Jam menunjukkan tepat pukul 4.30. Gua dah terbaring depan televisyen sambil kaki bersilang takde adab. Kat sebelah tempat perbaringan gua, ada sepiring jemput-jemput pisang yang masih panas. Gua seludup dari dapur tatkala kakak gua sibuk menggoreng tadi. Sementara di luar, hujan masih lagi turun renyai-renyai.
Gua berdebar-debar. Di kaca televisen tengah memaparkan iklan susu dumex. Masa zaman tu, teknologi DHA + HDA yang dapat membantu mencantumkan sel-sel otak supaya budak kecik-kecik lagi dah pandai, belum wujud. Mungkin sebab tu budak-budak zaman gua dulu selamba je main parit tak rasa geli pun. Jalan tak pakai selipar. Tah tahu berbahasa inggeris.
Minggu lepas cuaca baik, jadi gua tak dapat nak tengok. Menurut beberapa kawan gua yang berkesempatan tengok, diorang cerita yang Cun telah mencipta teknik baru. "Semesolt berputar" macam tu bunyiknya. Gua makin tak sabar.
Akhirnya rancangan yang gua tunggu muncul jua. "Maerooo Attackkkk." Televisyen berkumandang.
Gua jadi teruja tak tentu pasal. Tanpa menyedari bahaya menghampiri gua dari belakang...
(bersambung tahun hadapan)
Saturday, January 19, 2013
Friday, January 18, 2013
Surat Kabar
Sebentar tadi, kawan gua ada hantar keratan akhbar yang mengandungi wajah cik epal. Serta merta gua terus teringat yang gua masih ada blog rupanya.
Gambar tersebut adalah seperti rajah di bawah:
Gambar tersebut adalah seperti rajah di bawah:
Barulah tau rupa-rupanya cik epal ni jaguh sukan. dan muka dia dah licin.
Tahniah di ucapkan
Tuesday, July 10, 2012
Blog Mati
Korang penah tengok blog hidup segan tapi tak mati-mati?
Haa.. korang tengah melayari blog tersebut sekarang ni.
Haa.. korang tengah melayari blog tersebut sekarang ni.
Saturday, October 22, 2011
Dewan Pelajar
Masa zaman gua belum reti mencarut dulu2, gua selalu baca Dewan Pelajar. Sebenarnya, lebih kepada dipaksa oleh mak gua. Rumah gua ada langgan majalah ni dalam kadar langganan tahunan. Jadi, dah keluar duit langgan tu maka kena lah baca kalau tak kena pelupuh dengan salur getah.

Perhatikan harga dia kemudian sila respek
Sebenarnya, selain dewan pelajar rumah gua pun ada banyak majalah gila-gila. Tapi majalah gila-gila hanya bole baca secara sulit. Tempat yang ideal adalah bawah katil, ataupun seberang parit belakang rumah. Kalau dijumpai oleh mak gua, nescaya akan dibelanja tali pinggang mahupun hanger.
Berbalik kepada Dewan Pelajar. Sebenarnya, antara ruang yang gua minat adalah ruangan 'karya pembaca', lebih kurang mcm tu bunyiknya. Budak-budak kecik yang suka impress akan hanta sama ada lukisan dan cerpen ke ruangan ini. Lepas tu kalau dapat keluar majalah boleh brag kat sekolah, disayangi guru dan berkemungkinan besar akan dilantik jadi pengawas.
Cuma yang dalam ruangan ni, gua paling rage kalau ada spoilt brat yang buat karangan fantasi biography. Contohnya, 'Aku sepasang kasut', 'Aku sebijik bola' macam tu. Jalan ceritanya semua sama. Dilahirkan di kilang - disayangi pada awal - tuan dapat barang baru - dibuang dalam tong sampah - berakhir hayat. So lame!
Gua pikir masa tu setakat masuk dalam tong sampah belum mati lagi beb. Dari tong sampah, lori sampah akan datang angkut. Kemudian biasanya tukang angkat sampah akan selongkar sampah tu dan kalau ada barang kelihatan agak bermutu dia akan asingkan untuk kegunaan peribadi. Kemudian lori sampah langgar bonggol, terjatuh dari lori. Masuk parit, di hanyutkan ke sungai. Tersangkut tepi sungai, anjing gonggong. Dan akhirnya, anjing tersebut menjadi tuan yang baru. Kan segar idea itu.
