Sunday, August 2, 2009

TV dan gua

citernya macam ni. gua tak tau nape gua tak berapa mesra dengan tv. kalau kengkawan cuba bergurau senda dengan gua dengan menyelitkan ayat-ayat dari televisen, gua akan blur tak tentu arah. sampai kadang tu gua bole plak miss iklan raya petronas. last iklan yang gua ingat adalah adik beradik naik rakit beli lembu sekor terus kasik mak dia. entah tahun bila tu.

gua dapat rasakan yang gua macam under utilize astro yang gua bayar bulan-bulan yang duit itu akhirnya pergi ke tembolok ananda krishnan. aphal plak gua yang kena menyara brader tu yang dah kaya raya pula?

atas dasar busuk hati tu, gua pun paksa diri gua tengok tv. gua mulakan dengan tv1.

kebetulan tengah iklan. ada 2 orang berpakaian pramugari, memang hot berjalan menghala ke kereta bettle kuning. kunci brader tu terjatuh dalam lobang parit yang takde air. ada sorang brader rambut kuning kunyah cuwing gam datang dengan gaya cool datang bawak penyelesaian. dia lekatkan cuwing gam kat ujung kayu, jolok kunci tu, dan taraaaaa... dengan muka riak takbur angkuh semua ada dia menunjukkan kunci tu ke kawan beliau. kesimpulannya, minumlah minuman dalam botol kecik entah apa brand yang bole jadikkan korang bijaksana. WTF?????

gua tak bole blah. gua tuka tv2. iklan juga. kalini iklan minuman susu untuk budak kecil. kelihatan sorang gadis hot maut tengah buat minuman, dan muncul hurup-hurup vitamin, DHA, HDA, PPA, ISA berterbangan masuk dalam gelas bancuhan. gua berpendapat hurup tu sebenarnya tak wujud di alam nyata. tu adalah effect dari grafik komputer. gempak kan analisis gua?
gadis tu seterusnya memberi minuman kepada seorang budak yang tengah buat latihan. rupa-rupanya gadis tu adalah seorang hot mom. anak dia pula kiut dan bermuka suci. latar belakang, rumah yang bersih dengan halaman rumah yang menghijau. hot mom ni pula macam sentiasa bermuka ceria, sangat ikhlas melayan anak dia, sambil anak dia minum sambil diiusapnya rambut. watak bapa tak kelihatan.
dengan tak semena-mena, anak dia tiba-tiba jadik cerdik. Buah + Hati = BUAH HATI. tak pasal-pasal entah dari mana boleh tau pula perkataan konsonan silibes darjah 3 tu. selepas itu, sang ibu pun memeluk anak tersebut dengan kasih sayang....

WTF?????

gua dah malas nak tengok tv. gua kuar umah, stat keta dan pegi ke saiber kefe yang berdekatan. elok gua layan mafia wars daripada menyeksa diri sendiri tengok tv....

4 comments:

ANA said...

eh rumah u bkn ade internet ke?nape kene ke CC?mcm bdk2 zmn sekolah

Hot Mom said...

Gua cadangkan lu tengok iklan Orang Kampung. Sure rasa nak jual je tv.

FdausAmad said...

lu tgk iklan bio-aura dulu..tgk dulu...

pisKonG said...

hahaha... btol2, kalo tgk iklan bio-aura, rsa nk buang jer tv dr tingkat 2 kene kaple jaga nepal kt bawah tue... hahaha