Monday, July 6, 2009

X - Man 4 : Revenge of the Traffic Light

Adakah Aku Mutan??

Dah sekian lama aku mengalaminya, tapi tak berani nak citer banyak time tu. akhirnya semalam aku dah mencapai klimaks.

aku sebenarnya syak diri aku mengalami mutasi genetik, atau dalam bahasa x-men, menjadi Mutan. tapi bukan sebab aku boleh jalan tembus dinding ataupun mata aku bole keluarkan sinaran penghapus syaitan.
sebabnya adalah 2 perkara berikut:

perkara pertamanya adalah - setiap kali aku lalu lampu isyarat di simpang, pastinya lampu akan bertukar jadi merah. ok, rileks. memang ramai pun rasa paranoid macam aku, tapi aku punya tahap memang ekstrim. contohnya,

1. kereta tengah banyak, dan lampu tgh hijau. ngam-ngam aku sampai lampu tukar merah.

2. tengah malam buta, cengkerik pun dah tido. kereta haram satu unit pun tak kelihatan, time aku sampai simpang dan-dan je lampu jadi merah. lama pula tu. apa cer??

3. aku tengok dari jauh keadaan tenang je. masa aku sampai, lampu isyarat bertukar merah dan segerombolan manusia entah datang dari mana melintas jalan.

4. paling tak bole blah, lampu isyarat tengah rosak berkelip-kelip macam lampu disko. time aku sampai tiba-tiba je ok. yang mama lafenga-nya, jalan aku lalu tu yang lampu merah.

aneh kan??

atas sebab-sebab di atas, aku berani tuduh diri aku sendiri seorang mutan yang mempunyai genetik bole menarik lampu isyarat bertukar menjadi merah.

x-men biasanya ada 2 kebolehan. kebolehan aku yang kedua adalah berkenaan dengan telefon mudah alih @ hanpon. aku boleh duduk baring-baring dan lepak secara total berjam-jam dengan hanpon aku berada bersebelahan sahaja. rilek-rilek tahap melampau yang level tak dicapai oleh manusia biasa. dan Hanpon aku langsung tak berbunyi.

jap lagi aku pegi bilik air, sayup-sayup kedengaran bunyi "tet-tereng teteng.. tut.tut. tet-tereng teteng.." lagu sponge bob dari hanpon aku.

"APSAL KO TAK KOL AKU MASA AKU TENGAH RILEK-RILEK TADI SAITANNNN???" aku memberontak.

perkara yang sama berlanjutan tak kiralah masa aku tengah main badminton, bercucuk tanam, solat, dan sebagainya.

jadi, atas sebab-sebab tersebut, maka aku berani tuduh diri aku sebagai mutan yang mempunyai kebolehan menarik orang kol aku semasa aku berjauhan dengan telefon bimbit ber-sel aku.

tapi aku tenang je.

2 comments:

FdausAmad said...

itu bukan mutan..itu adalah badi.paham?,badi..

datang rumah gua..kasik mandi bunga tujuh jenis.

Makcik Ganas said...

Apehal lu tiru ringtone gua beb?