Monday, June 29, 2009

Sejenis buah-buahan tempatan

Di pasar. Aku baru pulang dari beli ketam dan ambil anggur aku yang tertinggal. Kelihatan ada sorang budak kecil tengah pujuk mak dia belikan buah.

"Yan nak buah durian kecik tu. Mak belilah sekilo" aku bab-bab mengintai perbualan orang memang superb.

"Sini takde jual durian la adik. Nanti balik suruh ayah belikan ye." pandai marketing mak dia.

"Ada tu ha kat situ. Yang kaler merah tu" ni sudah ajaib. aku dah ready hanpon berkamera 3.2 megapiksel nak tangkap gambar durian kecik kaler merah.

Aku peratikan tempat jual buah yang berhampiran. Ada beberapa ikat buah PULASAN bergantungan, sedia untuk dibeli.

mama lafenga punya budak!!

***

Aku dgn member-member tengah rakus makan buah pulasan. kelihatan sorang member aku, ijan ni lain sket. orang lain pulas nak bukak, dia gigit serupa itu method buka buah rambutan. Tak puas hati dengan tindakan beliau, sorang kutu ni pegi tanya.

"apsal lu bukak pulasan macam tu? lu ingat ni rambutan ke?" - si anu yang ku lupa siapa

"ikut suka gualaa. gua comfortable dengan cara begini" - balas ijan

"nama pun pulasan, sebab tu nak bukak kena pulas. Kalau nak buka kena gigit, then lepas ni aku propose tuka nama buah ni jadi buah GIGITAN." memang celupar si anu ni...

***

aktiviti main daun pakau. kalau dah buat aktiviti tak berpaedah, mestilah disusuli dengan perbualan kosong tak ilmiah yang tidak membangunkan minda langsung.

"ya, gua nak kasik teka teki" si anu A setat buat hal. beliau sambung:

"buah pulasan dengan buah rambutan isi dalam sama saja rasa. tapi kenapa rambutan ada banyak bulu tapi pulasan tak?"

banyak jawapan yang memang secara sengaja dijawab untuk buat orang nyakdarah.

tapi si anu B tenang je jawab : "alaa apa nak heran. kalau dah akil baligh nanti, tumbuhlah bulu pulasan tu"

***




Friday, June 26, 2009

Weken Yang Gelap (part 1)

Suatu weken pertengahan bulan Febbuari, tahun kebelakangan ni. Aku dah rancang menghabiskan hari ni dengan tak buat apa-apa langsung.

Pukol 10 macam tu, aku bangun. pegi ruang tamu apartment aku yang nampak average saja. Capai rokok sampoerna atas sofa. lighter pula tiada. aku try carik di persekitaran tapi tak jumpa. "ini sudah main kasar" aku nyirapdarah sendiri.

Aku gerak lambat-lambat ke dapur. kelajuan jalan aku malar. hasrat mau nyalakan rokok di dapor gas. kelihatan masih tertenggek kuali aku buat goreng jemput-jemput beberapa minggu lepas di atas tungku. dengan menggunakan method tonggeng sambil teleng kepala rapat dgn buntut kuali, aku berjaya menyalakan rokok setelah beberapa attempt. itu pun dah nyaris terbakar bulu kening.

jalan balik ke ruang tamu. duduk atas sofa yang agak berabuk. rimot kontrol astro aku entah ke mana. cari punya cari rupanya bawah sofa. dalam keadaan tak redha, aku tonggeng lagi untuk capai rimot. hari baru pukul sepuluh tapi dah dua kali aku kena tonggeng.

"ini sudah ada alamat buruk" otak aku memproses apa yang terlintas dalam hati aku.

prappp kaki aku secara refleks tertendang meja kecik depan sofa. aku toleh lincah. tapi tak cukup lincah untuk menyelamatkan gelas 'ikea' yang masih berisi belen air milo campur quaker oat yang aku cekik semalam.

gelas tersebut landing tepat atas kapet kaler krim aku. air milo oat yang separuh basi tu dah setat meresap, menghasilkan bentuk abstrak yang sukar ditafsirkan atas kapet kesayangan aku.