Habis tu kenapa gua tak tulis sendiri dan hantar ke dewan pelajar? Senang je jawapannya. Pertama, tulisan gua tak lawa. Kedua, sebab malas.
Persoalannya, kenapa gua tiba-tiba cerita pasal dewan pelajar pulak ni? Entah gua pun tak tau
Thursday, September 29, 2011
Sarapan
Ada member gua bagitau makan paling penting dalam seharian adalah sarapan pagi.
Gua taknak percaya kenyataan tahyul tersebut.
Sebabnya adalah dalam hidup gua, gua selalu betul miss sarapan.
Kalau sarapan tu penting, gua mesti tak miss punya.
Gua taknak percaya kenyataan tahyul tersebut.
Sebabnya adalah dalam hidup gua, gua selalu betul miss sarapan.
Kalau sarapan tu penting, gua mesti tak miss punya.
Monday, May 9, 2011
Eropah
Gua nak berlepas ke Eropah malam ni.
Doakan gua berjaya cebok berak guna tisu gulung. Mudah-mudahan berjaya
Wednesday, March 23, 2011
Masalah Semasa
Gua ada satu masalah yang baru terjadi kepada gua. Orang cakap, kalau ada masalah eloklah share supaya orang lain pun boleh dapat masalah sama. Oke, ceritanya begini:
Gua tengok, dompet gua cengkung disebabkan mengalami sindrom akhir bulan. Nipis betul. Yang ada cuma resit beli benda tak berfaedah, duit siling beberapa keping dan kad nama beberapa premis rumah urut di Kuala Lumpur.
Oleh kerana kesian, maka gua pun keluarkan duit dari ATM Maybank sebanyak RM 1500. Masa ambil duit, gua malas nak kira, lalu bubuh segugus duit tersebut kedalam dompet gua. Skang, dompet gua dah chubby sikit, so gua pun riang.
Gua pergi ke Bank Hong Leong untuk bayar duit riba' kereta menggunakan mesin deposit. Tanpa mengira duit, gua keluarkan duit dari dompet gua menggunakan method 'agak-agak'. Gua campakkan di tempat masuk duit yang sedia ternganga.
Di skrin mesin, keluarlah jumlah RM1000. Gua bersetuju seraya menekan butang yes. Gua menunggu beberapa saat sementara mesin tersebut menelan duit gua dengan lahap. Gua ambil resit dan gua meneruskan perjalanan ke rumah gua.
Di rumah, gua keluarkan semula duit dan mengira baki. Setelah mengasingkan resit-resit yang menyemak dalam dompet gua, dan simpan duit siling dalam tabung arnab, alangkah beruknya gua bila mendapati belen gua adalah RM600. Gua tenangkan diri dengan membaca selawat 3x dan berlari setempat selama beberapa minit. Namun setelah beberapa kali mengira, baki masih lagi RM600.
Sekarang ni duit gua sudah ada tambahan RM100. Mana datang ni? Adakah mesin ATM yang terlebih pemurah kasi duit lebih kat gua buat belanja barang dapur? Ataupun mesin deposit yang salah kira? Adakah gua termasukkan resit beli barang tak berguna dalam mesin deposit lalu mesin deposit itu kawtim cincai kira kawan-kawan? Kepada sesiapa yang kerja servis mesin ATM, ni macam mana nak kira ni?
Ataupun...
Gua takyah anggap benda ni masalah dan meneruskan kehidupan seperti biasa? Anggap sahaja benda ni lumrah dalam kehidupan. Macam tu ke?
Monday, March 14, 2011
Negara Lain - Episod 2
Masa merempat di Singapura, gua lepak di area Orchard, iaitu di tempat shopping orang-orang banyak duit. Gua rasa malu jugak sebenarnya. Sebab gua rasa gua paling miskin kalau dikira dari segi wang simpanan ASB.
Tempat kerja sementara gua adalah di Joo Koon, iaitu lebih kurang 25km dari tempat penginapan gua. Gua hari-hari pergi kerja naik MRT, sambil berhimpit-himpit dengan amoi genit. Perasaan bahagia tu memang tak usah cerita. Bak kata pepatah gua, citer banyak tak guna.
