Tuesday, January 26, 2010

Lenguh!!!

"Pekerjaan itu adalah satu ibadah". Melaui pekerjaan lah lu orang dapat sumber pendapatan yang menampung hidup lu anak beranak. Dengan upah yang lu dapat tersebut itulah yang digunakan untuk beli makanan yang halal, bayar sewa rumah, bayar duit main kutu, beli baju ketat yang menonjolkan bentuk payu dara, main boling, atau apa sahaja ikut suka hati lu orang.


Di negara eropah timur yang sejuk betul ni, ada satu pekerjaan yang aneh. Biar gua gelar kerja ini sebagai 'Lu Berdiri Sahaja Di Situ Jangan Buat Benda Lain'. Cukup bulan, lu akan dapat gaji. Dengar macam gembira, bukan?



Hari-hari gua akan lalu di satu area ini dalam perjalanan dari rumah ke pejabat. Nama area ini tidak gua tahu, dan kalau gua tahu pun, gua tak reti nak eja macam mana. Tulisan mereka ni berpintal-pintal, memang haram gua malas betul nak ambil tahu. Cumanya yang gua perasan, area ini adalah roundabout besar yang berbentuk segi empat.



Di roundabout besar berbentuk segi empat ini, pasti akan kelihatan dua orang kutu yang berpakaian askar, berdiri dengan postur yang sihat dalam satu pondok lutsinar bersaiz pondok telefon. Dan benar, memang itu sahaja kerja mereka hari-hari tanpa dapat gua fikirkan sebabnya. Tak kira waktu pagi, senjakala, dinihari, tak kira bersalji, berkabus dan terang benderang.



Mereka tidak kelihatan tengah minum, melayari intenet, bersms dengan kekasih, dan tidak pula menunjukkan emosi penat, marah, lapar, mahupun tahan kencing. Mereka kelihatan steady sepanjang masa.



Gua telah berjaya mengambil gambar dengan telefon bimbit berkamera gua menggunakan method 'ambil gambar curi-curi dari dalam kenderaan' dengan niat sebagai kenang-kenangan. Ketabahan mereka jelas terpancar kalau lu orang perhatikan betul-betul.



Gua tak tahu pula shift mereka macam mana, dan gua tidak ada masa untuk bersidai di roundabout empat segi itu macam orang tak siuman untuk menyiasat. Tapi gua ada agak musykil berkenaan dua perkara.


Pertama, kutu mana yang bersifat syaitan yang pertama sekali mencadangkan kepada kerajaan negara eropah timur yang sejuk betul ni, supaya mewujudkan pekerjaan 'Lu Berdiri Sahaja Di Situ Jangan Buat Benda Lain' ini. Gua cuba bayangkan pembentangan di parlimen oleh kementerian sumber manusa negara eropah timur yang sejuk betul ini:


"Sebagai negara yang membangun, kita patut mewujudkan satu pekerjaan bernama 'Lu Berdiri Sahaja Di Situ Jangan Buat Benda Lain'. Selain dapat menaikkan pendapatan per-kapita rakyat, kita juga dapat membangunkan sumber modal insan negara, disamping mengurangkan kadar pengangguran". Memang genius.


Kedua. Apabila kutu-kutu yang kerja 'lu berdiri je situ jangan buat benda lain' ini dah boring dengan kerja mereka dan cuba untuk meminta kerja lain, drebar lori misalnya, apa yang mereka nak bubuh dalam resume mereka?


"Saya pernah bekerja sebagai brader 'lu berdiri je situ jangan buat benda lain' selama 2 tahun 4 bulan. Sepanjang pekerjaan saya, saya telah menanam sifat-sifat terpuji dalam diri saya. Selain itu, oleh kerana tiap-tiap hari mata saya fokus di jalan raya, saya telah banyak belajar tentang skill pemanduan keji yang tidak dapat dikesan oleh polis trafik". Memang genius juga.


Kalau diberi pilihan, memang sampai gua reput pun tak mahu kerja 'lu berdiri je situ jangan buat benda lain'ini. Walaupun gua dipaksa oleh kerajaan dengan menggunakan taktik kekerasan, gua masih tak mahu. Paling kuat pun gua akan cakap "tolong bagi gua masa berfikir tentang tawaran tersebut".


Setakat citer banyak memang tak guna kan??

5 comments:

Jah said...

tah2 bukan orang betul kot yang keje uh. tah2 patung.

QueEn=sQema said...

hahahaha...

Brader Diego said...

Jah : Betul juga lu punya arguement. Gua macam tergesa-gesa menuduh patung itu manusia

Queen : Lu sesak napas ke apa beb?

HafizChan said...

Lu try sepak organ dia tak?

fndrocka said...

yang macam dalam citer mr bean tu kan kan kan.


fungsi di amacam sambut tetamu lah kut..atau kerja2 khas.ahah