liang separa bulat dalam telinga aku. Aku menarik pintu itu dengan manja. Terus terbuka tanpa ada halangan. Rupa-rupanya, perkara ringkas seperti membuka pintu akan menjadi berat jika yang membuka itu mempunyai IQ macam keldai.

Aku menjejakkan kaki ke dalam kedai yang spooky itu. Langsung tak kemas keadaan dalamnya. Kalau eric chia datang kedai ni, mesti dia pun serender. Terus kemas seluar baju pindah hongkong. Aku cuba carik-carik mana tau ada kesan darah yang cuba disembunyikan ke, tetapi gagal. Aku cuba duduk diantara timbunan surat kabar tamil nesan.

Sedang aku berkira-kira nak keluar, pintu kedai terbuka dan muncullah pakcik macha masuk ke dalam kedai dengan langkah seperti pendekar. Cuma sangkak tang selipar je. Bunyik kecepap kecepap tu langsung tidak memberi dorongan sewajarnya untuk orang mengidola kan beliau.

Aiseyman.. camne aku nak kuar ni?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bakal bersambung kalau umur panjang
oleh braderdiego2

Wednesday, March 3, 2010

Penerangan

Nampaknya korang masih biol lagi fikir pasal entry aku sebelum ini. Takpe, aku kasik korang masa untuk bertenang. Aku pulak dah habis baca semua entry yang dego tulis sebelum ni. Kesimpulannya cuma satu - pemalas. Dalam sebulan cuma ada 8 entry je yang paling banyak. Malas macam arnab. Ada hati nak jadi kaya pula tu yang aku heran.

Aku penah jugak tanya kenapa tak taruk add nuffnang ke, adsense ke, korang tau apa dia tanya aku balik?

"Camne nak taruk? Dan apa faedah yang gua dapat?" rasa macam nak melurukan kaki ke arah perut dia je time tu.

Ok dah lupakanlah dego tu yek. Korang tumpukan perhatian kat aku pulak, si braderdiego2. Aku pun tak kurang tampan jugak.

Nway, apa yang biasanya korang cerita dalam blog ek??

yang benar,
braderdiego2.

Tuesday, March 2, 2010

Pengambilalihan

Yo korang semua. Mulai harini, aku telah rampas blog ni dari dego. Dia dah malas nak menaip. Nak konsentret keje katanya. Dego suruh aku tuka konsep blog ini kepada blog berunsur manja, islamik dan informatif. Aku cakap balik tengoklah kalau aku rajin nanti.

Benda pertama yang aku buat adalah tukar password blog ni. Aku kasik hint kat dego. Password itu adalah 'janganharapXXXXXX' tapi dalam bahasa vietnam. XXXXXX itu mewakili nombor pin kad ATM aku. Jadi, kalau teringin nak login, silalah carik sendiri, jangan malas-malas.

So, dego ni rajin review blog orang ye. Kalini biar aku yang review blog ko sendiri yang sekarang ni dah jadi blog aku. Pendek kata, biar aku review blog aku sendiri yang ditulis oleh dego sebelum ini. Kalau nak pendek lagi, aku nak review blog ini.

1. Blog ini hampeh, buang masa dan kecah.
2. Blog ini tiada sebarang faedah.
3. Blog ini tidak menarik.

Sekian.

Anyway, dego kem salam korang semua. Dia berdoa hidup korang ceria selalu. Dia pesan jugak, jangan buang masa baca blog braderdiego. Perangai busuk hati tak ubah

Semoga korang semua dapat bersama-sama aku sehingga aku boring tulis blog dan menyerahkan blog ini kepada kutu yang lain.

zassssssss.....

yang benar,
braderdiego2.

Monday, February 22, 2010

Ayam - Part 1.1

Nilai, 10.45 pagi.

"Makkk.. ooo maakkkk. Makkkkkkkkk" kedengaran suara Jamsari yang baru berusia 2 tahun dari ruang tamu

"Maaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk"

Makcik Peah terkedek-kedek membawa tubuhnya yang berat menuju ke arah suara.

"Kenapa Jem??" Makcik Peah bertanya. Mengahnya tak hilang lagi.

"Nihaa mak, tivi dah rosak ni. Jem tekan-tekan tak keluar pun gambar" Jamsari cuba menerangkan bersungguh-sungguh.

Makcik Peah meletakkan sudip nasi yang dibawanya sekali secara tidak sengaja di atas tivi. Dia cuba memeriksa tivi penesonik yang Pakcik Johari beli setahun lepas. Tengah mode standby.