Sebagai pencinta amoi genit yang sejati, gua memang menghadapi masalah di Kuala Lumpur. Sebabnya, di bangunan tempat gua kerja, amoi genit memang spesis exotik susah mau jumpa. Tapi di dalam MRT di Singapura, setiap kali gua kalih tengkuk gua, gua dapat lihat amoi genit. Ini memang sangat bersesuaian dengan kecintaan gua.
Anyway, dalam seminggu gua berada di Singapura dan berdasarkan pemerhatian gua yang tajam dan pervert, gua dapat membuat beberapa kesimpulan yang agak tepat.
Orang Singapura terbahagi 2 :
1. Orang yang memiliki i-phone
2. Orang yang memiliki selain i-phone
Seterusnya, bangsa di Singapura terbahagi 2:
1. Orang cina
2. lain-lain
Orang cina terbahagi 2:
1. Lelaki (tak penting, maka takkan dihuraikan dengan lebih lanjut)
2. Wanita
Amoi-amoi di Singapura terbahagi kepada 2:
1. Yang pakai skirt
2. Pakai seluar panjang
Yang pakai skirt terbahagi kepada:
1. Skirt pendek yang nampak peha gebu. Itu sahaja
Mereka-mereka memakai blouse / tshirt terbahagi kepada 2:
1. Yang lubang leher kecil
2. Yang menampakkan lurah kebahagiaan
Amoi-amoi genit kebanyakkannya mempunyai rambut yang:
1. Kaler perang
2. Hightlight
3. Maroon
4. Rambut kaler asli (<1%)
Dalam MRT, inilah aktiviti rakyat singapura:
1. Pakai earphone dengar lagu (78%)
2. Pakai earphone dengar ceramah ustaz Kazim (none)
3. Main game di telefon (49%)
4. Tidur (7%)
5. Memerhati peta stesen MRT di atas pintu (65%)
Rakyat Malaysia pula buat aktiviti berikut:
1. Usha amoi-amoi genit Singapura (gua la tu)
Anyway, kepada sesiapa yang mahu meluaskan pemandangan, gua cadangkan pergilah Singapura. Seriusly memang akan terbuka minda lu orang, betapa tersusunnya perancangan negara diorang. Dan betapa gebunya peha amoi-amoi mereka.
Oleh kerana citer banyak tak guna, gua cauuu dulu.
Sunday, March 13, 2011
Negara Lain - Episod 1
Baru-baru ni, gua dikerahkan untuk ke Singapura atas urusan kerja. Asalnya gua membantah. Sebabnya gua anggap Singapura adalah musuh ketat gua. Tapi oleh kerna tak mahu kena buang kerja, gua pun akur.
Gua berada di Singapura selama seminggu. Gua dapat tengok cara kerja, cara hidup, cara berpakaian, dan berbagai-bagai cara lagi yang berbeza dengan Malaysia.
Tapi yang paling berbeza, adalah dari sudut kebersihan. Bagi gua, negara Singapura ni adalah gila babi bersih nak mati. Kat mana-mana pun bersih. Sampai tempat pembuangan sampah pun bersih. Bas awam diorang, nampak macam di mop hari-hari.
Bila gua masuk balik Johor Bahru ari jumaat lepas, satu benda je yang gua pikir, yang tak pernah gua pikir sebelum pergi Singapura. Iaitu:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apsal kotor sangat Malaysia ni??????
Wednesday, March 9, 2011
Blog yang popular
SILA SANGKAL KENYATAAN GUA DI BAWAH KALAU BERANI:
Gua rasa, blog-blog yang paling naik sekarang ni mesti ada ciri-ciri berikut:
1. Blog gadis
2. Gadis itu genit
3. Gadis yang genit itu suka ambil gambar secara kamerajalang
4. Gadis genit itu memuat turunkan gambar yang di ambil secara kamerajalang dalam blog sendiri sambil bubuh caption seolah-olah merendah diri tapi boleh trigger orang lain memuji. Contohnya : "Ishh, muka I dah gemuk tawww" dan pembaca lain akan balas "Mana ada, awak cantik je muka pun licin. Bole share tak pakai produk pembersih muka apa?"
Eheh.....
Wednesday, March 2, 2011
Twiter?
Apa bondo sebenarnya twitter ni? Apsal cacamarba je gua lihat macam tiada jalan cerita yang khusus. Lagipun takde gambar gadis genit.
