Monday, July 6, 2009

backstab vs. fronstab

pengertian : backstab dari segi syaraknya bermaksud tikam belakang

huraian : Bagi aku, member backstab member adalah lumrah. Perkara ni dah jadi pemandangan biasa, sama saja macam kita nampak orang nepal jadi pakgad, budak kecik belum sekolah taip sms, trafic jem kat jalan ampang.. biasa. orang dah tak hirau dah. budaya backstab member telah diterima pakai oleh masyarakat sebagai salah satu dari cabang budaya seni.

Aku selalu kena tikam member. sampai ke minit ini, aku rasa badan aku dah generate antibodi khas untuk mengabaikan tikaman member dari belakang. remeh saja. sampai aku akan rasa lebih tertekan kalau lalat hinggap belakang badan compare kalau member backstab.

tapi aku bukan nak cerita pasal backstab. aku nak cerita pasal frontstab, iaitu mengikut terjemahan secara straight, maksudnya tikam ikut depan. Ianya berlaku masa aku tingkatan 2, di sekolah dato sri amar diraja, muar iaitu di masa aku awal-awal baligh dulu. (minta maaf aku memang baligh lambat)

*****

Dalam kelas, pagi, waktu pendidikan jasmani (PJ). kelas aku kelas campur lelaki perempuan. bebudak pompuan dah ghaib dari kelas, pegi salin baju dan sebagainya. manakala kami yang jantan kabaret ni, cikgu PJ ada hal lain yang beliau dakwa lebih mustahak. nampak sangat kami ni hanya bilis picisan saja, tak penting langsung di mata cikgu.

hasilnya, kami duduk kelas sahaja sambil buat aktiviti biasa - borak borak kosong dan lain-lain lagi yang tidak berfaedah. cuma ada seorang dua saja yang kelihatan tekun buat keje, tapi sorang tu tengah lukis gambar robot, dan seorang tengah menyalin member punya kerja rumah.

aku pula asalkan cikgu tak masuk kelas memang ghairah habis. di waktu kejadian, aku sedang buka baju tanpa sebarang sebab yang matang, dan tengah berada di tempat seorang mamat kat belakang, dan sedang ketawa terbahak-bahak, seolah-olah baru lepas dengar jenaka paling lucu dalam malaysia.

tak semena-mena keadaan jadi senyap langsung. terlalu senyap kalau ada brader kentut perlahan-lahan dengan cara kontrol bukaan anus sekalipun dapat didengari. aku toleh pintu hadapan. terdapat satu lembaga berupa manusia yang tak berapa tinggi, berkupiah, berjambang pekat, bercekak pinggang dan mempunyai perut melayu 40-an sejati. kalau dalam filem holiwud, kemunculan watak ni biasanya akan disusuli dengan guruh petir berdentum dentam sebagai background belakang.

cikgu sheikh!

kus semangat. hampir gugur paru-paru aku. beliau yang terkenal dengan kegarangan total tengah berdiri ngam-ngam di pintu depan kelas, pandang tepat di tubuh aku dengan pandangan garang macam harimau tropika. menyeringai. serupa mau telan aku hidup-hidup. baru aku perasan cuma aku sorang yang berdiri, belenggeng*, dan tak berada di tempat sendiri.

slow-slow aku jalan ke meja aku, pakai baju, dan tunduk pandang meja tulis yang dah berconteng macam-macam. masing-masing tengah tunggu apa tindakan selanjutnya oleh cikgu sheikh. masa berlalu rasa terlalu perlahan. peluh dingin dah merembes di dahi, mengalir ke leher dan seterusnya melalui ketiak yang dah sedia hapak.

"awak bangun" suara pertama keluar dari bukaan rahang cikgu sheikh memecah kebuntuan. jari telunjuk beliau menghala tepat ke arah aku.

daripada angle tangan cikgu sheikh, ada kemungkinan jua dia menunjuk ke arah brader belakang aku. aku pandang belakang. terdapat brader yang lukis gambar robot tadi, konfem bukan dia yang cikgu suruh bangun.

"awaklah, tak payah buat-buat pandang belakang" - aku pasrah.

"saya ada dengar dari bawah, ada orang sebut SI@L kuat tadi. siapa?" sambung beliau.

ah sudah.. bila masa pula aku sebut perkataan keji tu. mak aku selalu pesan jangan sebut perkataan tak senonoh. masakan pula aku yang sebut.

"bukan saya cikgu" aku jawab perlahan.

"suara awaklah yang saya dengar tadi. awak yang paling kuat bercakap tadi" cikgu sheikh sambung lagi. aku dah start kecut perut. menggeletar kepala lutut aku. macam-macam soalan terlintas dalam otak aku.

aku kah yang cakap si@l td? macam mana aku bole tak perasan? kuat sangat kah aku ketawa? macam mana cikgu bole cam itu suara aku? adakah otak cikgu ada install voice recognition software yang bole detek itu adalah suara aku? adakah cikgu akan belanja aku penampar free barang sepam dua?

"Dalam kelas ni ada 4 orang pengawas. George (bukan nama sebenar) bangun. awak dengar siapa yang mencarut tadi?" beliau cuba mencari bukti soheh dengan memanggil sorang member aku yang berjawatan pengawas. Member bangun pelan-pelan.

"diego cikgu" george jawap perlahan sambil tunduk kepala.

"saripan bangun. siapa mencarut td?" cikgu sheikh cuba cari saksi kedua.

"diego" saripan (nama bukan sebenar) jawab sambil tunjuk ke arah aku. mata dia pandang tempat lain.

"bongek? suara tadi suara sapa" beliau masih maintain suara berdesibel tinggi.

"diego cikgu" jawab bongek (nama telah diubah).

aku dah tewas dalam mahkamah cikgu sheikh. mana aci panggil saksi yang tengah ketakutan. memanglah hentak kaki sikit dah goyang. lepas tu cikgu sheikh membebel entah apa, aku dah malas nak ambil pot. aku cuba memikirkan perkara indah untuk menenangkan diri. lepas puas membebel, beliau pun pegi. aku agak bernasib baik beliau tak tinggalkan trademark 'penampar arab bersilang' kat muka aku.

level stress kelas aku pun turun ke tahap normal. beberapa minit kemudian, george, saripan dan bongek datang tempat aku. minta ampun maaf seolah-olah macam datang beraya pula. katanya diorang tak tau pun siapa yang cakap si@l tadi, tapi tak terpaksa mengambil tindakan yang bersekongkol dengan cikgu sheikh disebabkan ketakutan.

sejurus kemudian datang pula member aku yang lain, rais namanya (nama sebenar). senyap-senyap dia bisik kat aku - "sori beb. tadi aku yang cakap si@l tadi"

cinabengggggggg....

*****

1. lepas peristiwa tu, kami semua masih kawan macam biasa. perkara kecil saja tu. cuma pengalaman frontstab dengan member sekelas agak sukar dilupakan
2. cikgu sheikh jadi rapat dgn budak kelas kami
3. aku dgn rais masih berkawan rapat sampai sekarang. nanti-nanti aku akan ceritakan perihal rais dengan lebih terperinci


-------
glosari:
- belenggeng = tak pakai baju

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dan sAya FaNa said...

WAAAAAAAAAAAAHAHHAHAHAHahaha..

ABG saya ker rupanya yg ckp si@l tu...!!

tak guna~

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~~~~~ (konon2 nak repot)