Tuesday, August 25, 2009

Si Gadis Rupawan Part 1

Beberapa bulan yang lampau ada seorang gadis ni tiba-tiba sahaja muncul dalam opis gua. Daripada tag, nama dia Melody. Sungguh indah nama itu.

Dia lepak kat workstation fizal. Hari-hari dia duduk situ. kalau gua nak pegi printer, gua pasti lalu tempat fizal. dan setiap kali gua lalu situ, si Melody pasti usha gua tak kelip-kelip. hati gua agak berbunga juga.

Si Melodi ni tak keluar-keluar pun dari workstation fizal. Dari pagi sampailah ke petang. Dia pun tak pernah plak borak-borak dengan budak lain. Mungkin sebab tak paham kot, sebab dengar cerita Melody ni orang Myanmar.

Dalam bulan Jun macam tu, Fizal pindah opis. Tapi Melody masih duduk kat dalam workstation fizal. Bagi gua ni sudah lebih. Sampai bila nak duduk terperap je kat situ. Kat luar ni ha ramai jejaka yang wangi-wangi yang single lagi.

Gua buat langkah drastik. Satu hari ni, gua tarik Melody slow-slow. ajak dia kuar, jumpa dengan member-member opis. jam ni baru semua orang sedar akan kecantikan Melody. memiliki ketinggian sederhana, berambut panjang yang dilepas ke bahu. sentiasa mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja. tapi gua rasa, dia paling selalu senyum kat gua. Cumanya, gua macam tak berapa setuju dengan pakaiannya. Mungkin, di Myanmar orang selalu memakai pakaian sekeping seperti Melody. Ah, persetankan semua itu.

Disebabkan itu, gua sentiasa kontrol menten wajah serius bila lalu depan Melody. Perut pun gua pastikan konsisten flet dengan menahan kemut otot perut. semuanya demi penampilan yang bertaraf dunhill.

Gua ada rival dlm opis tu yang Melody selalu usha - Si Jamian dan juga si Nyamuk. Fikri pula gua nampak macam berminat dengan si Melody ni. Gua macam dah gusar sket. Gua tak gemar kalau orang potong gua punya line ni.

Satu hari ni, gua amek keputusan muktamad. Gua mesti ajak Melody balik umah gua. Gua rasa dia mesti sporting, takde hal punya kalau setakat bawa balik rumah. Lagipun gua bukan nak buat apa pun dengan beliau. Gua berhati suci nurani.

Gua mengorak langkah ke tempat Melody. Dah dekat sangat. Jarak antara gua dengan melody dah kurang dari sejengkal saja. Gua macam dah tak berapa stabil dah. Melody pasti dapat merasakan betapa gelabahnya gua masa tu. Tapi dia masih lagi tersenyum. Mungkin senyuman gugup juga pada pendapat gua.

Baru je gua nak sunting Melody untuk ke rumah gua, Fikri plak datang. Siap sound lagi:
"weh, lu nak buat apa dengan kalendar tu? biar ajelah kat situ"

Gua pasrah. mungkin setakat ni sahaja jodoh gua dengan Melody.

Hari-hari masih berterusan macam biasa. Melody masih ditempat yang sama, tersenyum dengan jejaka-jejaka di opis gua. Tapi gua dah tawar hati. Biarlah gua membawa hati yang luka ini...


Melody yang cantik rupawan


4 comments:

gjiEsaLim said...

meroyann daaa..

ANA said...

haha.serius cun gila melody tu.km slm eh.

Dan sAya FaNa said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

laaaa.calender ker??????????

hampehhh nyer!

azeaidil said...

huahahahahakk baru calendar...kalau bebetul..??