~nampak sangat gua yang ketinggalan zaman sebenarnya~
Monday, February 28, 2011
Febbuari
Yup, betul.
Inilah entry untuk bulan Febbuari.
Maka dengan ini, cukuplah kuota gua update sebulan sekali
Thursday, January 6, 2011
Blog Review Mengejut : Blog Hitam Putih
Sikit lah punya lama gua tunggu, tak muncul-muncul lagi episod blog review yang telah dicanangkan oleh kolik gua, fdausamad. Gua tak pasti sama ada beliau betul-betul bizi ataupun sudah terpengaruh dalam acara lagha yang lain. Oleh kerana itu, gua buat keputusan untuk review blog beliau sambil menyuntik unsur gurauan kasar member-member.
Nama blog : Sembang Kencang
Konsep : Blog cerita muda-muda dan cerita harian yang tiada faedah
Bahasa : Ibunda
Followers : 2289 orang
Kekerapan Update : Sekarang dah kurang
----------------------------------------------------------------------------------
Blog beliau adalah antara blog yang cepat naik di kalangan penulis-penulis blog di area Semenanjung Malaysia ini mengikut statistik rekaan gua sendiri. Memulakan kareer pada May 2009, beliau pantas menambat hati ramai pembaca tegar mahupun stalker sehingga mampu mengumpul ribuan pengikut yang taksub dengan gaya tulisan beliau. Secara purata, belasan entry baru akan dimuatkan dalam blog ini saban bulan, iaitu kalau ikut kiraan matematik rendah, satu entry dalam masa dua hari. Memang menakjubkan bagi seorang penjawat jawatan tetap yang pergi ofis hari-hari sejauh 60km dari rumah.
Beliau asalnya start sebagai penulis picisan di notes fesbuk. Pada masa itu, penulisan beliau hanya dibaca oleh rakan-rakan sahaja. Tapi apakan daya, manusia memang tidak pernah puas. Lantaran godaan nafsu, beliau mewujudkan blog sembang kencang untuk menglobalkan hasil nukilan beliau. Dan kini, tulisan beliau boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengira rupa paras, keturunan, jumlah bulu kaki, dan level kolestrol dalam badan.
Tapi, blog beliau berkisarkan apa?
Macam ni gua cerita sikit. Kalau lu orang nak cari resepi cupcake paling style tahun lepas, ini bukan blog untuk lu. Kalau lu orang nak cari jenis rama-rama yang ada di taman negara, memang tak dapat juga. Secara majoriti, blog ini memaparkan kisah kehidupan beliau. Thats it. Tapi cerita apa?
Di awal kemunculan blog, beliau cenderung menceritakan kisah yang terjadi sebelum beliau tumbuh bulu ari-ari. Di pertengahannya pula, cerita beliau banyak terarah kepada kisah di sekolah dan juga di universiti. Lepas tu, mood beliau tengah naik bercerita tentang famili pula. Dan di akhir-akhir ni, dah tiada cerita sangat dah.
Kalau diperhati secara teliti dari sudut tersorok dan gelap, perkembangan blog beliau boleh disamakan dengan perniagaan MLM atau skim piramid. Mula-mula slow. Lepas tu dah 'up' sikit, makin galak gaya bercerita. Dah lama market dah tepu, slow balik. Bila dah slow, mulalah cover line tong teng tong teng kasi alasan. Dan sekarang ini, beliau menuduh tweeter sebagai penyebab penurunan kadar pengeluaran entry.
Sepanjang blog ini wujud, gua kira dah 3 kali beliau tuka blog layout. Tapi gua perati, penggunaan font putih dan background hitam masih dikekalkan. Jangan tak tau lu orang sekalian, muka beliau mungkin nampak ayu tapi bab lagu memang dahsyat. Seingat gua, selain daripada lagu "Rindu-rinduan jadi Kenangan - by Scoin", lagu lain yang beliau dengar semuanya ada kaitan dengan darah, mati, bunuh, pukul, cederakan haiwan peliharaan, tikam member dari belakang, dan seumpamanya. Dalam kenderaan beliau pun penuh dengan lagu-lagu sebegitu. Kalau tumpang kenderaan beliau, pakailah baju kalis beruang sekalipun, memang rasa hidup ni sangat singkat. Rasa nak terjun ikut tingkap pun ada.
