Tuesday, October 27, 2009

Mandur, Nepal Kasta Rendah dan Maria Ozawa

Malam tadi, masa gua tengah khayal layan cerita Maria Ozawa, gua dengar ada bunyik suara brader kecah-kecah kat bawah. apartment gua tingkat 2 saja, so setakat bunyik kereta dan moto tu, macam santai saja bagi gua.

Tapi ini kali, bunyi macam orang berkelahi. ini sudah mengganggu gugat ketenangan awam. Bagi gua, ini adalah perkara yang tak boleh dibiarkan berleluasa sewenang-wenangnya.

Gua usha ikut beranda, gua nampak itu satu mamat kaum K sedang memarahi pakgad yang berbangsa nepal kasta rendah. Gua cuba memahami bahasa pusing-pusing mamat K tersebut secara struggle. apa yang gua dapat, si pakgad nepal kasta rendah ni tgh time rehat, dan tengah makan nasik lauk kuah kari campur sayur kobis. oleh sebab dia tengah rehat, dia bukaklah uniform putih, tinggal singlet sahaja. yang mamat K ni gua saspek adalah mandur segala pakgad kat area pandan perdana ni. Dan mamat K ni marah sebab si nepal ni tak pakai uniform.

"aku tangkap kau tak pakai baju lagi kalu, siap kau aku nanti tangkap kau kasik buang kerja"
itu antara dialog keras daripada mamat K.

Amacam, detail tak gua punya analisis? Gua rasa gua layak dah jadi detektif part time yang menyiasat aktiviti curang pasangan berumahtangga.

Maria Ozawa yang lengkap berpakaian sopan

Tergagap-gagap gua tengok pakgad nepal tu cuba mempertahankan diri. Yang mamat K tu pula bukan main berkuasa lagi gua tengok. terpekik terlolong dengan bahasa broken malay tu.

"Ini tak boleh jadi" getus hati gua. Gua dah kesian habis kat brader nepal tu. Yelah dia tu insan lemah yang cuma mencari rezeki di negara orang lain. Lepas tu diherdik dan dihina sedemikian rupa. Siap kena tolak-tolak lagi. Bagi gua, pakgad nepal tersebut adalah orang yang teraniaya. Dan doa orang teraniaya ni dimakbulkan Tuhan. Karang dia doa kasik runtuh apartment gua, gua juga yang susah nanti.

Gua turun, jalan perlahan-lahan menghala ke pondok pakgad. untuk menambahkan imej gerun yang lebih realistik, gua nyalakan rokok sampoerna sebatang dan selitkan antara jari telunjuk dan jari tengah. masa gua sampai pondok pakgad, mamat K masih lagi membebel dengan bahasa pusing-pusing.

"Yo brader" gua mulakan perbualan secara sopan.

Mamat K berhenti bercakap. pandangan dia tertumpu kearah gua.

"Lu punya suara, banyak kuat sampai atas boleh dengar. Gua mahu tidur pun tarak senang. Lu punya problem gua tarak peduli, tapi kalau mau setel, lu suara kasik perlahan laa. Mana lu punya semangat 1Malaysia?" gua cuba terapkan unsur-unsur bidaah kedalam jiwa mamat K tersebut. Beliau dah mula sengih-sengih.

"Sori boss, sori"

"Next time gua dengar lu punya suara sampai rumah gua, gua kasi tau management kasik tukar lu punya position" gua pulangkan balik ayat-ayat yang dia ckp ke brader nepal tadi. Tapi dengan nada yang lebih stabil dan lenggok bahasa yang lebih klasik.

"baik boss. sori"

Gua ketawa dalam hati "best betul jadi client ni"

Malam tu gua tidur tersenyum. tersenyum mengenangkan mamat K, nepal kasta rendah, dan yang paling penting, Maria Ozawa.


6 comments:

ana said...

tegar siol kau tegur derang.

syahidahariff said...

terbaik lah bro..

hafizshinchan said...

Maria Ozawa tu sapa eik...macam penah tengok. Owh Maria Ozawa, pelakon bang bang boom...ke plakon bang bus skolah kat astro tu

Anonymous said...

bajet cool gune gua dgn lu.masuk blog sokernet emo ntah pape.blaja ape tu spoofing dlu dol.cau

-hamba ALLAH

Anonymous said...

noob

penyokong sokernet said...

noob tak hengat! kau ni umur brape woi? macam gayat je