Wednesday, September 16, 2009

Perihal Emon dengan Blognya

Emon penah usha blog gua dan baca post ikhlas gua mengenai perkahwinan beliau dgn ecah. Dalam pada masa yang hampir sama, emon pun baca entry kat blog ijan, juga pasal beliau kawen.

Masa jumpa kat Muar, dia melontarkan ayat-ayat berikut kepada gua - "Oooo.. lu sama ijan kutuk gua kaw-kaw dlm blog korang ye. Siap kasik gua baju singlet kaler pink lagi!!"

Di masa itu, cuma ada satu benda saja terfikir dalam tengkuk pemikiran gua. IMPRESS. Macam mana emon bole jumpa blog gua pun gua heran. Emon, seorang manusia yang "weh, google tu apa?" boleh jumpa address dot blogspot. Bagi gua, itu kemajuan yang terlampau ekstrim sampai boleh menitiskan air mata.

Camne lu bole jumpa blog gua? - Gua

Bini gua yang bagitau. - Emon

Patutla. Skang gua bole bertenang. Tapi hati gua bergelojak semula selepas emon mengeluarkan kenyataan tegas berbaur ugutan yang berikut : "lu orang tunggu lah gua ada blog nanti, mmg gua balas balik ayat-ayat keji terhadap lu orang"

Gua impress sekali lagi. Dan gua siap boleh doakan semuga beliau jumpa link create a blog masa bukak page blogspot nanti....


3 comments:

Mohd Jalizan Ibrahim said...

Doa aku plak supaya dia jumpa tanda nokhta ketika menaip entry utk blog ....

aishah said...

ahahaha.. sokong ijan 1000%.

sambung gelak lagi. ahahaa

Anonymous said...

huhu..sian org nama emon.tp xpa sure emon akan berusah ada blog sndiri pas ni.