Oklah, sebelum fitnah gua menjadi bertambah parah, eloklah gua buat kesimpulan tentang blog ini. Pada pendapat gua, blog beliau ini memang seronok di layan terutama sekali di waktu gundah gulana. Gaya penulisan beliau yang bersahaja dan suntikan unsur-unsur humor dalam ayat, menyebabkan pembaca khayal seperti baru lepas kena sepam ganja dan melupakan seketika masalah yang dihadapi. Ada sorang kolik gua yang baru kematian hamster kesayangan, bila baca blog beliau terus bersemangat meneruskan kehidupan. (kematian hamster itu memang trajis, nanti esok-esok gua cerita).
Itu sahaja setakat ini, citer banyak pun tak ada guna, gua ciouw dulu.
Sunday, December 5, 2010
Blog Review : Grand Finale
Yo lu orang, apa cer? Harini ada buat perkara yang mendatangkan pahala tak? Ada makan pelawas? Walau apa pun lu orang buat dan di mana jua lu orang berada, gua harap lu orang hepi dan sentiasa beriman.
Ini hari gua macam ada mud nak taip sket, so gua nak update sedikit pasal hala tuju blog ni. Gua rasa blog ni makin hari makin tak rupa blog dah. Macam sampah pun ada.
Gua sebenarnya mempunyai peribadi yang pemalas nak menulis atau menaip. Sebenarnya bukan itu je yang gua malas. Banyak lagi. Yang rajin hanya makan, tengok tivi dan berhibur. Dan memandangkan peribadi gua yang pemalas dan langsung tak boleh jadi role model kepada pasukan pengakap sekolah, maka sebenarnya, memiliki blog merupakan satu beban juga kepada gua.
Pada asalnya, gua memang tak berhasrat langsung nak buat blog ni. Gua terjebak setelah beberapa kali diugut oleh brader fdausamad dengan menggunakan kata nista terhadap gua (tipu). Jadi, sebenarnya gua dah terpengaruh oleh rakan sebaya lah ni ceritanya. Inilah satu lagi kualiti buruk yang gua ada - senang terpengaruh oleh rakan sebaya.
Di awal pembabitan gua, gua cuma target blog gua dibaca oleh rakan-rakan gua sahaja. Tak pernah terlintas di fikiran suci gua yang blog gua akan di baca oleh readers dari amerika syarikat dan juga korea selatan. Tapi jangkaan gua meleset. Rupanya, blog gua dah meresap sampai ke segenap perusuk bentuk muka bumi, daripada padang pasir, felda, kawasan pergunungan dan ibu kota. Entah macam mana lu orang boleh jumpa blog gua pun gua tak tau.
Ok citer banyak pun tak guna, gua mahu buat sedikit pengumuman yang tak mendebarkan langsung. Beberapa minggu yang lepas, henfon gua telah didatangi sms daripada brader fdausamad. Beliau telah menawarkan diri untuk meneruskan kesinambungan episod 'blog review' yang telah gua mulakan tahun lepas.
Ibarat pucuk dicita, amoi cantik mendatang - tanpa berlengah lagi gua pun terus sahaja bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada beliau. Beliau seolah-olah mengerti dengan kadar kemalasan yang gua hadapi sekarang, mungkin episod blog review ini akan berkubur begitu sahaja. Kalau nak tau lebih lanjut, silalah melayari sendiri DI SINI.
Gua percaya dibawah kendalian beliau dan klik2 beliau, episod blog review pasti akan diberi nafas baru yang lebih segar serta menarik untuk dibaca, dan yang penting konsisten. Kalau macam gua, post 4 bulan sekali pun tak guna jugak betul tak?
Jadi, adakah gua akan buat blog review lagi pada masa akan datang? most likely no. Tapi gua dah terfikir akan buat episod baru pulak. Episod baru ini gua gambarkan dengan lebih menyayat hati, diktator, pilih bulu dan mungkin akan diselitkan dengan unsur-unsur bidaah dan carutan ringan.
Itu sahaja untuk hari ni, gua berambus dulu.
Saturday, December 4, 2010
Ada yang tak kena

Cuba perhati gambar di atas dengan teliti. Kemudian, cuba fikir apa yang tak kena dalam gambar itew?