"Mari sini rimot kontrol tu". Rimot kontrol bertukar tangan. Makcik Peah cuba menekan beberapa butang. Tivi masih tiada progress yang memberangsangkan.

Takkan bateri habis kot, baru dua hari lepas tukar baru, bisik hati Makcik Peah. Diterbalikkan rimot tersebut dan dicungkilnya cover bateri.

"Astaghfirullah".. beristighfar Makcik Peah.

"Kenapa mak?"

"Ayah kau ni ha.. Bateri ni, mak dah suruh beli yang tahan sikit. Tapi dibelinya yang CAP AYAM jugakkk. Ishhh" marah betul nampaknya Makcik Peah.

"Makk??"

"Yee.. apa lagi?"

"Bateghi tu apa mak??"

.....

cerita tamat....

Thursday, February 18, 2010

Ayam - Part 1.0

Bukan main gembira lagi Supian hari itu. Perasannya, dialah organisma yang paling kaya di kalangan geng-geng sekampungnya, di Kampung Parit Punggur, Muar. Mana taknya, dia baru pulang dari Kuala Lumpur dan telah membeli sebijik portable DVD player brand Midea, model FX 121i.

Masa mula-mula bukak kotak portable DVD itu, penuh geng-gengnya berkumpul di sekeliling. Pertama kali dalam hidup mereka dapat tengok menatang yang bernama portable DVD. Menurut rumors, manusia masih dapat menonton DVD walaupun time tengah takde karen. Terlalu hebat betul portable DVD ni bagi mereka.

Supian membuka plastik bergelembung udara kecik-kecik yang membaluti badan portable DVD tersebut. Berebut-rebut geng Supian cuba merampas plastik gelembung udara itu. Masing-masing memicit gelembung udara itu sehingga mengeluarkan letupan kecil. Puas betul rasanya.

Supian menyambung wayar-wayar apa yang patut, dan setelah menyemak manual, supian menyambungkan plug kuasa dan mengecas portable dvd itu selama 2 jam. Geng-geng supian masih setia menunggu, tak sabar-sabar untuk menonton DVD hindustan yang tengah top ketika itu bertajuk 'Cabbuti Buluku'. Supian tidak mahu tergesa-gesa. Prinsip hidupnya, 'tergesa-gesa membawa keburukan' dipegang ketat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sementara menunggu portable DVD siap charge, Supian dan geng-geng beliau menghabiskan masa dengan berborak-borak kosong yang tiada matlamat.

Dua jam berlalu.

Kini Supian dan geng-gengnya sekali lagi berkumpul mengerumuni portable DVD yang baru tersebut. Muka masing masing jelas sekali jakun. Di mulakan dengan Bismillah, Supian membuka penutup DVD player dan memasukkan DVD cerita 'Cabbuti Buluku' dengan berhati-hati. Bateri indicator menunjukkan bateri telah penuh dicas.

"Fuhhh".. Supian meniup tapak tangannya yang sudah mulai berpeluh. Digosok-gosoknya beberapa kali. Setelah gemuruh dalam jiwanya hilang, Supian pun menekan butang 'ON'. Geng-gengnya yang lain dah setat berhenti kelip mata. Rugi kalau ngam-ngam time tengah kelip mata tu, movie tiba-tiba pula muncul.

Beberapa ketika...

Skrin portable DVD player masih lagi memaparkan kegelapan. Tiada apa yang berlaku. Supian kali ini sudah mula berpeluh satu badan. "Apa cer ni?" bentak hatinya. Geng-geng Supian pula dah menunjukkan tanda-tanda kecewa. Ada yang menguap, ada yang merenggangkan badan, 2-3 orang yang lain dah menyalakan rokok tanda protes. Air kopi 434 dalam gelas mulai di capai semula.

Supian menekan-nekan beberapa butang yang ada di portable DVD player itu. Berkali-kali beliau mencuba tapi keadaan masih sama. Sekali sekala, Supian membelek manual atas bawah dan kelihatan macam faham benar.

"Beb, apa pasal ni beb?" sapa geng 1.

"Gua dah tak saba-saba nak tengok ni beb" geng 2 menyambung.

"Betul ke ko punya DVD player ni Yan?" geng 4 pula menyampuk.

Supian tidak menjawab. Masih lagi membelek manual.

"Aku rasa ko ni beli DVD player CAP AYAM lah Yan. Hahahaha" cabul betul mulut geng 3.

"Betullah, CAP AYAM. Memanglah senang rosak" sambung geng entah nombor berapa.

"kahkahkahahahahihihi"

cerita tamat.

bersambung part 1.1