Tuesday, July 7, 2009

Weken Yang Gelap (part 2)

(sambungan dari part 1)

Setelah membuat pertimbangan sewajarnya serta buat analisa buruk baik, kesan-kesan terhadap kehidupan aku, aku pun bersetuju dengan cadangan aku sendiri. kapet ini perlu dibersihkan.

dengan hanya memakai boxer yang aku beli di pasaraya giant, dan juga selipar rumah yang aku pow dari hotel mana entah, aku bersiap sedia. sapu-sapu lebih kurang, ketepikan segala jenis barang yang bersepah atas kapet aku seperti botol-botol kosong, bungkusan makanan ringan yang dah bersemut dan daun terup yang ada gambar gadis. terdapat juga beberapa puntung rokok. konfem ni mesti kes baling tak masuk ashray ni.

aku dah ready. aku lipat karpet tu beberapa kali sehingga saiz dia ngam-ngam macam saiz guni beras 20 kilo. habuk-habuk mula berterbangan dan memasuki rongga paru-paru aku. aku dapat bayangkan kuman-kuman dari habuk ni tengah sebok bergaduhan dengan nikotin dari rokok yang aku hisap tadi. berlumba-lumba mana satu yang bole membunuh aku dengan lebih pantas.

terdapat beberapa keping siling 1 sen dengan 10 sen duit singapura. dan aku dapat detect seekor bangkai cicak yang dah leper, memeluk erat part bawah kapet aku taknak lepas.

"heh!" aku tersenyum sinis. terkenang aku peristiwa hari selasa lepas, di mana aku melancarkan perang besar-besaran terhadap cicak-cicak yang dah buat rumah aku macam toilet supermarket. bila ada seekor dah sedekahkah sebutir tahi - berbentuk lonjong , kaler hitam ada putih di hujung - ke dalam nasi bungkus yang aku beli, aku buat keputusan yang enough is enough.
dengan berbekalkan getah posmen yang putih besar, aku berjaya melastik dan memberkas 2 ekor cicak.
aku kurung cicak tersebut dalam botol bekas mayonis yang masih ada baki mayonis sikit-sikit. tebuk lubang kecik untuk mereka bernafas. lepas tu, aku hembus asap rokok dalam lubang pernafasan botol tu. heh..
bila mereka dah tak bermaya, aku tangkap seekor dan letak atas sterika yang panas. memang straight masak cicak tu, mengeluarkan bau lazat sebijik macam bau piza super supreme.
yang seekor lagi aku telentangkan kat bawah kapet, hempap dengan kapet dan letak sofa di atasnya. bila difikir-fikir semula, memang berjaya betul operasi aku malam tu.

selesai lipat kapet, aku bubuh kat depan tv. berpeluh-peluh juga aktiviti melipat kapet ni. teringin pula aku nak bagi reward kepada kerongkong aku yang dahaga. teh o lemon bubuh ais pun macam menggairahan juga.

Destinasi aku seterusnya ke dapur lagi. dengan menyeret habuk kapet bersama, aku melangkah longlai ke pintu gerbang dapur. ambil air panas dari water dispenser aku yang dah berkarat, rendam sekeping perencah teh bo, bubuh gula sesudu. godak kasi rata punya. buang sisa rencah teh bo dalam sinki. "2-3 minggu lagi reputla benda ni, malas pula aku nak buang" aku berfikir.

buka peti sejuk. aroma ikan yang dah tak segar menorobos ke lubang mukus hidung aku. disebabkan dah biasa, aku tak hirau pun bau tersebut. mata aku melilau cari ais. dan secara on-the-spot aku teringat sesuatu. tuhari, member-member aku datang rumah menjadikan ais aku bahan gurauan mereka dengan meletakkan dalam kain aku waktu aku tido. ada seorang tu kenyang juga makan penerajang refleks aku.

aku alihkan perhatian ke arah buah lemon pula. memang sahlah tiada. tak pernah pula dalam sejarah hidup aku beli lemon. kenapala aku tak terfikir tadi.

air panas lagi. ok. aku buang air tu separuh cawan. gantikan dengan air paip kasik penuh. dan aku hidup. haus punya pasal, tiga kali togok habis licin air teh o karat klorin kuman semuanya ada tu.

masa untuk mandi. ini adalah aktiviti yang aku tak boleh pandang ringan. aku memang gemar aktiviti ini disebabkan masa mandi inilah aku suka berfantasi liar. air aku buka full volume, mencurah-curah turun dari shower. aku kasi sabun rata-rata kasi bersih wangi. mood aku nak bersyampu pula, aku layan.

tiba-tiba bilik air aku senyap. makhluk mana pula yang nak pedajalkan aku ni? dengan mata ada pedih-pedih kena syampu, aku cuba pusing-pusingkan kepala paip. dua tiga kali cuba try test, kondisi tetap sama, air tak keluar.

aku cuba tenangkan diri. aku tau di saat-saat macam ni, perkara paling penting adalah bertenang...

(bersambung lagi...)

5 comments:

ana said...

bile novel u nak siap nie?

FdausAmad said...

lu nak buat cerpen bersiri ka brader?

DaN sAya FaNA said...

ape ke malang ler..

adoi ~

FdausAmad said...

woiii..mana sambung dia?

Brader Diego said...

tenang.. ada lg 10 part baru abis