Thursday, August 20, 2009

Gua Macam Lama Pula Tak Post

Gua lalu lalang kat opis gua pada satu pagi yang tenang. Ofismate gua tanya - woi, lu punya blog suda mau tutup ke?

Lepas habis main badminton semalam, ex-opismet gua macam tanya - lu punya blog aphal takde post baru?

Baru gua sedar yang gua dah agak lama tak usha blog gua ni. maklumlah gua terlalu kebizian dengan aktiviti-aktiviti harian gua. Dulu gua hanya main mafia wars saja. jadi, bolehlah gua curi-cuti masa update blog. masalahnya sekarang, bukan sahaja mafia, malah game restorant city dan farmville. Game-game ini telah demand masa yang lebih untuk konsentrasi dan membuat strategi.

Nampak gaya, gua mcm sudah berada dalam kesesatan yang nyata. sebelum keadaan menjadi semakin kritikal, gua updatela sket2 dulu ye.

Gua masukkan sekali link dari tiub-engkau punya website yang gua rasa keterlaluan lucunya. tapi dengan syarat lu orang kenalah paham bahasa inggeres. kalau tak, lu ternganga je.

So, citer banyak tak guna... lu orang layannnn





Monday, August 3, 2009

Gua nak ucapkan Tahniah

Gua memang tak rela tapi dah ditakdirkan gua dah ter-kawan dengan emon ni sejak gua tingkatan satu di sekolah dato sri amar, muar. kalau buat simple calculation, ada patblas tahun dah kawan dgn emon. 14 tahun!!!! sekali lagi kalau nak bandingkan dengan umur gua sekarang 27 tahun, maknanya gua dah habiskan lebih separuh hayat gua berkawan dengan beliau.

entah apa ke malangnya nasib gua, tapi ni bukan pilihan. gua dah kira-kira apa value added sepanjang kawan dengan emon, memang takde langsung.

tapi beliau still salah sorang member gua yang paling best. seingat gua:
1. kami tak penah bertumbuk
2. kami mempunyai taste terhadap wanita yang hampir sama
3. tak minat main game
4. tidak menyokong kekejaman israel
5. fahaman politik yang moderate
6. penah jadik partner mengaji
7. Satu team bola baling masa sekolah
8. dan banyak lagi, malas gua nak pk


Lebel foto : salah satu aktiviti tak berfaedah yang dilakukan bersama


kami penah buat perjanjian tak masuk akal beberapa tahun lepas. kandungan perjanjian itu adalah, kalau nak tunang kena sama tahun, kalau nak kawen kena sama tahun. kalau dipikir-pikir balik, memang haram tak logik langsung perjanjian ini. apa kejadahnya pula?

kesinambungan dari perjanjian yang termetri tu, emon selaku pencadang dengan rasa tak bersalah bertunang tahun lepas. dan sabtu lepas, telah selamat bergelar suami dengan sekali hembus je.

"setan nangis beb" tu sms pertama emon kepada gua. nangis tu nangis jugak. tapi harus diingat yang bulan ramadan dah dekat. walaupun halal dan digalakkan untuk bersenggama bersama isteri, tapi kalau lu dah ter-suuuttt pada siang hari bulan puasa, kena ganti 2 bulan berterusan beb. dengan kadar iman lu yang setipis baju amoi yang gua usha tadi, memang takde mananya lu sanggup.

akhir kata, gua nak ucapkan selamat pengantin baru, dan semuga Emon dan Ecah bahagia selamanya...

*****

additional info: sorang lagi member rapat gua, Hisham dan Raihan jugak selamat bersanding semalam di dewan felda, jln semarak. keje kawen memang grand finale. raja permaisuri perlis pun datang sekali walaupun ada bibit-bibit muka tak rela. persembahan yang berkonsepkan irama padang pasir pun ada. cumanya gua kurang concentrate pada perkara-perkara remeh tersebut. dalam kepala gua hanya terpikir macam mana nak ambik lauk lagi banyak dari orang lain kat meja gua duduk.

nway, selamat pengantin baru jugak beb. semuga tenang selalu dan maintain sebagai brader paling hensem dalam department EOR.

Sunday, August 2, 2009

TV dan gua

citernya macam ni. gua tak tau nape gua tak berapa mesra dengan tv. kalau kengkawan cuba bergurau senda dengan gua dengan menyelitkan ayat-ayat dari televisen, gua akan blur tak tentu arah. sampai kadang tu gua bole plak miss iklan raya petronas. last iklan yang gua ingat adalah adik beradik naik rakit beli lembu sekor terus kasik mak dia. entah tahun bila tu.

gua dapat rasakan yang gua macam under utilize astro yang gua bayar bulan-bulan yang duit itu akhirnya pergi ke tembolok ananda krishnan. aphal plak gua yang kena menyara brader tu yang dah kaya raya pula?

atas dasar busuk hati tu, gua pun paksa diri gua tengok tv. gua mulakan dengan tv1.

kebetulan tengah iklan. ada 2 orang berpakaian pramugari, memang hot berjalan menghala ke kereta bettle kuning. kunci brader tu terjatuh dalam lobang parit yang takde air. ada sorang brader rambut kuning kunyah cuwing gam datang dengan gaya cool datang bawak penyelesaian. dia lekatkan cuwing gam kat ujung kayu, jolok kunci tu, dan taraaaaa... dengan muka riak takbur angkuh semua ada dia menunjukkan kunci tu ke kawan beliau. kesimpulannya, minumlah minuman dalam botol kecik entah apa brand yang bole jadikkan korang bijaksana. WTF?????

gua tak bole blah. gua tuka tv2. iklan juga. kalini iklan minuman susu untuk budak kecil. kelihatan sorang gadis hot maut tengah buat minuman, dan muncul hurup-hurup vitamin, DHA, HDA, PPA, ISA berterbangan masuk dalam gelas bancuhan. gua berpendapat hurup tu sebenarnya tak wujud di alam nyata. tu adalah effect dari grafik komputer. gempak kan analisis gua?
gadis tu seterusnya memberi minuman kepada seorang budak yang tengah buat latihan. rupa-rupanya gadis tu adalah seorang hot mom. anak dia pula kiut dan bermuka suci. latar belakang, rumah yang bersih dengan halaman rumah yang menghijau. hot mom ni pula macam sentiasa bermuka ceria, sangat ikhlas melayan anak dia, sambil anak dia minum sambil diiusapnya rambut. watak bapa tak kelihatan.
dengan tak semena-mena, anak dia tiba-tiba jadik cerdik. Buah + Hati = BUAH HATI. tak pasal-pasal entah dari mana boleh tau pula perkataan konsonan silibes darjah 3 tu. selepas itu, sang ibu pun memeluk anak tersebut dengan kasih sayang....

WTF?????

gua dah malas nak tengok tv. gua kuar umah, stat keta dan pegi ke saiber kefe yang berdekatan. elok gua layan mafia wars daripada menyeksa diri sendiri tengok tv....