"mama lafenga" aku berbisik perlahan. kontrol lagi pernafasan aku yang dah setat bergelojak. aku percaya pada diri aku sendiri kalau aku menjerit td, pak guard nepal kat bawah tu pasti dengar dan kecah-kecah seolah-olah macam bertanggungjawab.

aku terduduk semula atas sofa. menikmati sedutan demi sedutan dari rokok sampoerna ijau. aku dapat rasakan nikotin, tar, sodium peroksida dan hidroklorik menosulfat serta banyak lagi bahan-bahan kimia berbahaya menerobos masuk ke paru-paru dan meninggalkan enapan hitam pekat di situ.

otak aku ligat berfikir. ini macam sudah rosak program 'tak buat apa-apa' yang dah aku rancang sejak hari isnin lepas. aku memang alegik kepada kekotoran di kapet ni. penah sekali dulu kapet aku koto aku biar saja, aku dapat penyakit kencing manis.

rokok dah abis. puntung dia aku buang kemas-kemas dalam eshtray berupa tin kacang goreng thailand "thong nom". aku dah buat keputusan muktamad. apa nak jadi pun aku dah tak hirau. memang dah tak ubah lagi.


(bersambung....)

Wednesday, June 24, 2009

facebook, kupu-kupu dan pembaris besi

Anda gersang. Hari hujan lebat. Perut memulas tak pasal-pasal. Malam tadi, team bola kesayangan kalah. Kutu-kutu kat opis dari team rival sibuk dok bakar bagus punya. Beg duit tertinggal kat rumah. Password email pula expired tak boleh log on. Lupa nak pakai deodorant pagi td. Line internet takde, tak bole layan Facebook. Kerja melambak2 kat atas meja. Bos dah setat tarik muka ketat. Member dok tagih duit betting bola. Dan hari ni baru hari ISNIN!!!! Resultsnya = urat berupa hurup Y terbentuk kat dahi belah kiri kanan.

Dalam kepala, anda terngiang-ngiang pesanan hikmat braderdiego "takde masalah dalam dunia ni yang tak dapat diselesaikan dengan cara BERTENANG". Masalahnya sekarang, anda dah berada dalam fasa 7 (ruang angkasa setan) iaitu fasa kedua tertinggi dalam keseluruhan jilid tekanan perasaan. Time ni anda hanya tinggal selangkah dari memasuki fasa 8 (jin cakerawala bumisakti). Kalau anda tak bole handle tekanan, nescaya anda akan menghabiskan seluruh hayat mengejar kupu-kupu imaginary di wad saiko.

Anda ingin bertenang, tapi jiwa dah bergelojak. Susah sangat nak kontrol bila dah memasuki fasa 7.

"Apa perlu saya lakukan??"
Ya. Itula soalan keramat yang menentukan masa depan anda. Sila buka mata besar-besar dan hapal 4 simple step berikut:

Langkah pertama - OBSERVE
Perhatikan keadaan persekitar. Hapal segala benda yang ada di sekeliling anda. Ini termasuklah orang, barangan, tumbuhan dan apa-apa lagi. Kalau ditakdirkan anda memiliki IQ yang berkualiti rendah, usah gusar. Biasalah tu. Apa anda perlu lakukan adalah catat objek tersebut atas sekeping kertas bersaiz A empat. Tulisan tak kisah cakar ayam. Senang cerita, lepas tulis tu, anda sendiri masih boleh baca sudah dikira sukses.

Langkah kedua - DISTINGUISH
Yang ini penting. Daripada list objek itu, anda asingkan objek-objek tajam atau berbahaya yang boleh mendatangkan cedera fizikal mahupun pendarahan dalaman. Contoh-contohnya adalah pisau lipat, pokok kaktus yang kiut gadis biasanya taruk atas meja opis, racun serangga, pembaris besi, budak kecil berperangai samseng, ular senduk, pistol, jentera berat dan sebagainya. Pastikan barang-barang ini berada luar daripada satu kilometer radius dari lokasi anda.

Langkah ketiga - SHOCK
Seterusnya, anda perlu buat aksi simple secara tiba-tiba yang tiada orang boleh jangka. Anda boleh bangun dari kerusi anda secara tiba-tiba dan mengejut. Atau ambil gambar sendiri guna kamera phone buat aksi swit sangat. Atau cukur bulu dada melintang. Atau turun bekfes kat tempat yang jauh seperti di singapura. Tak kisah. Matlamatnya adalah supaya anda beralih daripada fikir perkara sadis yang menimpa anda. Tapi AWAS!!! Jangan buat aksi yang cenderung kepada kecederaan

Langkah keempat - LIFE
Bila anda selesai langkah SHOCK, kini level stress anda biasanya dapat turun ke fasa 2 (jembalang taring sakti). Anda sudah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Buat keje, hidup heppening, swit sangat.

Ingat!!! Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dgn cara bertenang.....