Monday, July 27, 2009

Gua dan Mafia Punya Hal

lama plak gua tak update blog. ok, kalini gua nak tuka gaya bahasa kepada lebih ganaz. gua-lu plak.

sebabnya simple. gua skang layan mafia wars kat facebook. so, mafia jenis hape yang cakap aku-kau, saya-awak plak kan? konpem nanti gua kena attack sepanjang masa oleh musuh-musuh mafia yang cemburu dengan harta gua yang melimpah ruah tersebut.

hari-hari keje gua buat job seperti bakar muzium, jual dadah sintetik, tangkap gambar curang, dan sebagainya. kiranya yang jahat-jahat bunyiknya. pastu dapat reward. duit reward tu gua buat beli perniagaan haram yang boleh generate duit haram. tapi duit haram gua tak buat makan. jadik darah daging beb. gua cuma makan guna duit halal. sebab gua sebenarnya ada perniagaan jualan runcit kecil-kecilan.

selain beli perniagaan, gua kena beli senjata canggih jugak. sebabnya, selain buat job, gua pun nak serang dan merompak mafia-mafia lain. kalau bernasib baik, gua menang pastu bole rampas pula duit mafia loser. kalau nasib tak baik, gua plak yang cedera parah dan duit gua kena sapu. paling gua tak tenang, kalau watak gua mati. pasal nanti meter experience ditolak. macam haram punya game.

macam biasa, gua main sewaktu opis hour kalau boss takde. kalau ada pun selamba je main, tapi kenalah cover line. penah jugak kantoi tak sempat Alt+Tab bukak page lain. bos gua gelak je kat belakang. cinabeng.

ok, gua berikrar untuk berhenti main mafia bila gua dah sampai level 200 nanti, iaitu estimate dalam 2 tahun lagi. lagipun, gua tak explore lagi job kat Cuba. kutu-kutu ni cakap lagi mencabar. kat sana macam ada kilang ganja dan ada perniagaan generate perasuah. tak ke sial namanya tu?

citer banyak tak gua. gua cau dulu.

2 comments:

Mimie.Candy Cane said...

aku baru je melawat blog on of ur fren,Bote..selepas sehari suntuk abeskan masa kt blog kawan ko tu.sgt terhibur rase.lpas tu tersinggah pulak kt blog ko yg wat aku tersengih sorang2 mcm org gile meroyan.keep it up!

terhibur lagi...

BajuKurung said...

ooo.. nk jd mafia.. ciri2 tu dh ade sket, cume tone kne jg, k.. pitching ade lari.. xpe, tu sume perlu byk latihan.. ahaks..