Thursday, February 11, 2010

Macam Mana Mau Mendapatkan Minyak (5M) - Episod 2

Laut China Selatan, 184 km dari pantai Kuala Terengganu.
3.50 petang.

------------------------------------------------------

Leman menyalakan sebatang rokok Sampoerna 'pow orang lain' menggunakan lighter 'pinjam tak pulang' dari membernya. Dihisapnya dalam-dalam menerobosi peparunya yang memang sudah sedia maklum berkarat dengan tar dan bahan-bahan kimia beracun yang lain. Kemudian, dihembuskan ke atmosfera dengan penuh nikmat. "Sedap betul" bisik hati Leman.

Angin petang itu berpuput-puput dengan ugahari kencangnya. Sesekali kelihatan angin sepoi-sepoi bahasa mempermainkan rambutnya yang sedikit kerinting ala orang asli.

Masuk hari ini, dah 29 hari Leman berada di atas kapal drilling T-22 yang bersaiz satu padang bola itu. Sebagai seorang 'Drilling Engineer', tugasnya adalah untuk memantau dan menyelia operasi 'drilling' iaitu satu aktiviti yang paling kritikal dan mahal dalam syarikat tempat beliau bekerja. Mana taknya, sewa sebijik kapal drilling seperti T-22 sahaja berharga USD 1 juta sehari termasuk barang-barang dan pekerja. Kalau buat back calculation, sesaat kapal ini berharga USD 11.57 dan seminit adalah 694 dollar amerika. Kiranya perbuatan 10 minit seperti berak, merokok dan bergossip atas kapal ini menelan sewa sebanyak USD 6,944 atau RM 24,000. Itulah aktiviti berak paling mahal dalam sejarah bumi.

Apa yang Leman dan pasukannya cuba korek di tengah laut macam orang gila itu adalah satu perigi yang disasarkan ke lokasi terdapat potensi hidrokarbon, atau kata lainnya minyak mentah dan gas. Lokasi perigi itu ditetapkan oleh geng geologist, yang telah dianalisis dan mendapat kelulusan terlebih dahulu. Kalau tak silap leman, Jabar Taliban antara orang yang berusaha sampai tak balik rumah untuk menganalisa lokasi ini. Apa yang Leman dan gengnya perlu buat adalah, plan elok-elok program untuk bawak kapal drilling ke lokasi ini, dan korek mengikut lokasi yang ditetapkan tanpa mengubah barang seinci pun.

Leman kenal juga si Jabar Taliban ni. Budak tu junior dia masa kat politeknik cheras dulu. Biasa orang panggil dia JT. Kecik je orangnya. Tapi perangai agak tak semenggah. Leman ada dengar cerita orang ofis yang JT ini buat presentation ke Management dengan memakai shawl. Leman tertanya-tanya juga, adakah management approve drilling campaign ini disebabkan kasihan ataupun tertarik dengan sense of humor JT.

Berbalik kepada aktiviti drilling. Results daripada aktiviti korek perigi ini akan diserahkan kepada brader-brader yang duduk kat ofis untuk dianalisa, buat model tanah 3-D, buat prediction, buat forecast, dan buat modal bergaduh dalam meeting. Itu Leman tak peduli. Yang penting, kerja dia siap dan tiada eksiden berlaku.

Malam ini, Leman menjangka yang mata gerudi akan sampai ke target area, iaitu lebih kurang 10,200 kaki menegak dari dasar laut. Bagi Leman, timing itu terlalu cemerlang kerana beliau akan balik hari esok. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah Leman untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu dengan matanya sendiri. Menurut laporan yang Leman baca sewaktu minum petang semalam, terdapat potensi minyak yang tinggi, iaitu ketiga terbanyak di Semenanjung Malaysia. Boleh juga dia tumpang berbangga terhadap peranannya sebagai antara orang pertama yang membuktikan kewujudan minyak di telaga itu. Walaupun rakyat Malaysia lain tak tau haprak pun tentang sumbangannya. 'Unsung Hero' bak kata orang Eropah.

Leman menyalakan rokok keduanya iaitu rokok suria. Hari-hari memang dia akan round galley sambil membawa bekas rokok aluminium berlambang 'Liverpool' untuk pow rokok-rokok kontraktor. Stok rokok 2 katun yang dibawa telah habis 3 hari lepas. Hari ini dia dapat pow 7 jenis rokok berlainan sebanyak 20 batang. Leman sebenarnya berpegang kepada prinsip 'Hisap rokok berlainan jenama boleh membahayakan kesihatan', tapi dalam kes-kes desperate macam kali ini, dia boleh kasi pengecualian pada diri sendiri.

Shift Leman lama lagi iaitu bermula pukul 6 petang. Leman dah merancang-rancang untuk pergi bilik gym lepas ini, lari-lari dan angkat angkat lebih kurang, lepas tu layan kartun pokemon di bilik tv, pegi galley untuk mentakedarah ciken cop sama kentang goreng sebelum baca report handover dari shift pagi. Baru boleh jadi pekerja yang seimbang rohani jasmani, bisik hati Leman.

Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi. Leman yang baru hisap rokok keduanya setengah batang terkesima seketika. Kapal drillingnya dirasakan bergegar dengan agak kuat. Dan berlanjutan untuk beberapa ketika.

Kebolehan Leman untuk berfikir terhenti sebentar. Gegaran berlanjutan yang tak pernah dialaminya selama ini mematikan kemampuan semulajadi manusianya itu. Tapi paniknya adalah untuk seketika. Setelah fikirannya kembali ke paras normal, dan adrelinanya tidak lagi membuak-buak, Leman sudah mampu berfikir secara waras. Leman mematikan rokoknya, dan berlari ke suatu arah. Dia tau, dia harus berbuat sesuatu....

6 comments:

HafizChan said...

jolojis salu jadik penglipur lara...pum pam pum pam cakap ada, tetiba drill air susu yg keluar....heh

naDia said...

mak aih..mahalnye kos drilling..no wonder gaji2 korang pun melambung2 gak . .

kucai said...

arrgghh...sambung la cita tue cpat..huhuhu

BraderDiego said...

Hafiz : Gua setuju dengan pendapat lu

Natea : Semua tu dunia semata-mata

kucai : Malas pulaklah beb

naDia said...

owh..dunia semata2..len kali belanje laa makan ke minum petang ke..leh dpt pahala..sambung ke akhirat skali..:P

kucai said...

cita x smbung lgik nie..huhuhuhu...dah 5 bulan aku tunggu...