A) Suhu dalam peti sejuk macam tak berapa sejuk. Perlu diganti gas baru
B) Bakul buah kaler biru tak nampak style. Haruslah kaler merah celoreng putih
C) Sekarang dah tak musim letak roti gardenia dalam peti sejuk
D) Semuanya kelihatan normal sahaja
Friday, November 19, 2010
Barang Jumpa : Rumit
Pembaca yang budiman, cuba teka apa yang cuba disampaikan oleh papan amaran di bawah?

Siapa dapat teka dengan tepat lu memang sofistikated dan ada style.
Thursday, October 21, 2010
Diary 1 : Terapung Mesra
Gua memang betul-betul tak paham dengan kejadian pukul 3.08 ptg kelmarin. Bagi gua, perkara tersebut tak patut berlaku, apatah lagi dalam suasana yang mana kempen-kempen kesedaran dan hormat-menghormati sesama kaum sedang rancak berlangsung. Okeylah, manusia memang tak perfek kan? Gua setuju. Tapi apsal perkara tersebut berlaku betul-betul masa giliran gua?
Adakah sebab gua ni suwey?? Gua banyak mengguris perasaan gadis rupawan? Adakah ini balasan terhadap keterlanjuran gua memanggang anak itik jiran masa gua kecik dulu? Adakah sebab gua enggan membeli tisu dengan harga mark-up 500% oleh pakcik buta masa makan tengahari itu???
Gua akur yang gua memang ada buat silap. Gua bukan pipiyapong. Tapi jangan hukum gua sedemikian rupa. Janganlah biarkan gua seharian mencari makna yang tersirat disebalik kejadian yang berlaku.
Macam mana gua pikir pun keputusannya tetap sama. Tetap tak paham. Gua tak tau nak pikir dari angle mana lagi dah. Gua betul-betul tak paham.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.....kenapa gua perlu flush taik entah beruk mana yang berak kat toilet tingkat opis gua. Secara ringkas, spesifikasi tahi tersebut adalah seperti berikut: berdiameter 2.5 inci, ada sisa jagung sikit2 dan sayur yang masih sempurna rupa daunnya. Panjang lebih kurang 20 sentimeter. Memang besar gila babi ni gua tak tipu dow. Kalau bubuh dalam multipurpose cooker bersaiz sederhana pun belum tentu muat.
Tak keterlaluan rasanya kalau gua claim inilah tahi manusia yang paling besar pernah gua usha dalam hidup gua. Shit, rasa rendah diri pun ada.
Jadi, yang gua tak paham, taik dah sama besar macam ular sawa, apsal si pemberak boleh tak perasan kewujudan beliau? Kalau sayang sangat taknak flush elok lu bungkus bawak balik letak dalam akuarium. Hari-hari lu boleh tengok benda tu terapung dengan tenang.
Kesimpulannya disini, sila flush selepas berak sebab orang yang nak gunakan toilet selepas lu orang tak dibayar gaji untuk flushkan tahi lu orang.
Sekian, wassalam.
Friday, October 8, 2010
Kapitalis
2006, Oktober
"Bos, kasi Sampoerna kotak 14 satu"
"RM4.90"
"Weh, bukan government announce rokok sudah turun harga ka? Sekarang sudah jadi RM4.50"
"Ooo, ini stok lama laa. Stok baru sampai baru wa kasi harga turun"
"......."
2010, Semalam
"Bos, kasi Sampoerna satu"
"RM8.50"
"Weh, ini kan stok lama, apa pasal harga baru??"
"Ooo.. Semalam goverment announce kasi naik harga, wa kena kasi naik laa"
"Cibai Ang Trading punya kapitalis!!!!"
Saturday, September 25, 2010
Sampul Duit Raya
Mengkasi duit raya adalah lumrah bagi gua sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Gua dapat rasakan, kalau tak bagi budak-budak kecil duit raya seolah-olah seperti hidup didunia tiada tujuan. Itu tidak bagus sebab boleh mendatangkan sindrom kemurungan di hati kecil diri sendiri.
Tahun ni tak terkecuali. Tapi gua dapati, tugasan untuk memberi duit raya semakin mencabar sejak akhir-akhir ini. Pelbagai pancaroba perlu dilalui untuk mencapai tujuan memberi duit raya kepada budak kecil.
