Sunday, March 13, 2011

Negara Lain - Episod 1

Baru-baru ni, gua dikerahkan untuk ke Singapura atas urusan kerja. Asalnya gua membantah. Sebabnya gua anggap Singapura adalah musuh ketat gua. Tapi oleh kerna tak mahu kena buang kerja, gua pun akur.

Gua berada di Singapura selama seminggu. Gua dapat tengok cara kerja, cara hidup, cara berpakaian, dan berbagai-bagai cara lagi yang berbeza dengan Malaysia.

Tapi yang paling berbeza, adalah dari sudut kebersihan. Bagi gua, negara Singapura ni adalah gila babi bersih nak mati. Kat mana-mana pun bersih. Sampai tempat pembuangan sampah pun bersih. Bas awam diorang, nampak macam di mop hari-hari.

Bila gua masuk balik Johor Bahru ari jumaat lepas, satu benda je yang gua pikir, yang tak pernah gua pikir sebelum pergi Singapura. Iaitu:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Apsal kotor sangat Malaysia ni??????

3 comments:

LS said...

org malaysia tak kenal tong sampah.

eJAI said...

betul2...gua setuju ngan lu. macam takde sezarah sampah je kat spore tuh..

BraderDiego said...

eJai lu ni, janganlah ekstrim sampai camtu sekali