Tuesday, October 27, 2009

BBQ Trip ke Ulu Yam (Bruno trip)

Gua sebenarnya mcm berfikir banyak kali sebelum gua tulis entry ini kali. Bukannya apa, gua rasa macam tak kena pula player Mafia Wars level 395 mcm gua tergedik-gedik cerita pasal berkelah pula. Tapi member-member punya pasal, gua pun tabahkan hati gua. Untuk cover line, elok lah gua namakan perkelahan ini sebagai Bruno trip. *sape2 tak tau Bruno tu binatang apa, sila googlekan sendiri.

Biasanya orang selalu tanya, kenapa Ulu Yam? Well, asal dulu kitorang - budak2 project Mauritania - bercadang nak berkelah kat tepi sungai amazon. tapi takut ada yang cedera berdarah-darah kena gigit ikan pirana, so terpaksa buat kat ulu yam sahaja.

Tapi gua heran jugak. Kenapa asal tempat berkelah je, mesti pangkal nama dia ulu. ulu yam, ulu langat, ulu cepoh, ulu bendul. tak kreatif langsung. perkara ni walaupun nampak remeh, tapi gua still tak puas hati. dan bila gua tak puas hati, biasanya gua mesti nak salahkan seseorang. biasalah kan, sebagai melayu sejati, perangai salah menyalahkan orang lain memang dah menebal dalam diri gua. jadi dalam hal ini, gua nak salahkan goverment. biasalah kan??

Ok. Gua nak skip all the introduction. Kitorang gerak dari batu cave pukul 9 lebey, sampai kol 10 lebey. Tempat dia boleh tahan cun, tapi tempat mandi tak banyak.

Aktiviti pertama - membabi-Q kan semua haiwan mati yang di bawa bersama. ada ayam, daging, ikan, kentang, hotdog. semuanya terkulai kaku menanti untuk dibakar. tapi yang paling ghairah adalah UDANG beb. gua ulangi UDANG. asal buka sahaja tapawey putih berisi udang 3 kilo, masing-masing tengok muka macam dah hampir inzal. tukang beli, brader Feroz gua tengok muka kepuasan melihat member-member lain batak udang.

Feroz si brader udang dan Sinchan penaung segala Bruno

aktiviti bbq dilakukan secara berjemaah. masing-masing kalau boleh mahu kelihatan berjasa. tapi ada juga brader sangkak yang selamba katak saja duduk hisap rokok sambil makan sandwich roti murah buatan abg Sinchan. gua la tu orangnya. watak gua simple tapi kritikal. gua menguruskan pengaliran logistik barang-barang keperluan bbq seperti penyepit, sos bbq, marjerin dan seumpamanya. takkanlah gua nak list kan semua barang tu kan, apa benda lah lu orang ni.

Aktiviti berebut plastik sedang rancak berjalan

kasik senang cerita, lepas 2 jam aktiviti bakar membakar pun habis. tiba giliran mandi manda pula. di sinilah masing masing cuba untuk meniru aksi bruno. berpelukan, senggul-senggulan dan seumpamanya. oh ya, gua lupa nak bagitau. kami semuanya adalah lelaki. yang tak mandi adalah Sinchan dan Nyamuk. Alasan adalah tak bawak seluar. ala, bukan gua tak tau, malu nak tunjuk bulu dada laa tu.

gua kasik senang cerita, aktiviti mandi manda pun habis. lepas tu kami makan. lepas tu kemas. lepas tu balik.

amacam, detail tak cerita gua kali ni?

5 comments:

ana said...

tak ajakkk ponnnnn

Brader Diego said...

errr... Bruno trip tabley ada girl laa.. hihi

hafizshinchan said...

Hmm...aku sebagai ketua Bruno cawangan wangsa maju, bebangga ngan sakses trip ni. tapi ada bruno A yang wat2 senyap je dia bawak kerang...tapi x cakap.

bruno B plak bawak kek pisang tapi letak bawah kotak...

bruno C bawak ais tapi macam "ok aku da bawak ais, abessda tugas aku"

Papepun aku segan nak mandi sebab aku cukur bulu kaki aritu...licin u, i maluuuuu

Brader Diego said...

mama lafenggaa...

@km@r. said...

nak jawb soklan lu bro.kenapa tpt2 air terjun nama dia mula kat ulu.sebab sungai ada 3 peringkat.dn air terjun letak di peringkat hulu sungai.sekian terima kasih.
btw,kawan lu yg nama jt yg kerje geologist tu mesti tauu