Ianya bermula sebelum raya. Gua berpegang kepada prinsip, kalau nak kasi duit raya, mesti dilakukan dengan bergaya. Duit yang ingin dikasi haruslah baru, kukuh, ampuh dan kuat berbau duit. Mengkasi duit yang dah lembik tidak bermaya serta penuh dengan kesan daki adalah perbuatan kurang wajar. Disebabkan prinsip yang enteng itu, maka gua perlu menukarkan sejumlah wang hasil titik peluh gua yang halal di bank kepada duit baru.
Di situlah muncul masalah pertama. Untuk menukar duit ini, gua perlulah menguatkan mujahadah diri beratur selama sejam di bank-bank terkemuka negara. Gua pernah masa muda-muda dulu cuba menukar duit di bank pertanian, tetapi di situ tiada perkhidmatan menukar duit. Kerani ketika itu siap sound gua "awak ingat ini bank ke nak tukar-tukar duit ni?" Gua konfius. (cerita tipu)
Walaubagaimanapun, segala jerih-pekih usaha beratur itu memang berbaloi. Duit baru beberapa gumpal tersebut memang sangat bahagia dipegang dan dihidu. Hidu bau makanan secara semberono semasa puasa kan makruh. Jadi, gua mengambil jalan alternatif yang indie dengan menghidu bau duit secara berlebihan semasa lapar. Percayalah, ianya berkesan mengurangkan lapar.
Bila nak kasi duit, perlulah ada sampulnya. Prinsip kedua gua adalah, duit raya yang dikasi haruslah mempunyai elemen private and confidential. Duit yang dikasi kepada budak kecil A tidak boleh diketahui oleh rakan sebelahnya, si B. Masalahnya adalah, bekalan sampul duit raya ini sangat terhad.
Gua terpaksa buat muka miskin di kaunter bank, barulah dapat segugus sampul yang mengandungi 10 helai sampul. Pihak ekonsef dan tesko seolah-olah tahu masalah gua ini. Lalu mereka melancarkan polisi berbelanja RM30 boleh dapat segugus sampul. Kalau mahu banyak, perlu berbelanja banyak. Perbuatan memanipulasikan sampul duit raya ini bagi gua adalah amalan yang keji. Dan gua tidak mahu bersekongkol dengan para kapitalis ini.
Sikap kedekut bank dan pasaraya mengongkong mengagihan sampul duit ini menyebabkan sampul duit raya menjadi barang rare pada gua. Gua hanya dapat beberapa gugus sampul sahaja. Nasib baik gua tidak mempunyai kegemaran menghidu sampul duit raya sebab tidak mahu dituduh tidak siuman.
Walaupun begitu, segala jerih-pekih kesusahan untuk mendapatkan sampul ini tidak dikongsi bersama oleh budak-budak kecil si penerima duit raya. Masalah ini dipandang enteng bagi mereka kadang-kadang menyebabkan gua berkecil hati. Buktinya, gua dapati, banyak sampul duit raya yang telah tiada isinya bersepah-sepah di jalan kampung gua semasa hari raya. Mereka hanya mementingkan isinya sahaja dan melupakan kulit luar. Memang dasar kacang lupakan kulit.
Untuk mengatasi masalah ini, gua membuat pembaharuan masa hari raya baru ini. Biasanya, budak-budak kecil yang tidak diketahui keturunannya akan jalan berkumpulan dan beri salam beramai-ramai dengan tajwid yang tunggang-langgang.
Gua layan macam biasa. Buat air macam biasa. Hidang kuih raya macam biasa. Agak-agak air dalam gelas dah tinggal sedikit, gua pun bertanya soalan mahal:
"Nak duit raya tak?"
"Nakkkkkk" jawab budak-budak kecil serentak. Memang dah tiada segan silu lagi. Masa gua budak-budak kecil dulu, pasti akan tersipu-sipu malu.
"Kalau nak duit raya, lu orang kena kasik gua sampulnya dulu. Tiada sampul, tiada wang"
Tatkala itu, gua dapati masing-masing dah mula menggelupur. Ini rupanya rupa penjenayah yang suka buang sampul duit merata-rata.
Sejak hari itu, gua dapati bersih sikit jalan kampung gua daripada sampul yang bersepah. Dan hidup gua mewah dengan sampul duit raya. Tak sangka tektik gua dapat menyelesaikan dua masalah dalam satu masa. Bak kata pepatah orang inggeris, baling dengan satu batu, yang terbunuh dua ekor burung.
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)