Monday, January 11, 2010

Salam dari Eropah timur.. (part 2)

Di negara eropah timur ni, ada beberapa perkara aneh berlaku yang telah mengganggu gugat kestabilan emosi gua. gua malas nak cerita tentang penyakit gatal-gatal yang telah melanda hampir keseluruhan kulit gua. Perkara tersebut adalah common kalau lu pergi negara beriklim sejuk tapi dengan bengapnya tak bawak losyen pelembap. Memang lembap betul otak. mungkin masa gua sampai tuhari gua ingat kulit gua tebal macam kulit durian.
Perkara aneh, ataupun boleh disebut unik yang gua cuba sampaikan adalah berkenaan dengan undang-undang di negara eropah timur ini. di sini terlalu banyak pantang larangnya. dengan terus terangnya, gua berani tikam perut sendiri boleh bet yang pantang larang di sini lebih banyak dari pantang ibu lepas bersalin anak sulung.
Di sini:
- Kalau lu pergi kaunter immigration atau apa sahaja yang berkaunter dan dapati tiada orang di kaunter, lu perlu tunggu saja sampai orang tu sampai. Lu akan dianggap penderhaka kalau lu tanya "mana orang di kaunter?". Kenapa berlaku demikian? kerana pekerjaan orang kaunter tersebut sebenarnya adalah berehat. Kalau ada masa lapang, baru layan lu orang. Lu tak boleh marah mereka sebab lu akan ditangkap polis dan didenda
- Lu tak boleh tangkap gambar di town, airport, bangunan kerajaan dan kebanyakan outdoor. Lu boleh kena tangkap polis dan didenda
- Lu kena register kat mana tempat tinggal lu orang. Kalau hotel taikua, so register taikua dan lu kena bermalam di hotel taikua. jangan lu pandai-pandai nak kiamulail di masjid, atau save budget tidur bawah kolong dan sebagainya. Kalau lu macam tidur rumah member lu misalnya, esok pagi lu bangun, polis dah tercegat depan pintu rumah member lu orang. Lu akan ditangkap dan didenda. (polis sana lebih handal dari pawang siam)
- Jangan cari pasal keluar berendut dengan awek local, biar gebu macam mana sekalipun tubuh mereka. Apatah lagi, kalau lu ajak balik rumah lu layan tengok dvd. kalau kantoi, iaitu kebarangkaliannya adalah 100%, lu akan ditangkap, dijel dan didenda.
- Kalau president nak lalu, sepanjang jalan laluan beliau akan ditutup. Kalau ditakdirkan lu jalan kaki atau berjogging di jalan tersebut, lu akan diherdik dan dipaksa menyorok oleh polis fru yang bertugas. kalau lu buat perangai samseng malaysia buat dek saja, lu akan ditangkap, dijel dan didenda.
- Lu walaupun foreigner di sini, lu tak boleh perasan status lu sama macam brader negro yang banyak kat Malaysia. Pukul 11 malam ke atas, lu tak boleh berkeliaran kat luar. Lu dikehendaki duduk rumah untuk layan sangap. Kalau lu masih bajet lu satu level dengan negro dan dengan sengaja keluar untuk layan angin malam, lu akan ditangkap dan didenda.
Walaubagaimanapun, bukan semua benda di negara eropah timur ni macam sial. sebagai contoh di ofis gua, awek awek dia adalah berstatus elit dalam bidang kecantikan. Gua rasa kompeni gua memang sengaja menggaji bekas-bekas ratu cantik, dewi remaja, american next top model dan sebagainya untuk bekerja. Gua toleh kiri ada hanis zalikha. kanan ada erra fazira masa zaman dara dulu. gua tak toleh mana-mana pun dah nampak charlize theron.
Pakaian mereka pula memang tiada kompromi. Standard seluar adalah yang paling ketat dalam dunia dan baju paling sendat dalam cakerawala. Awek malaysia punya keketatan pakaian jatuh nombor 2. Amerika dengan Venezuela kongsi nombor 3.
Si Aliya tu, kerjanya clerk sahaja. Tapi entah mana dapat duit beli pakaian ranggi bukan main tu, gua pun tak tau. Konpem ada datuk bela. Tapi kalau sekali dia senyum kat gua, tiba-tiba gua rasa dunia ni macam wangi sahaja. tiba-tiba tumbuh ukiran-ukiran bunga sedang kembang mekar di dinding opis gua. siap ada rama-rama lagi sedang asyik berterbangan.
Bab berangan memang tak boleh blah...
Ok, gua sambung di masa lain. Dan berkenaan dengan review blog brader nyakdarah tu, gua simpan sampai gua balik Malaysia. Siapa-siapa yang nak teka pun boleh. kalau betul gua kasik hadiah yang berupa pakej percutian seminggu di balakong beserta sarapan pagi bersama akak sendukk..
citer banyak tak guna, gua cau dulu.....

7 comments:

jimah said...

sng citer,nk g sane, bawak duet byk2.. nk bayar denda..

jimah said...
This comment has been removed by the author.
hafizshinchan said...

Uols...betul ke tu semua awek. Macam awek meriah uols je. Sentap

Rantong said...

Maaf. Sekadar pemberitahuan ringkas.

"Hanya iklan link affiliate anda di Email, Website, Blogger, Wordpress, Myspace, Friendster, @ Facebook & kami akan bayar anda sehingga RM80 untuk pelawat yang masuk!".
_______________________
View Profile: Rantong™

phish said...

lu berada di celah negara mane ni bro..pelik2 je perangai

Jah said...

mane twu psal smue tu? pnah kne tangkap or dijel or dikenakan denda ke?

Brader Diego said...

jimah : tu yang susah tu

hafiz : jangan sentap dulu akak oii

Rantong : lu mmg steady beb

pH : haa.. lu cubalah teka

Jah : twu??