Thursday, August 27, 2009

Sikap Prejudis Yang Ekstrim

Memang gua tak nafikan yang gua ni memang penyayang terhadap haiwan. Gua tak boleh tengok organisma ini merempat, jauh sekali kalau terseksa lebih-lebih lagi oleh perbuatan manusia sendiri.

Gua kalau pegi kedai lepak-lepak dengan member minum ABC. Tiba-tiba kalau ada kucing yang kurus kering gesel-gesel kaki gua minta belas ihsan, gua sanggup kongsi ABC gua dengan beliau. Kalau tak pun, gua akan order nasi goreng ayam supaya gua boleh kasik tulang ayam kat kucing itu. Gua kesian beb..

Gua pernah masa rilek-rilek isap rokok masa ujan kat tempat teduh, ada seekor anjing liar ni tumpang teduh sepam. Lebih kurang 2 depa je jarak beliau dengan gua. Gua perati je anjing ni jilat-jilat bulu sambil mata pandang kiri kanan. Gua naik kesian, gua beli karipap antie sebelah tu dan kasik kat anjing tu. Gua kesian beb..

Gua kalau tengok diskaveri cenel, gua kesian tengok lembu tanduk besar tu kena baham beramai-ramai secara rakus oleh segerombolan singa buas - gua sian kat arwah lembu itu. Ada pula kes seekor harimau bintang ni cuba nak tangkap seekor lembu tanduk ni, tapi tak dapat. Dah lapar pula harimau bintang tersebut. Dahlah anak dia kecil lagi. Gua tak tahan tengok. Gua kesian beb..

Ikan yang mak gua bela dalam kolah mandi umah tu pun, kalau gua balik Muar gua kasik makan hari-hari. Gua kesian beb..

Tu belum citer pasal arnab, tupai, biawak belakang rumah, semut yang terjatuh dalam baldi, dan sebagainya memang semua gua nak selamatkan. Gua kesian beb..

tapi......

Gua memang hangin satu badan dengan satu spesis ni - Kutu beras. Kenapa gua nyakdarah dengan spesis ni? Sebabnya jelas, mereka tidak kiut, tiada karisma, keji dan takde faedah. Tapi yang paling utama sebabnya adalah, mereka suka lepak dalam bekas beras gua.

Binatang ni memang menyusahkan gua menjerang nasi. Waktu normal diambil untuk masak nasi adalah kurang dari 5 minit, tapi dengan kehadiran organisma ni berkampung buat macam rumah mak bapak diorang, gua terpaksa ambil masa setengah jam untuk mengasingkan mereka ni saja. Ini sudah membuang masa gua yang berharga.

Ikutkan hati memang gua selamba je masak dengan kutu-kutu tu sekali, biar mati kepanasan dalam periuk. Tak pun gua bubuh saja racun tikus tapi nanti dengan gua gua sekali yang setel pula. Binatang ni memang bikin panas. Memang dasar binatang...

Jadi, kepada kutu-kutu beras diluar sana, gua kasik amaran keras. Lu orang jangan suka-suka nak lepak dalam bekas beras gua. Lepas ni gua memang tiada belas ihsan lagi. Gua memang kasik bakar lu orang anak beranak atas dapur gas dengan api maksimum kalau gua jumpa lu lagi. serius cakap ni.

Sekian sahaja post gua kali ini. Gua dah kembali tenang..

No comments: